Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

Dapat RM2,200 dalam masa 3 hari???

Imej
Salam... Korang semua nak join aku ke? Buat duit banyak tu hanya dalam masa 3 hari jee... Kalau sebulan dah dapat RM22,000. Kayo.... Takyah susah2 nak buat blog.... Hehehe... Sebenarnya entri kali nie takde kena mengena dengan skim piramid atau cepat kaya. Ianya adalah kisah sebenar pendapatan seorang penoreh getah.... Lebih 350,000 pekebun kecil getah terutama 187,074 yang memiliki dan mengusahakan tanaman getah sendiri dapat menarik nafas lega apabila harga komoditi itu meningkat secara berperingkat sejak 2009. Kini, harga semasa mencapai RM17.05 sekilogram (sekg), manakala harga di ladang ada yang mencecah sehingga RM9 sekg, sekali gus meletakkan sebahagian besar pekebun kecil hidup di luar taraf kemiskinan. Pekebun kecil yang memiliki tanah seluas sehektar, Mohd Nasri Lateh, 45, berkata kerja menoreh yang dilakukan antara 20 hingga 22 hari sebulan itu membolehkan beliau memperoleh lebih 1,000 kg susu getah. Bapa tiga cahaya mata yang menetap di Kampung Teknologi RISDA, Kampung Sawa

Giveaway pertama dari Abgterror???

Imej
Jom join GA pertama dari Abgterror. Sempena 3 bulan berbelogging. Abgterror salah satu mentor aku. Kalau aku ade masalah pasal blogging dia byk membantu... (hehe.. bodek sikit) Header blog aku tu dia yang design. Free je... TARIKH MULA: 23 Februari 2011 TARIKH TUTUP: 23 Mac 2011 PENYERTAAN: Semua Yang Berminat SEBARKAN SEKARANG UNTUK PENYERTAAN!!! SYARAT PENYERTAAN:.......... Syarat Penyertaan: Mestilah warga Asia Tenggara, tidak menggunakan auto blogwalking, tidak hisap dadah, tak buat maksiat, tak minum arak, solat jangan lupa yea, tidak pernah menderhakai kedua ibubapa, tak pernah buang bayi, tak pernah lumba haram, tak terlibat dengan masalah sosial, tak ponteng skolah dan tak pernah pecah rumah. Kalau nak folow, folow la....lau tak pun still sah penyertaan. Cara-cara Penyertaan: 1. Ambil banner dan pamerkan ke blog anda selama kontest ini berlangsung. 2. Abgteror tak wajibkan sesiapapun untuk membuat entry atau tag rakan. (kalau nak alhamdulillah, syukur, tuhan jea yang dapat bal

Aku ke pesta layang-layang???

Imej
Semalam aku and wife ke Festa Layang2 Sedunia kat Bukit Layang-layang Pasir Gudang. Hari terakhir pesta. Itu pon kerana layan anak aku yg nombor 3, Amira, beria2 nak tengok. Sampai sana pon dah pukul 5.30 petang, lepas puas pusing2 cari parking. Cuaca redup. Orang masih ramai, cuma layang2 je yg kurang kat udara. Maklumlah hari terakhir...

Maya Karin, Remy bercinta???

Imej
Salam... Sering diganding bersama dalam teater atau layar perak, Maya Karin dan Remy Ishak dilihat serasi bersama. AKHIRNYA, saya dapat bersama dengan lelaki yang dicintai. Tidak seperti sebelum ini, percintaan saya sering berakhir dengan kekecewaan,” akui Maya Karin. Maya Karin Roelcke, 32, yang telah bercerai dengan bekas suami, Steven David Shorthose, 42, pada 16 Julai tahun lalu mengakui beliau senang dengan kehadiran Remy Ishak yang sudi menerimanya tanpa prejudis. Kata Maya, semuanya berlaku tanpa dirancang dan apabila sering digandingkan bersama di pentas teater atau layar lebar, keserasian antara mereka terbina dengan sendiri. Beliau mula bekerjasama dengan Remy dalam filem Anak Halal, teater Natrah dan terbaru, pasangan itu akan muncul dalam filem Cun, arahan Osman Ali yang bakal ditayangkan di pawagam pada 31 Mac ini. Sambil mengukir senyuman, Maya memberitahu mereka bukan setakat berlakon bersama, malah turut berduet menerusi lagu Cun Selalu, ciptaan Nurzaidi Abd. Rahman. Ke

Siti Nurhaliza dan tudung???

