Duit tabung.

Sabtu, Februari 26, 2011

Dapat RM2,200 dalam masa 3 hari???

Salam... Korang semua nak join aku ke? Buat duit banyak tu hanya dalam masa 3 hari jee... Kalau sebulan dah dapat RM22,000. Kayo.... Takyah susah2 nak buat blog.... Hehehe...

Sebenarnya entri kali nie takde kena mengena dengan skim piramid atau cepat kaya. Ianya adalah kisah sebenar pendapatan seorang penoreh getah....

Lebih 350,000 pekebun kecil getah terutama 187,074 yang memiliki dan mengusahakan tanaman getah sendiri dapat menarik nafas lega apabila harga komoditi itu meningkat secara berperingkat sejak 2009.
Kini, harga semasa mencapai RM17.05 sekilogram (sekg), manakala harga di ladang ada yang mencecah sehingga RM9 sekg, sekali gus meletakkan sebahagian besar pekebun kecil hidup di luar taraf kemiskinan.

Pekebun kecil yang memiliki tanah seluas sehektar, Mohd Nasri Lateh, 45, berkata kerja menoreh yang dilakukan antara 20 hingga 22 hari sebulan itu membolehkan beliau memperoleh lebih 1,000 kg susu getah.

Bapa tiga cahaya mata yang menetap di Kampung Teknologi RISDA, Kampung Sawa Besar di Pendang, berkata jumlah berkenaan membolehkan beliau memperoleh pendapatan kasar mencecah RM7,200 sebulan berdasarkan harga getah di ladang sebanyak RM7.20 sekg sekarang.

“Pendapatan sekarang macam langit dan bumi berbanding sebelum 2009, ketika itu nak dapat lebih RM1,000 sebulan pun sukar,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Sapri Abdul Aziz, 49, pula menganggap pemantauan berterusan pegawai RISDA banyak membantu untuk memastikan semua pekebun kecil menjalankan kerja torehan dengan betul.
“Setakat ini, bagi tiga kali torehan seminggu saya boleh dapat sehingga RM2,200 dan sebulan boleh mencapai lebih RM7,000 sebulan,” katanya yang kini menggunakan Toyota Hilux bernilai hampir RM90,000 untuk berulang alik ke kebun getahnya sejak tiga bulan lalu.

Selain itu, penduduk Kampung Sawa/Kampung Teknologi RISDA di Pendang ini juga bijak mencari alternatif apabila menoreh pada waktu malam.

Mereka berbuat demikian kerana menoreh pada waktu malam menyebabkan pengeluaran susu getah tidak terjejas, walaupun pada musim panas dan daun luruh sekali gus membolehkan mereka mengaut keuntungan ketika harga getah tinggi, iaitu hampir RM7.50 sekilogram.

Tinjauan Berita Harian di kampung itu malam kelmarin, mendapati lebih 30 penduduk mula berkumpul selepas solat Isyak di satu kawasan di kampung itu sebelum memasuki kebun getah masing-masing untuk menoreh bagi memastikan keselamatan terjamin.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) kampung itu, Mohd Nasri Lateh, 45, berkata idea penduduk untuk menoreh pada waktu malam nyata berhasil apabila kebanyakan mereka mendapat hasil 50 kilogram (kg) getah sekerap bagi setiap hektar, berbanding hanya 35 kg jika menoreh pada waktu siang.

“Kami mula menoreh pada waktu malam sejak Januari lalu kerana tidak mahu pendapatan terjejas berikutan musim panas dan daun luruh yang dijangka berlarutan dua bulan lagi.

“Kami lega apabila usaha ini berhasil kerana hasil yang dicatatkan lebih berbaloi. Penduduk juga tidak bimbangkan keselamatan mereka kerana keluar beramai-ramai menoreh sehingga kecoh suasana dalam kebun getah,” katanya ketika ditemui di sini, malam kelmarin.

