Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kereta

Supercar India [Wow]

Imej
NEW DELHI - Firma reka bentuk, DC Design memperkenalkan jentera supercar pertama India yang diberi nama DC Avanti. Jentera tersebut dilancarkan oleh pelakon terkenal Bollywood, Amitabh Bachchan pada Ekspo Motor Delhi 2012 kelmarin. Kereta itu dikuasakan oleh unit enjin bersesaran 2.0 liter empat silinder yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 240 kuasa kuda. Menurut laman kenderaan RushLane di Internet semalam, enjin daripada Ford Ecoboost yang ditala khas untuk menjana lebih kuasa tersebut dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan. Dipasang dengan rim aloi bersaiz 19 inci, kelajuan maksimum yang dihadkan secara mampu dicapai oleh DC Avanti ialah 250 kilometer sejam (km/j). Jentera itu akan mula dijual pada tahun 2013 di semua pengedar DC di seluruh India. Bakal diproduksi pada tahun 2013, ia merupakan ciptaan pereka Dilip Chhabria. Kereta itu dijual pada harga kira-kira AS$70,000 (RM220,219). "Kami sangat teruja untuk memperkenalkan DC Avanti pada hari ini. DC Avanti buk...

Ferrari Palsu. [Macam2]

Imej
Jika diperhatikan pada gambar-gambar dibawah korang pasti ini adalah kereta Ferrari 335. Baru-baru nie seorang ahli perniagaan dari Agrirento, Itali telah dituduh melanggar cap dagangan dan paten. Kereta Ferrari 335 beliau ini sebenarnya telah mengalami transformasi dari kereta asal iaitu Pontiac Fiero .

Gila.... Kereta RM35juta [Perghh..]

Imej
LONDON: Kereta Mercedes ini yang dihiasi dengan emas dan dan batu delima boleh menjadi milik anda dengan harga RM35 juta. Ia adalah hasil kerja pengubasuaian ahli perniagaan, Ueli Anliker yang menghabiskan lebih daripada RM17 juta untuk mengubah kereta berharga RM150,000 itu menjadi ‘Impian Emas Merah Anliker McLaren SLR 999.’ Mercedes McLaren SLR adalah kereta keluaran paling eksklusif syarikat pembuat kereta Jerman itu. Majalah Top Gear menyifatkan pengubahsuaian yang dilakukan oleh Anliker sebagai: “Ia sesuatu yang boleh ‘membakar hingga mata anda berlubang dan menembusi hingga ke mimpi ngeri anda.” Dengan harga minimum RM35 juta itu, ia menjadi kereta paling mahal untuk dijual di pasaran terbuka. Ahli perniagaan Switzerland itu menggaji 35 pekerja yang menghabiskan masa 30,000 jam untuk mengecat kereta itu dengan 25 lapisan cat merah yang dicampur dengan serbuk emas. Setiap rim roda kereta berkenaan dilitupi emas 24 karat. Begitu juga dengan lampu besar dan pintu yang turut dihiasi...

Nuetrino Cabar Kelajuan Teori Cahaya Einstein

Imej
Pusat Penyelidian Nuklear Eropah... PARIS, Perancis - Sekumpulan ahli fizik melaporkan kelmarin bahawa sejenis partikel yang yang dinamakan neutrino boleh bergerak lebih laju daripada cahaya. Partikel itu lebih kecil daripada sebutir atom. Jika penemuan tersebut disahkan, ia boleh mencabar teori relativiti yang diperkenalkan oleh saintis legenda, mendiang Albert Einstein. Teori berkenaan menyatakan tiada unsur yang dapat mengatasi kelajuan cahaya di alam semesta ini. Kumpulan ahli fizik terbabit memberitahu, uji kaji yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN), Switzerland dan sebuah makmal di Itali menunjukkan partikel itu bergerak selaju 300,006 kilometer sesaat. Pergerakan partikel itu adalah sekitar enam km/s lebih laju daripada kelajuan cahaya. "Keputusan ini amat mengejutkan," kata seorang jurucakap eksperimen berkenaan yang dikenali sebagai OPERA, Antonio Ereditato. "Kami mahu mengukur kelajuan neutrino tetapi kami tidak menjangkakan akan membuat pe...

Pantai Burka Di Albania

Imej
Mandi dengan burka... SPILLE - Sebuah kawasan di sebuah pantai di sini diberi jolokan pantai burka kerana ia dikhaskan untuk wanita Muslim yang tidak memakai bikini. Ia terletak di barat daya Tirana di Albania dan beberapa meter dari kawasan pantai yang membenarkan wanita berjemur dan berenang dengan memakai bikini. Pantai tersebut merupakan satu-satunya pantai yang dikhaskan untuk wanita Muslim berenang dan bermain air laut dengan memakai burka. Kira-kira dua pertiga daripada penduduk Albania merupakan penduduk Muslim. - AFP

Myvi Extreme, SE Dilancarkan.

Imej
Lagi Extreme, Lagi Best PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) hari ini melancarkan dua model baru, Myvi SE dan Myvi Extreme yang menggabungkan gaya, keselesaan dan kuasa. Dijual pada harga antara RM50,900 dan RM61,700 mengikut spesifikasi, kedua-dua varian itu didatangkan dengan pilihan transmisi manual atau automatik. Dikuasi enjin 1.5 liter DOHC, 16V DVVT, mampu memberikan kuasa sehingga 76kW pada 6,000rpm dan mengeluarkan kuasa torque maksimum 136Nm pada 4400rpm. Edisi khas model ini didatangkan dengan pilihan lima warna metalik iaitu kuning, putih, ungu, hitam dan perak berkilat. Manakala Myvi Extreme hanya didatangkan dengan empat warna metalik iaitu kuning, putih dan hitam.

Proton Exora Turbo???

Imej
p/s: gambar2 nie aku amik dari paultan. org (jgn mare paul...)

Apa yang perlu anda tahu tentang logo kereta

Imej
Korang mesti dah kenal dgn jenama2 kereta mewah seperti Ferrari, Merc, Lamborghinni dan sama waktu dengannya. Tapi korang tahu tak sejarah disebalik logo atau nama tersebut..? Ko orang bolehlah baca kat bawah nie....... MERCEDES - lambang bintang berkaki 3 melambangkan dominasi gabungan darat, laut dan udara diperkenalkan pada tahun 1937. Nama Mercedes berasal dari seorang pengurus Austria dan peminat autimotif, Emil Jellinek. Dia mempunyai seorang anak bernama Mercedes. Ketika ini Mercedes adalah gabungan 2 syarikat pemotoran iaitu Daimler-Motored-Gesellschaft atau DMG, yanf didirikan oleh Gottlieb Daimler dan Wilhelm Maybach, serta Benz & Cie, didirikan oleh Karl Benz. AUDI - engineer Jerman, August Hoch, memulakan syarikat A, Horc & Cie pada tahun 1899. Satu dekad kemudian syarikat tersebut terpaksa ditutup. Bersama rakan kongsinya, Franz Fikentscher, mereka merancang penubuhan syarikat baru. Semasa berbincang anak kepada Fikentscher yg sedang belajar bahasa Latin bertanyak...