Imej
Salam.... Bila Siti bertudung macam tu nampak ayu gitu. Gambar nie diambil semasa beliau dan suami Datuk K menghadiri perasmian sebuah masjid di Kedah. Setahun selepas beliau berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 2006, penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pernah menyatakan impiannya untuk membina masjid. Impiannya itu tercapai semalam apabila Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Khalidiah di Kampung Permatang Pasir di sini. Masjid berwarna putih dengan kos keseluruhan termasuk kelengkapan bernilai RM1.7 juta itu siap sepenuhnya pada Ogos tahun lalu hasil pembiayaan Yayasan Nurjiwa, badan kebajikan yang diilhamkan oleh pasangan berkenaan pada 2006. Majlis perasmian itu dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Johan Qari Negeri Kedah 2010, Othman Azumi Ahmad. Siti Nurhaliza bersyukur kerana proses pembinaan masjid itu selesai dengan majlis perasmiannya semalam yang kebetulan sama dengan tarikh lahir yang ke-52 suami

Justin Bieber mati ditembak???

Imej
Salam... Penyanyi sensasi Justin Bieber dilaporkan mati ditembak di dada. Korang tengak ler sendiri gambar tu. Sadis sungguh...... Sebenarnya ianya adalah lakonan Bieber dalam siri televisyen penyaisatan popular, CSI. Penyanyi lagu Baby dan berusia 16 tahun itu muncul menerusi episod terbaru CSI, Target of Obsession. Selebriti berusia 16 tahun itu memegang watak remaja bermasalah bernama Jason McCann untuk kali kedua selepas dia mula melibatkan diri dalam siri televisyen itu pada September 2010. "Saya bukan orang yang jahat. Justeru, saya rasa kelakar apabila dikehendaki membawakan karakter seperti ini," katanya. Bintang muda itu menerima penghargaan Pencapaian Cemerlang Artis Antarabangsa dalam anugerah muzik popular Britain, Brit di London baru-baru ini.

Proton Exora Turbo???

Imej
p/s: gambar2 nie aku amik dari paultan. org (jgn mare paul...)

Mak Dara 1st Giveaway (GA)???

Imej
Salam... Nie hari aku dapat jemputan dari Mak Dara untuk join dia punya 1st Giveaway sempena sebulan birthday blog Mak Dara. (dara tuu....) Mudah je syarat nak joint GA Mak Dara nie... 1. Mesti mempunyai blog. 2. Follow Blog Bicara Mak Dara. 3. BERIKAN "SATU" TAJUK DRAMA. 4. Masukkan Banner Di Atas Ke Dalam Entry Dan Sidebar dan Linkkan Ke Entry Ini. 5. Tag Sekurang-Kurangnya 3 Orang Rakan Anda Untuk Menyertai GIVEAWAY Ini. 6. Setelah Siap Entry Anda, Tinggalkan URL Entry Anda Itu Di Ruang komen. Orait... Tajuk drama pilihan aku ialah "HANTU BLOGGER MISS LIMAH " ... dan tiga blogger yg kena tag: crystalbee scarlett bungacokelat Klau nak join klik jee : Mak Dara 1st Giveaway (GA )

Ally Iskandar dah bertunang???

Imej
Salam... Pada Jumaat lalu 11/2/2011 Ally Iskandar dan kekasihnya Nur Aishah Zainal telah melangsungkan majlis pertunangan. Tahniah buat mereka berdua. Aishah merupakan naib juara Gadis Melayu untuk musim pertama. Majlis bertemakan hitam dan putih telah berlangsung di kediaman keluarga Aishah di Taman Sri Intan, Ampang. p/s : ingatkan dengan Fafau...

Payudara terbesar milik seorang lelaki???

