Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Bukan Doa Kamu Yang Makbul.[Tauladan]

Imej
Bercakap fasal doa, saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya. Cerita yang saya dengar itu begini: Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik. Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT. Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar diri

Will You Marry Me...??? [Video]

Imej
Satu klip video yang menunjukkan seorang rakyat Malaysia, Timothy Tiah melamar teman wanitanya telah memenangi hati ramai selebriti Amerika Syarikat (AS) termasuk hos rancangan pertandingan nyanyian American Idol, Ryan Seacrest dan penyanyi Christina Perri. Seacrest memuji klip video berkenaan sebagai menyentuh perasaan manakala Perri, 27, yang popular dengan lagu Jar of Hearts mengaku ia membuatkan dia menangis. "Saya menangis dan tersenyum pada masa yang sama!" kata Perri dalam komen di akaun Twitter miliknya. Perri menyatakan bahawa dia menganggap lagunya, A Thousand Years yang digunakan dalam klip video berkenaan sebagai satu penghormatan buat dirinya. Pujian dua selebriti itu membantu klip video berkenaan ditonton hampir empat juta kali dalam tempoh seminggu klip video itu dimuatkan di laman sosial termasuk YouTube sekali gus menjadikan Tiah dan kini tunangnya, Audrey Ooi, 26, sebagai contoh kepada pasangan kekasih di seluruh dunia. Memiliki kerjaya sebagai usahawan Inte

Nasib Kereta Honda [Sian]

Imej
Lautan ketera..... BANGKOK - Pembuat kereta No.1 Jepun, Honda mula memusnahkan sebanyak 1,055 buah kereta buatannya di Thailand semalam. Tindakan itu dilakukan bagi meyakinkan para pelanggan bahawa tiada kenderaan yang rosak akibat banjir di negara berkenaan dijual kepada mereka. Honda dalam satu kenyataan memberitahu, proses memusnahkan semua kenderaan di kilang Honda di tengah wilayah Ayutthaya itu dijangka mengambil masa selama sebulan. Kilang Honda terletak di Taman Industri Rojanam yang merupakan kawasan yang ditenggelami air pada awal Oktober lalu. Bencana berkenaan menyebabkan pengeluaran kilang tersebut terpaksa dihentikan manakala gambar-gambar dari udara menunjukkan ratusan buah kereta Honda digenangi air berselut. "Walaupun kami dapat memindahkan banyak kereta baharu ke kawasan selamat, sejumlah kereta yang ada di kilang ini rosak akibat banjir," kata Timbalan Presiden Eksekutif Honda Automobile Thailand, Pitak Pruittisarikorn. "Kami tidak menjual kereta yang

Basikal Gergasi. [Wow]

Imej
ILIN, China - Seorang bapa, Zhang Yali menghabiskan masa selama dua bulan untuk mencipta sebuah basikal gergasi bersama seorang rakannya di sini. Yali yang berusia 49 tahun mencipta basikal itu sebagai hadiah untuk anak lelakinya yang berusia 25 tahun dan bekerja sebagai kartunis sambilan di Shenzhen, wilayah Guangdong. Basikal itu setinggi 3.2 meter dan panjang 5.5 meter. Yali membelanjakan lebih 20,000 yuan (RM9,970) untuk mencipta basikal seberat lebih satu tan itu. Menurut keluarga Yali, mereka akan mengayuh basikal itu dari Jilin ke Shenzhen. - Reuters

Aksi Perlampau Pramugari Filipina [Wow]

Imej
Cam best gitu.... MANILA: Siapa kata perjalanan menaiki kapal terbang membosankan? Para pramugari di syarikat penerbangan tambang murah Filipina membuktikan bahawa kenyataan tersebut adalah silap sama sekali. Mereka yang terkenal kerana persembahan tarian semasa memberikan panduan keselamatan penumpang kini kembali lagi dengan persembahan baru. Kali ini mereka menggunakan lagu dendangan penyanyi Mariah Carey bertajuk All I Want For Christmas Is You bagi menggantikan lagu nyanyian Lady Gaga yang digunakan sebelum ini. Syarikat penerbangan Cebu Pacific yang berpusat di sini berkata, kareografi tarian tersebut menyebabkan lebih ramai penumpang memberikan perhatian kepada panduan keselamatan. Jurucakap syarikat itu, Candice Iyog pada Khamis berkata, “Kami mahu membawa sedikit keseronokan di dalam pesawat memandangkan sekarang adalah musim Krismas.” Iyog juga memberitahu, setakat ini mereka menerima maklum balas yang baik. - AP