Sementara itu, penduduk Kampung Banggul Katong, Mukim Serada, Kuala Terengganu, Ibrahim Ali, 71, turut mengakui pendapatan lebih RM6,000 yang diperoleh ketika ini boleh meningkat jika penjagaan pokok lebih berjadual dengan taburan baja dan racun secara berkala.

Katanya, harga getah di ladang yang mencecah RM8.30 sekg membolehkan beliau mendapat hasil sebanyak 407 kg hanya untuk torehan selama empat hari, minggu ini.

“Bagaimanapun, faktor daun yang luruh kebelakangan ini menyebabkan hasil agak menurun dan dijangka meningkat sedikit masa lagi,” katanya.

Sumber : Bharian 26/2/2011

Selasa, Februari 22, 2011

Giveaway pertama dari Abgterror???

Jom join GA pertama dari Abgterror. Sempena 3 bulan berbelogging. Abgterror salah satu mentor aku. Kalau aku ade masalah pasal blogging dia byk membantu... (hehe.. bodek sikit) Header blog aku tu dia yang design. Free je...

TARIKH MULA: 23 Februari 2011
TARIKH TUTUP: 23 Mac 2011
PENYERTAAN: Semua Yang Berminat
SEBARKAN SEKARANG UNTUK PENYERTAAN!!!
SYARAT PENYERTAAN:..........

Syarat Penyertaan:
Mestilah warga Asia Tenggara, tidak menggunakan auto blogwalking, tidak hisap dadah, tak buat maksiat, tak minum arak, solat jangan lupa yea, tidak pernah menderhakai kedua ibubapa, tak pernah buang bayi, tak pernah lumba haram, tak terlibat dengan masalah sosial, tak ponteng skolah dan tak pernah pecah rumah. Kalau nak folow, folow la....lau tak pun still sah penyertaan.

Cara-cara Penyertaan:
1. Ambil banner dan pamerkan ke blog anda selama kontest ini berlangsung.
2. Abgteror tak wajibkan sesiapapun untuk membuat entry atau tag rakan. (kalau nak alhamdulillah, syukur, tuhan jea yang dapat balas jasa baik anda) Abgteror benarkan untuk copy paste post ini.
3. Cara blogwalking mestilah melalui klik banner yang diberikan. (untuk mendapatkan referal blog, bukan dari shoutmix)
4. Abgteror mungkin akan kurangkan bw untuk tidak berlaku ketidakadilan. (bukan sombong)
5. Pemenang akan ditentukan mengikut jumlah link terbanyak dalam stat refferal.
6. Sila sahkan penyertaan anda di ruangan komen.

HADIAH:
Seorang pemenang yang telah dinilai akan memenangi Jersi Negara atau Kelab pilihan sendiri ( Kualiti Al-Ikhsan ). Hadiah akan dipos kepada pemenang. Kalau pemenang di Kuala Lumpur atau Puchong atau Perlis sahaja yang akan dihantar sendiri oleh abgteror. Bagi peserta dari Indonesia, beri masa sikit ok. Hadiah buat pemenang ke-dua dan ke-tiga akan dipertimbangkan.

Sekali kali Diingatkan, untuk masuk ke blog abgteror, sila klik banner untuk mendapat referal terus dari blog, referal dari shoutmix tidak diambil kira. Klik sebelum tarikh mula hanya akan diambil separuh. Jumlah hadiah mungkin akan ditambah jika penyertaan memberangsangkan. Harap Maklum.

Isnin, Februari 21, 2011

Aku ke pesta layang-layang???

Semalam aku and wife ke Festa Layang2 Sedunia kat Bukit Layang-layang Pasir Gudang. Hari terakhir pesta. Itu pon kerana layan anak aku yg nombor 3, Amira, beria2 nak tengok.

Sampai sana pon dah pukul 5.30 petang, lepas puas pusing2 cari parking. Cuaca redup. Orang masih ramai, cuma layang2 je yg kurang kat udara. Maklumlah hari terakhir...






Maya Karin, Remy bercinta???

