Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tempatan

Artis Tempatan Dalam Video Lucah Atau Pelanduk Dua Serupa? [18SX]

Imej
Kalau sekali sebut, pasti’nya nama Melia Aimelia tidak tersimpan dalam memori indah anda semua, tetapi jika kami sebut judul filem lakonan beliau. Aha! Semalam kami ada dedahkan satu gossip yang mengatakan kami ada terima beberapa screenshot dari sebuah video separa lucah yang di’dakwa di’lakonkan oleh Melia Aimelia sendiri. Lewat hari ini, kami berjaya terima video penuh berdurasi hampir 30 saat itu yang memaparkan aksi solo individu yang di’dakwa Melia Aimelia — heroin filem Karipap Karipap Cinta. Hmm. Tidak akan kami siarkan video penuh individu tersebut tetapi di’bawah kami sertakan dua screenshot ‘manja’ dari video tersebut sebagai perbandingan buat Melia Aimelia yang di’dakwa terlibat secara langsung. Anda nilaikan sendiri jika benar individu dalam screenshot di’atas adalah Melia Aimelia atau hanya sekadar pelanduk dua serupa yang sememangnya sering terjadi kepada selebriti Malaysia. Sumber: rotikata.com

Fixie Oh Fixie

Imej
Basikal Fixie atau Fixed Gear Bicycle semakin digilai oleh anak anak muda atau remaja sekarang nie. Ia didatangkan dengan perbagai warna-warna garang seperti oren, merah, hijau atau kuning. Jika diamati basikal ini asalnya digunakan dalam perlumbaan sukan berbasikal . Sekarang ia mudah didapati di kedai basikal dengan harga yang murah serendah RM350.00 hingga ada yang mencecah ribuan ringgit bergantung kepada model dan jenama. Kebanyakan basikal ini tidak dilengkapi dengan sistem brek. Teknik memijak tayar belakang adalah teknik yang digunakan untuk memperlahankan atau memberhentikan basikal fixie ini. Lewat malam adalah waktu yang selalu digunakan untuk ahli - ahli kumpulan basikal fixie berkumpul sesama mereka. Jumlah penunggang boleh mencecah 5 - 20 orang apa satu - satu masa.

Myvi Extreme, SE Dilancarkan.

Imej
Lagi Extreme, Lagi Best PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) hari ini melancarkan dua model baru, Myvi SE dan Myvi Extreme yang menggabungkan gaya, keselesaan dan kuasa. Dijual pada harga antara RM50,900 dan RM61,700 mengikut spesifikasi, kedua-dua varian itu didatangkan dengan pilihan transmisi manual atau automatik. Dikuasi enjin 1.5 liter DOHC, 16V DVVT, mampu memberikan kuasa sehingga 76kW pada 6,000rpm dan mengeluarkan kuasa torque maksimum 136Nm pada 4400rpm. Edisi khas model ini didatangkan dengan pilihan lima warna metalik iaitu kuning, putih, ungu, hitam dan perak berkilat. Manakala Myvi Extreme hanya didatangkan dengan empat warna metalik iaitu kuning, putih dan hitam.

5 Tahun Berzina Gemar Rakam Aksi Seks.

Imej
Apa nak jadi dengan bangsa kita sekaranag nie. Dah tak kenal halal haram. GRIK: Seorang wanita menangis sambil merayu supaya dibenarkan masuk semula ke dalam bilik tidur teman lelakinya bagi membolehkan dia memakai semula seluar dalam sejurus diberkas pegawai pencegah maksiat, pagi kelmarin. Permintaan itu dipenuhi pegawai agama Islam daerah Grik, di sini, apabila mendapati wanita terbabit dalam keadaan ‘mengghairahkan’ kerana hanya memakai seluar ketat nipis. Wanita berusia 21 tahun dan kekasihnya 26 tahun sekali lagi mengejutkan pihak berkuasa apabila mengaku melakukan zina sejak lima tahun lalu selain gemar merakamkan aksi seks haram menggunakan telefon bimbit. Mereka yang berasal dari kampung berlainan di pinggir pekan ini membuat pengakuan itu sejurus ditahan penguat kuasa pada jam 10 pagi kelmarin ketika memadu asmara dalam sebuah bilik di rumah kongsi di sini. Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik, Mohd Jonid Abdul Syukor berkata, enam pegawainya dibantu dua anggota R...

Natasha Berjanji Jalani Kehidupan Normal

Imej
Jabatan Agama Islam Perlis akan membimbing seorang pondan, Natasha bagi membantunya kembali kepada fitrahnya sebagai seorang lelaki. Pengarahnya, Abdul Malik Hussin berkata, bagi tujuan itu, pihaknya telah memberi nasihat serta buku agama sebagai rujukan untuk mengubah dirinya sekali gus melupakan niat menjalani kehidupan songsang dengan teman lelaki. Menurut beliau, jabatan itu akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi melihat perubahan yang dijanjikan Natasha dalam pertemuan di rumahnya semalam. "Pegawai saya telah menemuinya bagi melihat keadaannya dan menasihati mengenai hukum, agama dan fitrah seorang lelaki. "Dia akur dengan penjelasan kami dan berjanji mahu berubah," katanya ketika dihubungi di sini semalam. Kosmo! sebelum ini melaporkan hasrat Natasha untuk menjalani kehidupan bersama teman lelakinya, Mohd. Hafizuddin Johari, 20, di luar negeri ini. Tindakan itu berikutan hubungan mereka dicemburui pihak tertentu sehingga Mohd. Hafizuddin disimbah asid...