Ferrari Palsu. [Macam2]

Imej
Jika diperhatikan pada gambar-gambar dibawah korang pasti ini adalah kereta Ferrari 335. Baru-baru nie seorang ahli perniagaan dari Agrirento, Itali telah dituduh melanggar cap dagangan dan paten. Kereta Ferrari 335 beliau ini sebenarnya telah mengalami transformasi dari kereta asal iaitu Pontiac Fiero .

Transformer Dari Barangan Dapur. [Cool]

Imej
Seorang perika seni dari Brooklyn, New York, Peter Kokis mencipta kostum Transformer dengan hanya menggunakan barangan peralatan dapur. Diantara barangan tersebut seperti mangkuk makanan anjing, pemegang berus tandas, pemegang berus cat, peralatan bekebun, penutar salad dan lain-lain.

Gila.... Kereta RM35juta [Perghh..]

Imej
LONDON: Kereta Mercedes ini yang dihiasi dengan emas dan dan batu delima boleh menjadi milik anda dengan harga RM35 juta. Ia adalah hasil kerja pengubasuaian ahli perniagaan, Ueli Anliker yang menghabiskan lebih daripada RM17 juta untuk mengubah kereta berharga RM150,000 itu menjadi ‘Impian Emas Merah Anliker McLaren SLR 999.’ Mercedes McLaren SLR adalah kereta keluaran paling eksklusif syarikat pembuat kereta Jerman itu. Majalah Top Gear menyifatkan pengubahsuaian yang dilakukan oleh Anliker sebagai: “Ia sesuatu yang boleh ‘membakar hingga mata anda berlubang dan menembusi hingga ke mimpi ngeri anda.” Dengan harga minimum RM35 juta itu, ia menjadi kereta paling mahal untuk dijual di pasaran terbuka. Ahli perniagaan Switzerland itu menggaji 35 pekerja yang menghabiskan masa 30,000 jam untuk mengecat kereta itu dengan 25 lapisan cat merah yang dicampur dengan serbuk emas. Setiap rim roda kereta berkenaan dilitupi emas 24 karat. Begitu juga dengan lampu besar dan pintu yang turut dihiasi

Buah Dada Untuk David Beckham. [18SX]

Imej
Mungkin sudah terbiasa dengan sifat yang suka menunjuk-nunjuk buah dadanya, seorang artis wanita Indonesia, Syahrini mengejutkan ramai pihak dengan berbangga ‘menyerahkan’ aset kebanggaannya itu kepada bintang bola sepak England, David Beckham, untuk ditandatangani dengan hanya beralaskan sehelai baju-T ketat dan nipis! Tidak habis di situ, Syahrini turut menghebohkan kisah tandatangan David Beckham itu ke seluruh negara jiran tersebut. Syahrini yang terkenal dengan imej seksi di dunia hiburan negara jiran itu telah dilantik menjadi duta untuk menemani dan memperkenalkan David Beckham kepada budaya dan keadaan di sekitar Indonesia sempena perlawanan persahabatan antara LA Galaxy dan Indonesia. Menghangatkan lagi kontroversi tersebut, dia turut menghadiahkan sekumtum ciuman mesra di pipi suami kepada bekas anggota kumpulan Spice Girls, Victoria Adam (kini Victoria Beckham) itu. Ekoran itu, ramai pihak termasuk beberapa selebriti negara jiran itu yang mengecam dan mengutuk Syahrini serta

Muka Baru.