Salam... Sering diganding bersama dalam teater atau layar perak, Maya Karin dan Remy Ishak dilihat serasi bersama.

AKHIRNYA, saya dapat bersama dengan lelaki yang dicintai. Tidak seperti sebelum ini, percintaan saya sering berakhir dengan kekecewaan,” akui Maya Karin.

Maya Karin Roelcke, 32, yang telah bercerai dengan bekas suami, Steven David Shorthose, 42, pada 16 Julai tahun lalu mengakui beliau senang dengan kehadiran Remy Ishak yang sudi menerimanya tanpa prejudis.

Kata Maya, semuanya berlaku tanpa dirancang dan apabila sering digandingkan bersama di pentas teater atau layar lebar, keserasian antara mereka terbina dengan sendiri.

Beliau mula bekerjasama dengan Remy dalam filem Anak Halal, teater Natrah dan terbaru, pasangan itu akan muncul dalam filem Cun, arahan Osman Ali yang bakal ditayangkan di pawagam pada 31 Mac ini.

Sambil mengukir senyuman, Maya memberitahu mereka bukan setakat berlakon bersama, malah turut berduet menerusi lagu Cun Selalu, ciptaan Nurzaidi Abd. Rahman.

Kemesraan antara Maya dan Remy bukan setakat dalam filem malah di luar pun sama dan secara tidak langsung, ia memudahkan jurufoto merakam foto mereka ketika majlis beramah mesra filem Cun yang diadakan di Restoran Enak Kuala Lumpur, Starhill Gallery, Bukit Bintang, baru-baru ini.

Baginya, Remy adalah seorang lelaki yang dedikasi kepada kerja dan mudah bekerjasama dengan sesiapa sahaja.

Meskipun mengakui senang dengan Remy, namun Maya yang juga digosip dengan Yusry KRU, mengakui yang beliau masih solo dan ingin melalui hidup ‘bujangnya’ dengan gembira.

“Memang ada lelaki yang cuba untuk menjalin hubungan serius tetapi saya tolak dengan baik. Saya beritahu mereka yang saya belum bersedia untuk melaluinya sekali lagi.

“Hidup saya tidak pernah sunyi tanpa ditemani lelaki kerana sekarang ini saya lebih senang menumpukan perhatian pada kerjaya,” katanya.

Tidak mahu terus berteka-teki tentang hubungan cintanya, Maya mengakui yang hubungannya dengan Remy adalah sekadar rakan artis dan beliau amat senang berlakon bersama pemuda itu.

Katanya, sebagai pemegang watak Luna Latisya yang bercinta dengan Atan, lakonan Remy dalam filem Cun, beliau perlu menjiwai watak tersebut sepenuh hati agar nampak ‘hidup’.

“Luna adalah seorang pengacara rancangan gosip yang berjaya dalam industri hiburan. Dia seorang yang ‘gila-gila’ dan membawa diri ke sebuah kampung setelah melalui satu tragedi.

“Sikapnya yang energetik itu sama dengan keperibadian saya. Kali ini, saya tidak gedik seperti dalam filem Pisau Cukur. Kiranya watak Luna Latisya ini seorang yang lebih ceria,” akuinya.

Bagi Maya, pengalaman menjalani penggambaran di kampung dan bermain lumpur di sawah bukan sekadar memenuhi tuntutan kerjaya, malah ia juga merupakan satu percutian indah untuknya.

Katanya, beliau rasa tenang sekali berada jauh dari ibu kota dan tidak ada perasaan bosan kerana dikelilingi krew yang ramai, mereka diibaratkan seperti satu keluarga.

“Seronok berlakon Cun kerana ada perkara yang saya tidak pernah buat sebelum ini, saya lakukan dalam filem ini. Contohnya, tunggang kerbau.

“Memang ada rasa berdebar, takut kalau tiba-tiba kerbau itu mengamuk atau tendang saya. Untuk babak tunggang kerbau itu, tiga atau empat kali take jugalah,” ceritanya.