Imej
Para doktor di China mendakwa telah menemui seorang lelaki yg memiliki buahdada terbesar di dunia. Ketika seorang pesakit berkunjung ke sebuah klinik pakar dada, doktor tersebut mendapati pesakit lelaki tersebut mempunyai buah dada yang besar. "Beliau seorang lelaki tulin kecuali buah dada yang besar", ujar doktor dari Klinik Pakar Dada Zhang Lilan. Lelaki tersebut, Guo Feng, merasa malu kerana menjadi bahan bualan di kampung beliau. Penduduk kampung sering mempersendakan beliau. Guo Feng, 53 tahun terpaksa memakai baju tebal walaupun pada musim panas untuk menutup tubuhnya. "10 tahun yang lalu dada saya terus membesar, namun masa tu saya merasa ia disebabkan oleh pertambahan berat badan saya." ujar Guo Feng. "Dalam beberapa tahun kebelakangan ini dada saya semakin membesar. Dah banyak doktor saya jumpa untuk mengatasi masalah ini. Tapi tiada siapa yang dapat menyelesaikannya." ujar Guo Feng lagi. Guo Feng mengaku telah banyak meghabiskan duit untuk beruba

Mitos tradisi Valentine Day???

Imej
Salam... Sempena Valentine Day esok, aku nak cerita sikit pasal mitos yang diamalkan oleh orang2 barat yang aku dapat dari pakcik google. Maklumlah besok adalah hari yg dinanti- nantikan bagi orang2 yang sedang bercinta. Tak kira le yg dah kawin atau belom... 1) Jika anda memotong sebiji buah epal dibahagian tengahpada Hari Valentine, hitunglah bijinya. Ia menunjukkan jumlah anak yang akan anda dapat selepas berkahwin. 2) Petiklah sekuntum bunga dandelion (sorry nama bunga nie dlm bahasa melayu aku tak tahu..huhuhu) yang tengah mengembang. Kemudian tiup tiap2 kelopak bunga itu, lalu hitunglah kelopak yang tertinggal. Ia mengambarkan jumlah anak yang akan anda dapat selepas berkahwin. 3) Beberapa orang percaya bahawa jika seorang wanita ternampak burung bangau terbang semasa Valentine Day, bererti dia akan berkahwin dengan seorang kelasi kapal. Jika burung pipit, dia akan berkahwin dengan seorang jejaka miskin tetapi hidup bahagia bersama. Sementara jika terlihat burung layang2, dia aka

Justin Bieber beli kondo RM5.2 juta???

Imej
LOS ANGELES - Dalam usia baru mencecah 16 tahun, penyanyi terkenal, Justin Bieber dilaporkan telah membeli satu unit kondominium berharga AS$1.7 juta (RM5.2 juta) di Los Angeles, lapor laman Real Estalker.com di Internet semalam. Kondominium penyanyi pop itu dikatakan memiliki tiga buah bilik, terletak di kawasan Westwood, bersaiz 222.967 meter persegi dengan hiasan dalaman yang moden. Keseluruhan kondominium itu dilengkapi jubin lantai berkilat, dinding berwarna putih dilengkapi perabot mewah dan cermin dari lantai hingga ke siling. Kondominium itu turut menyediakan kemudahan lain seperti pusat kesihatan, tempat letak kenderaan dan bilik parti. - Agensi. Sumber : Kosmo 12/2/2011

Safee Sali ghairah???

Imej
Salam ghairah... Sorry tajuk entry nie takde kena mengena dgn 18sx. Ianya hanya keghairahan Safee utk bermain bola di Indonesia... SEMALAM, Safee Sali mendedahkan satu lagi sebab dia tertarik untuk beraksi bersama Pelita Jaya di Liga Super Indonesia (ISL). Faktor berkenaan adalah kebanjiran penyokong fanatik yang penuh ghairah di stadium dan dia mahu mencari pengalaman baru beraksi dalam keadaan tertekan bagi menguatkan lagi mentalnya selaku penyerang antarabangsa digeruni ketika ini. “Memang fanatik penyokong kat sana. Saya akui keghairahan penyokong di sana menjadi tarikan untuk berpindah ke Indonesia. “Ia adalah pengalaman baru yang akan saya hadapi dan diharapkan saya dapat menyesuaikan diri di sana. “Saya akui, saya mungkin berdepan tekanan beraksi di sana, tetapi saya sudah menyiapkan diri secara mental,” katanya, semalam. Kudrat Safee ditagih Pelita, untuk menjana barisan serangan pasukan itu yang setakat ini menjaringkan 13 gol, jumlah ketiga terendah dalam ISL, di depan Persib

Kisah Fasha Sanda berbikini lagi???