Imej
HARTFORD, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita yang diserang seekor cimpanzi menyatakan dia lebih kerap keluar rumah selepas menjalani pembedahan pemindahan muka dan wajah baharunya itu dipuji cantik. Wanita berkenaan, Charla Nash memberitahu program bual bicara terbitan NBC, Today , wajah penderma organ yang diperolehinya itu mula berubah menurut struktur tulang mukanya. "Ada orang memberitahu saya bahawa saya cantik," kata Nash dalam wawancara tersebut yang disiar kelmarin. "Sebelum ini mereka belum pernah memuji saya cantik," tambahnya. Menurut Nash, dia turut disapa oleh seorang kanak-kanak semasa keluar membeli belah baru-baru ini. "Ia belum pernah berlaku sebelum ini. Budak perempuan itu menyatakan Hi kepada saya. Saya tidak menakutkan sesiapa," katanya. Nash diserang oleh seekor cimpanzi seberat 90 kilogram yang dipelihara oleh jirannya pada 2009. Haiwan itu mengoyakkan hidung, bibir, kelopak mata dan tangan Nash sebelum ia ditembak mati oleh po

Minyak Wangi Menipu. [OMG]

Imej
"Perhatian kaum wanita. Sila pastikan suami anda tidak menggunakan pewangi ini. Hahahaha..." Mavericks, kelab bugil terkenal di Cape Town Afrika baru sahaja memperkenalkan siri minyak wangi untuk lelaki dikenali sebagai Alibis . Alibis bermaksud "penyelamat suami lewat pulang" Pewangi ini dicipta oleh Porky Hefer dan hanya terdapat 3 jenis haruman sahaja iaitu "We were out sailing", "My car broke down" dan "I was working late". "We were out sailing" akan mengeluarkan bauan seakan-akan air laut, garam laut dan tali kapas. Manakala "My car broke down akan megeluarkan bauan seperti minyak petrol, getah terbakar, minyak gris dan bau besi. Sementara "I was working late" mengeluarkan bau seperti aroma kopi, dakwat dan rokok. Itu sebab mengapa ketiga-tiga bauan minyak wangi ini dicipta adalah untuk mengelak sang suami dari disoal siasat si isteri apabila pulang lewat ke rumah, terutama selepas berlibur di kelab Marveri

Abjad Bulu Kaki. [Kreatif]

Imej
Mayuko Kanazawa, 20, pelajar dari Universiti Seni Tama Jepun tampil dengan idea bentuk abjad dari bulu kaki selepas diminta oleh gurunya untuk mencipta kerja seni tanpa menggunakan teknologi komputer. Ia tidak jelas bagaimana Mayuka berjaya memanipulasi bentuk-bentuk bulu kaki yang mengerinting membentuk abjad-abjad. Namun ia merupakan satu hasil kerja seni yang cemerlang. Idea ini juga diimplikasikan pada iklan syarikat peralatan sukan, Adidas.

RM47,019 Harga Seluar Dalam Terpakai. [WOW]

Imej
LONDON - Seluar dalam berwarna putih yang pernah dipakai oleh Ratu Victoria (gambar kecil) dari Britain dijual pada harga £9,375 (RM47,019) dalam satu lelongan di Edinburgh kelmarin. Harga jualan itu lebih tiga kali ganda daripada jangkaan asal. Seorang pembeli rahsia membeli seluar tersebut dalam lelongan barang yang terdapat di dalam Rumah Lama Battersea, London. Rumah Lama Battersea itu merupakan kediaman keluarga Forbes yang terlibat dalam bidang perniagaan penerbitan. Ratu Victoria memerintah dari 20 Jun 1837 hingga 22 Januari 1901. Pemerintah Britain itu berkahwin dengan sepupunya, Putera Albert pada 1840. - Agensi Sumber: Kosmo 2/11/2011

Aiskrim 'Hot'. [Panazz..]

Imej
Idea kenderaan aiskrim ini adalah dari seorang jurugambar dari Miami iaitu Justin Price bersama model dari Costa Rica, Jacqueline Suzanne. Memulakan perniagaan pada 27 Oktober lalu di sekitar kawasan Seminole Hard Rock Cafe & Hotel, Hollywood. Terdapat beberapa perisa aiskrim yang dijual seperti cokelat dan vanila. Yang paling hot ia dikendali oleh 2 'Hot Chicks' tu.... p/s: nasib baik takde kat Malaysia....

Seni Origami Halus. [Cool]

Imej
Anja Warkiewicz menghasilkan seni origami halus dengan menggunakan kepingan kertas kecil selebar 1inci. Sebahagian dijadikan sebagai anting-anting dan loket pada rantai.