Kata Maya, Cun adalah cerita cinta lakonannya yang kedua selepas filem Seri Dewi Malam dan bakal menyusul nanti, Ombak Rindu.

Menurutnya, hanya jalan cerita Cun disudahi dengan happy ending dan itu memberi kepuasan kepadanya kerana beliau dapat bersama dengan lelaki yang dicintai.

Sumber : Utusan Malaysia 21/2/2011


Ahad, Februari 20, 2011

Siti Nurhaliza dan tudung???

Salam.... Bila Siti bertudung macam tu nampak ayu gitu. Gambar nie diambil semasa beliau dan suami Datuk K menghadiri perasmian sebuah masjid di Kedah.

Setahun selepas beliau berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 2006, penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pernah menyatakan impiannya untuk membina masjid.

Impiannya itu tercapai semalam apabila Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Khalidiah di Kampung Permatang Pasir di sini.

Masjid berwarna putih dengan kos keseluruhan termasuk kelengkapan bernilai RM1.7 juta itu siap sepenuhnya pada Ogos tahun lalu hasil pembiayaan Yayasan Nurjiwa, badan kebajikan yang diilhamkan oleh pasangan berkenaan pada 2006.

Majlis perasmian itu dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Johan Qari Negeri Kedah 2010, Othman Azumi Ahmad.

Siti Nurhaliza bersyukur kerana proses pembinaan masjid itu selesai dengan majlis perasmiannya semalam yang kebetulan sama dengan tarikh lahir yang ke-52 suaminya.

“Apabila kami berurusan dengan pejabat Istana, tarikh yang Tuanku pilih adalah hari ini (semalam) iaitu 19 Februari.

Sumber : Kosmo 20/2/2011


Sabtu, Februari 19, 2011

Justin Bieber mati ditembak???

Salam... Penyanyi sensasi Justin Bieber dilaporkan mati ditembak di dada. Korang tengak ler sendiri gambar tu. Sadis sungguh......

Sebenarnya ianya adalah lakonan Bieber dalam siri televisyen penyaisatan popular, CSI.

Penyanyi lagu Baby dan berusia 16 tahun itu muncul menerusi episod terbaru CSI, Target of Obsession.

Selebriti berusia 16 tahun itu memegang watak remaja bermasalah bernama Jason McCann untuk kali kedua selepas dia mula melibatkan diri dalam siri televisyen itu pada September 2010.

"Saya bukan orang yang jahat. Justeru, saya rasa kelakar apabila dikehendaki membawakan karakter seperti ini," katanya.

Bintang muda itu menerima penghargaan Pencapaian Cemerlang Artis Antarabangsa dalam anugerah muzik popular Britain, Brit di London baru-baru ini.


Khamis, Februari 17, 2011

Proton Exora Turbo???









p/s: gambar2 nie aku amik dari paultan. org (jgn mare paul...)


Mak Dara 1st Giveaway (GA)???

Salam... Nie hari aku dapat jemputan dari Mak Dara untuk join dia punya 1st Giveaway sempena sebulan birthday blog Mak Dara. (dara tuu....)

Mudah je syarat nak joint GA Mak Dara nie...

1. Mesti mempunyai blog.
2. Follow Blog Bicara Mak Dara.
3. BERIKAN "SATU" TAJUK DRAMA.
4. Masukkan Banner Di Atas Ke Dalam Entry Dan Sidebar dan Linkkan Ke Entry Ini.
5. Tag Sekurang-Kurangnya 3 Orang Rakan Anda Untuk Menyertai GIVEAWAY Ini.
6. Setelah Siap Entry Anda, Tinggalkan URL Entry Anda Itu Di Ruang komen.

Orait... Tajuk drama pilihan aku ialah "HANTU BLOGGER MISS LIMAH "

... dan tiga blogger yg kena tag:




Klau nak join klik jee : Mak Dara 1st Giveaway (GA)








Ally Iskandar dah bertunang???