Imej
Salam... Fasha Sanda berbikini menduduki tempat pertama didalam carian Google sepanjang Januari lalu... KUALA LUMPUR - Pelakon terkenal, Fasha Sandha menduduki tempat pertama di negara ini dalam carian menerusi syarikat penyedia perkhidmatan Internet, Google sepanjang bulan Januari lalu. Jurucakap Google Malaysia berkata, Fasha dicari ekoran kisahnya memakai bikini di Bali, Indonesia dan tersebar di Internet meluas baru-baru ini. Kisah Fasha menjadi topik hangat pada kedudukan 10 teratas untuk bulan Januari manakala selepas itu Anugerah Juara Lagu ke-25 pula menduduki tempat kedua. "Pelakon Ayu Raudhah yang berkahwin dengan pemain bola sepak, Mohd Zaquan Adha Abd. Radzak juga banyak dicari sepanjang bulan lepas," katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo disini semalam. Sumber : Kosmo 10/2/2011

Kondom boleh mengigit???

Imej
Salam.. Kondom boleh mengigit? Kah..kah.. lawak bunyi nyer.. Sebenarnya kalau korang nak tahu kondom nie untuk kegunaan wanita sahaje. Ia sebagai alat untuk mencegah berlakunya kejadian rogol. Kondom wanita ini boleh 'mengigit' zakar lelaki telah di cipta oleh Dr Ehlers dari Afrika Selatan. Ia dicipta untuk melindungi wanita dari pemerkosaan. Caranya, kondom nie dipakai oleh wanita (diselitkan kedalam vagina), ketika ade zakar cuba dimasukan tanpa kerelaan, maka kondom ini akan mengigit zakat tersebut. Kondom nie kenali sebagai Rape-aXe. Idea tercipta nyer alat ini adalah datang dari seorang wanita usia 20-an yang berjumpa dengan Dr Ehlers selepas dirogal. Wanita nie mengharapkan ada sejenis alat menyerupai gigi yang boleh mengigit yang dipasang dalam vaginanya jika berlaku lagi kejadian yang sama. Untuk pengetahuan korang, bahagian dalam kondom nie terdapat gigi-gigi yg menyerupai mata kail. Jika ade zakar yang memasuki komdom nie, ia akan mencengkam dan sukar di cabut. Cengk

Wanita perlu berkhatan???

Imej
... nie gambar hiasan je Entry kali nie bukan bertujuan aku untuk menyinggung atau memalukan perasaan kaum wanita. Kadangkala perkara2 nie bersifat sensitif. Terutama wanita melayu. Tujuan aku sekadar berkongsi informasi.... “Bersunat bagi wanita bertujuan untuk menjaga kebersihan selain daripada mengawasi kesihatan batin. “Menurut petua orang-orang lama juga, berkhatan dapat memelihara diri daripada mendapat pelbagai penyakit. “Ia juga merupakan satu cara untuk mendoakan zuriat menjadi perempuan yang baik dan solehah apabila dewasa nanti,” jelas pengamal perbidanan tradisional, Nikmah Suhaidi, 49, ketika ditemui Jurnal di rumahnya di pekan Dengkil, Selangor baru-baru ini. Kerat 1.3 sentimeter “Bersunat bagi perempuan ialah dengan memotong sebahagian muncung daging yang tersembul berdekatan saluran kemaluan wanita. Ia terletak di sebelah atas faraj yang kelihatan seaka

Laptop antik ditemui???

Imej
Salam Aku rasa semua orang tau, laptop pertama dicipta pada tahun 1985. Ia keluaran dari syarikat Toshiba. Tapi pagi nie masa aku godek2 kat pakcik Google.. terjumpa plak gambo2 kat bawah nie. Korang tengok ler sendiri. LAYANNN....