Salam... Pada Jumaat lalu 11/2/2011 Ally Iskandar dan kekasihnya Nur Aishah Zainal telah melangsungkan majlis pertunangan. Tahniah buat mereka berdua. Aishah merupakan naib juara Gadis Melayu untuk musim pertama. Majlis bertemakan hitam dan putih telah berlangsung di kediaman keluarga Aishah di Taman Sri Intan, Ampang.






p/s : ingatkan dengan Fafau...



Selasa, Februari 15, 2011

Payudara terbesar milik seorang lelaki???

Para doktor di China mendakwa telah menemui seorang lelaki yg memiliki buahdada terbesar di dunia. Ketika seorang pesakit berkunjung ke sebuah klinik pakar dada, doktor tersebut mendapati pesakit lelaki tersebut mempunyai buah dada yang besar.

"Beliau seorang lelaki tulin kecuali buah dada yang besar", ujar doktor dari Klinik Pakar Dada Zhang Lilan.

Lelaki tersebut, Guo Feng, merasa malu kerana menjadi bahan bualan di kampung beliau. Penduduk kampung sering mempersendakan beliau. Guo Feng, 53 tahun terpaksa memakai baju tebal walaupun pada musim panas untuk menutup tubuhnya.

"10 tahun yang lalu dada saya terus membesar, namun masa tu saya merasa ia disebabkan oleh pertambahan berat badan saya." ujar Guo Feng.

"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini dada saya semakin membesar. Dah banyak doktor saya jumpa untuk mengatasi masalah ini. Tapi tiada siapa yang dapat menyelesaikannya." ujar Guo Feng lagi.

Guo Feng mengaku telah banyak meghabiskan duit untuk berubat, namun semua berakhir dengan kegagalan.

Doktor2 yang pernah merawat Guo Feng mengaku tidak sanggup mengambil risiko sebelum mengetahui penyebab sebenar pembesaran tersebut. Kadangkala Guo Feng terfikir ia mungkin anugerah dari tuhan jika doktor enggan merawatnya.

Bagi doktor Zhang Lilan inilah pertama kali beliau melihat kes seperti ini sejak menjadi doktor selama 30 tahun.

Sementara selepas melakukan pemeriksaan di klinik tersebut, doktor Zhang Lilan tidak menemui sebarang ganguan pada genetik Guo Feng. Imbasan sinar rontgen, juga tidak menunjukan tanda2 barah.

Akhirnya, doktor Zhang Lilan merumuskan masalah Guo Feng tidak lebih dari timbunan lemak dibahagian dada. Doktor Zhang juga yakin Guo merupakan seorang lelaki memiliki buahdada terbesar di dunia.



Ahad, Februari 13, 2011

Mitos tradisi Valentine Day???

Salam... Sempena Valentine Day esok, aku nak cerita sikit pasal mitos yang diamalkan oleh orang2 barat yang aku dapat dari pakcik google. Maklumlah besok adalah hari yg dinanti- nantikan bagi orang2 yang sedang bercinta. Tak kira le yg dah kawin atau belom...

1) Jika anda memotong sebiji buah epal dibahagian tengahpada Hari Valentine, hitunglah bijinya. Ia menunjukkan jumlah anak yang akan anda dapat selepas berkahwin.

2) Petiklah sekuntum bunga dandelion (sorry nama bunga nie dlm bahasa melayu aku tak tahu..huhuhu) yang tengah mengembang. Kemudian tiup tiap2 kelopak bunga itu, lalu hitunglah kelopak yang tertinggal. Ia mengambarkan jumlah anak yang akan anda dapat selepas berkahwin.

3) Beberapa orang percaya bahawa jika seorang wanita ternampak burung bangau terbang semasa Valentine Day, bererti dia akan berkahwin dengan seorang kelasi kapal. Jika burung pipit, dia akan berkahwin dengan seorang jejaka miskin tetapi hidup bahagia bersama. Sementara jika terlihat burung layang2, dia akan berkahwin dengan seorang jejaka jutawan.

4) Didalam satu pesta sempena Valentine Day, di negara Rom, para gadis akan menulis nama mereka di atas kertas dan dimasukkan kedalam botol. Maka para jejaka akan mengambil botol tersebut dan melihat siapakan jodoh mereka.

5) Di negara yg sama jugak, gadis2 akan menerima hadiah berupa set pakaian dari para jejaka. Jika si gadis menerima hadiah tersebut, bermakna dia bersetuju untuk berkahwin dengan jejaka tersebut.

6) Di negara Wales, para jejaka akan menghadiahkan senduk kayu kepada kekasihnya sempena Valentine Day. Ketika itu senduk berukuran bentuk hati atau kunci merupakan pilihan utama.

7) Dibeberapa negara Eropah, anak2 gadis kecil akan disolek seperti gadis dewasa di malam Valenyine Day. Mereka akan berkunjung dari rumah ke rumah.

p/s: nasihat aku janganlah korang bercaya pulak. Ianya hanyalah sekadar informasi sajeee...




Sabtu, Februari 12, 2011

Justin Bieber beli kondo RM5.2 juta???

LOS ANGELES - Dalam usia baru mencecah 16 tahun, penyanyi terkenal, Justin Bieber dilaporkan telah membeli satu unit kondominium berharga AS$1.7 juta (RM5.2 juta) di Los Angeles, lapor lamanReal Estalker.com di Internet semalam.

Kondominium penyanyi pop itu dikatakan memiliki tiga buah bilik, terletak di kawasan Westwood, bersaiz 222.967 meter persegi dengan hiasan dalaman yang moden.

Keseluruhan kondominium itu dilengkapi jubin lantai berkilat, dinding berwarna putih dilengkapi perabot mewah dan cermin dari lantai hingga ke siling.

Kondominium itu turut menyediakan kemudahan lain seperti pusat kesihatan, tempat letak kenderaan dan bilik parti. - Agensi.

Sumber : Kosmo 12/2/2011



Jumaat, Februari 11, 2011

Safee Sali ghairah???

Salam ghairah... Sorry tajuk entry nie takde kena mengena dgn 18sx. Ianya hanya keghairahan Safee utk bermain bola di Indonesia...

SEMALAM, Safee Sali mendedahkan satu lagi sebab dia tertarik untuk beraksi bersama Pelita Jaya di Liga Super Indonesia (ISL).

Faktor berkenaan adalah kebanjiran penyokong fanatik yang penuh ghairah di stadium dan dia mahu mencari pengalaman baru beraksi dalam keadaan tertekan bagi menguatkan lagi mentalnya selaku penyerang antarabangsa digeruni ketika ini.

“Memang fanatik penyokong kat sana. Saya akui keghairahan penyokong di sana menjadi tarikan untuk berpindah ke Indonesia.
“Ia adalah pengalaman baru yang akan saya hadapi dan diharapkan saya dapat menyesuaikan diri di sana.

“Saya akui, saya mungkin berdepan tekanan beraksi di sana, tetapi saya sudah menyiapkan diri secara mental,” katanya, semalam.

Kudrat Safee ditagih Pelita, untuk menjana barisan serangan pasukan itu yang setakat ini menjaringkan 13 gol, jumlah ketiga terendah dalam ISL, di depan Persib (12) dan Persela Lamongan (8).

Perlawanan pertama penyerang berkenaan buat
kelab Jawa Barat itu adalah menentang Persib Bandung pada 7 Mac ini dan saat ini amat dinantikan peminat tanah air.

Sumber : BHarian 11/2/2011


Khamis, Februari 10, 2011

Kisah Fasha Sanda berbikini lagi???

Salam... Fasha Sanda berbikini menduduki tempat pertama didalam carian Google sepanjang Januari lalu...

KUALA LUMPUR - Pelakon terkenal, Fasha Sandha menduduki tempat pertama di negara ini dalam carian menerusi syarikat penyedia perkhidmatan Internet, Google sepanjang bulan Januari lalu.

Jurucakap Google Malaysia berkata, Fasha dicari ekoran kisahnya memakai bikini di Bali, Indonesia dan tersebar di Internet meluas baru-baru ini. Kisah Fasha menjadi topik hangat pada kedudukan 10 teratas untuk bulan Januari manakala selepas itu Anugerah Juara Lagu ke-25 pula menduduki tempat kedua.

"Pelakon Ayu Raudhah yang berkahwin dengan pemain bola sepak, Mohd Zaquan Adha Abd. Radzak juga banyak dicari sepanjang bulan lepas," katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo disini semalam.

Sumber : Kosmo 10/2/2011


Selasa, Februari 08, 2011

Kondom boleh mengigit???

Salam.. Kondom boleh mengigit? Kah..kah.. lawak bunyi nyer.. Sebenarnya kalau korang nak tahu kondom nie untuk kegunaan wanita sahaje. Ia sebagai alat untuk mencegah berlakunya kejadian rogol.

Kondom wanita ini boleh 'mengigit' zakar lelaki telah di cipta oleh Dr Ehlers dari Afrika Selatan. Ia dicipta untuk melindungi wanita dari pemerkosaan. Caranya, kondom nie dipakai oleh wanita (diselitkan kedalam vagina), ketika ade zakar cuba dimasukan tanpa kerelaan, maka kondom ini akan mengigit zakat tersebut.

Kondom nie kenali sebagai Rape-aXe.

Idea tercipta nyer alat ini adalah datang dari seorang wanita usia 20-an yang berjumpa dengan Dr Ehlers selepas dirogal. Wanita nie mengharapkan ada sejenis alat menyerupai gigi yang boleh mengigit yang dipasang dalam vaginanya jika berlaku lagi kejadian yang sama.

Untuk pengetahuan korang, bahagian dalam kondom nie terdapat gigi-gigi yg menyerupai mata kail. Jika ade zakar yang memasuki komdom nie, ia akan mencengkam dan sukar di cabut. Cengkaman nye semakin kuat jika dibuka sendiri oleh siperogol.

Kondom nie hanya boleh dilepaskan gigitannya selepas berjumpa dengan Dr Ehlers atau lain-lain pakar.

Kabarnya ia dijual dengan harga hanya USD2.00 saje (kira2 RM6.20). Tak tahu plak samada produk nie ade dijual di Malaysia atau tidak.




Ahad, Februari 06, 2011

Wanita perlu berkhatan???

... nie gambar hiasan je

Entry kali nie bukan bertujuan aku untuk menyinggung atau memalukan perasaan kaum wanita. Kadangkala perkara2 nie bersifat sensitif. Terutama wanita melayu. Tujuan aku sekadar berkongsi informasi....

“Bersunat bagi wanita bertujuan untuk menjaga kebersihan selain daripada mengawasi kesihatan batin.

“Menurut petua orang-orang lama juga, berkhatan dapat memelihara diri daripada mendapat pelbagai penyakit.

“Ia juga merupakan satu cara untuk mendoakan zuriat menjadi perempuan yang baik dan solehah apabila dewasa nanti,” jelas pengamal perbidanan tradisional, Nikmah Suhaidi, 49, ketika ditemui Jurnal di rumahnya di pekan Dengkil, Selangor baru-baru ini.

Kerat 1.3 sentimeter

“Bersunat bagi perempuan ialah dengan memotong sebahagian muncung daging yang tersembul berdekatan saluran kemaluan wanita. Ia terletak di sebelah atas faraj yang kelihatan seakan-akan bonjolan.

“Bagi wanita dewasa, daging yang dipotong kira-kira setengah inci (1.3 sentimeter).

“Alat yang digunakan untuk memotong ialah mata pisau cukur yang dipotong empat untuk bayi dan gunting kecil untuk wanita dewasa,” ujarnya.

Selain itu, kelengkapan lain yang diperlukan dalam adat berkhatan ialah kain putih yang bersih, minyak gamat, kain kapas dan duit syiling lima sen.

“Kain putih biasanya akan disediakan sendiri oleh pihak yang ingin dikhatankan. Bagi bayi perempuan, kain yang diperlukan ialah sepanjang satu meter dan dua meter bagi wanita dewasa.

“Kain tersebut akan digunakan sebagai alas punggung selain untuk membungkus duit syiling sebagai pelapik mata pisau cukur bagi mengelak mata pisau menoreh tangan.

“Bagi wanita dewasa pula, selain dijadikan alas, kain putih juga digunakan untuk membungkus daging yang digunting sebelum ditanam,” tambahnya.

Sungguhpun masih mengekalkan berkhatan cara lama, Nikmah tidak pernah berkompromi tentang kebersihan. Setiap peralatan seperti kain, mata pisau dan gunting, akan dicuci bersih sebelum digunakan.

Malah, bekas bidan di klinik swasta ini juga tidak akan menggunakan peralatan yang sama untuk pelanggan berbeza.

“Kain, mata pisau dan gunting akan digunakan sekali saja. Ia akan dibungkus dan ditanam bersama daging yang dipotong tadi. Ini untuk mengelakkan jangkitan kuman dan komplikasi lain.

Tambah Nikmah, untuk memudahkan proses berkhatan, seelok-eloknya kita memulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Tanpa sebarang suntikan bius atau ubat pelali, Nikmah melakukan tugasnya dengan berbekalkan ayat suci al-Quran selain selawat.

“Selesai berkhatan, saya akan memandikan mereka dengan air limau sambil membaca selawat, ia bertujuan untuk membersihkan diri dan menjauhi perkara tidak baik daripada berlaku,” ujarnya yang pernah mengkhatankan bayi yang baru lahir hinggalah wanita dewasa berusia 50 tahun.

Amalan dituntut

Mewarisi kepakaran turun-temurun daripada keluarga sebelah ibunya, wanita berketurunan Melayu Boyan ini sudah 18 tahun menyunatkan kaum Hawa.

“Selain bayi, saya juga menyunatkan wanita dewasa, sama ada wanita Melayu yang tidak pernah bersunat mahupun wanita yang baru memeluk Islam. Ada yang masih muda, ada juga yang sudah beranak-pinak,” ujarnya.

Menurut Nikmah, wanita mualaf memilih untuk berkhatan kerana mereka menganggap ia sebagai ritual pembersihan selain membuktikan kesediaan mereka untuk menjalani kehidupan sebagai wanita Islam.

“Ia bukan paksaan, tetapi amalan yang dituntut. Selain itu, saya juga percaya, berkhatan mampu memelihara gelora nafsu dan mengurangkan rangsangan berlebihan terhadap kaum Adam.

“Saya tidak pasti sama ada terdapat kajian yang jelas tentang sunat mampu mengawal nafsu berahi wanita.

“Namun, menurut pengalaman saya, sudah beberapa kali wanita dewasa yang dikhatankan mengakui lebih mudah mengendalikan rangsangan seksual mereka,” katanya yang pernah mengkhatankan beberapa orang pekerja seks sebelum ini.

Mengupas lebih lanjut kaedah berkhatan bagi perempuan, Nikmah memberitahu, lazimnya bayi perempuan disunatkan ketika masih kecil, seeloknya beberapa hari selepas dilahirkan.

Namun, ada juga ibu bapa yang memilih untuk menunggu hingga setahun sebelum mengkhatankan anak masing-masing.

Sumber : Kosmo



Jumaat, Februari 04, 2011

Laptop antik ditemui???

Salam

Aku rasa semua orang tau, laptop pertama dicipta pada tahun 1985. Ia keluaran dari syarikat Toshiba.

Tapi pagi nie masa aku godek2 kat pakcik Google.. terjumpa plak gambo2 kat bawah nie. Korang tengok ler sendiri. LAYANNN....












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...