Lagu Raya Carian Tertinggi Di Google Bulan Ogos

Imej
Pencarian ucapan dan lagu2 sempena Hari Raya Aidilfitri menduduki tempat teratas dalam carian menerusi syarikat penyedia perhidmatan Internet, Google sepanjang bulan Ogos lalu. Jurucakap Google Malaysia berkata, orang ramai telah menggunakan khidmat enjin carian popular, Google malaysia itu untuk mendapatkan contoh-contoh ucapan Hari Raya Aidilfitri. Pada masa yang sama mereka mendengat dan memuat turun lagu-lagu hari raya yang popular. Sumber: Kosmo 4/9/2011

Walau Tewas Tetap Melawan

Imej
SKUAD bola sepak kebangsaan tewas 3-6 kepada Liverpool pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam. Begitupun, aksi melawan anak- anak buah Datuk K. Rajagobal itu wajar dipuji apabila mereka tampil lebih agresif berbanding ketika tewas 0-4 kepada Arsenal pada Rabu lalu. Keenam-enam gol Liverpool dijaringkan oleh Charlie Adam, David Ngog (2), Maxi Rodriguez (2) dan Dirk Kuyt. Manakala skuad kebangsaan membalas tiga gol menerusi kapten, Safiq Rahim dan dua jaringan penyerang sensasi, Safee Sali. Rajagobal melakukan empat pe- rubahan pada kesebelasan utamanya dengan menyenaraikan Shar- binee Allawee Ramli, Muslim Ahmad, Baddrol Bakhtiar dan Abdul Hadi Yahaya. Liverpool pula yang dikemudikan oleh penolong pengurusnya, Steve Clarke selepas Kenny Dalg- lish terpaksa pulang awal ke England , membuat enam perubahan berbanding kesebelasan ketika menewaskan Guangdong Sunray Cave 4-3. Kedudukan babak pertama terikat 1-1 setelah sepakan penalti Adam pada minit ...

Maya Karin, Remy bercinta???

Imej
Salam... Sering diganding bersama dalam teater atau layar perak, Maya Karin dan Remy Ishak dilihat serasi bersama. AKHIRNYA, saya dapat bersama dengan lelaki yang dicintai. Tidak seperti sebelum ini, percintaan saya sering berakhir dengan kekecewaan,” akui Maya Karin. Maya Karin Roelcke, 32, yang telah bercerai dengan bekas suami, Steven David Shorthose, 42, pada 16 Julai tahun lalu mengakui beliau senang dengan kehadiran Remy Ishak yang sudi menerimanya tanpa prejudis. Kata Maya, semuanya berlaku tanpa dirancang dan apabila sering digandingkan bersama di pentas teater atau layar lebar, keserasian antara mereka terbina dengan sendiri. Beliau mula bekerjasama dengan Remy dalam filem Anak Halal, teater Natrah dan terbaru, pasangan itu akan muncul dalam filem Cun, arahan Osman Ali yang bakal ditayangkan di pawagam pada 31 Mac ini. Sambil mengukir senyuman, Maya memberitahu mereka bukan setakat berlakon bersama, malah turut berduet menerusi lagu Cun Selalu, ciptaan Nurzaidi Abd. Rahman. Ke...

Siti Nurhaliza dan tudung???

Imej
Salam.... Bila Siti bertudung macam tu nampak ayu gitu. Gambar nie diambil semasa beliau dan suami Datuk K menghadiri perasmian sebuah masjid di Kedah. Setahun selepas beliau berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 2006, penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pernah menyatakan impiannya untuk membina masjid. Impiannya itu tercapai semalam apabila Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Khalidiah di Kampung Permatang Pasir di sini. Masjid berwarna putih dengan kos keseluruhan termasuk kelengkapan bernilai RM1.7 juta itu siap sepenuhnya pada Ogos tahun lalu hasil pembiayaan Yayasan Nurjiwa, badan kebajikan yang diilhamkan oleh pasangan berkenaan pada 2006. Majlis perasmian itu dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Johan Qari Negeri Kedah 2010, Othman Azumi Ahmad. Siti Nurhaliza bersyukur kerana proses pembinaan masjid itu selesai dengan majlis perasmiannya semalam yang kebetulan sama dengan tarikh lahir yang ke-52 suami...

Ally Iskandar dah bertunang???

Imej
Salam... Pada Jumaat lalu 11/2/2011 Ally Iskandar dan kekasihnya Nur Aishah Zainal telah melangsungkan majlis pertunangan. Tahniah buat mereka berdua. Aishah merupakan naib juara Gadis Melayu untuk musim pertama. Majlis bertemakan hitam dan putih telah berlangsung di kediaman keluarga Aishah di Taman Sri Intan, Ampang. p/s : ingatkan dengan Fafau...

Kisah Fasha Sanda berbikini lagi???

Imej
Salam... Fasha Sanda berbikini menduduki tempat pertama didalam carian Google sepanjang Januari lalu... KUALA LUMPUR - Pelakon terkenal, Fasha Sandha menduduki tempat pertama di negara ini dalam carian menerusi syarikat penyedia perkhidmatan Internet, Google sepanjang bulan Januari lalu. Jurucakap Google Malaysia berkata, Fasha dicari ekoran kisahnya memakai bikini di Bali, Indonesia dan tersebar di Internet meluas baru-baru ini. Kisah Fasha menjadi topik hangat pada kedudukan 10 teratas untuk bulan Januari manakala selepas itu Anugerah Juara Lagu ke-25 pula menduduki tempat kedua. "Pelakon Ayu Raudhah yang berkahwin dengan pemain bola sepak, Mohd Zaquan Adha Abd. Radzak juga banyak dicari sepanjang bulan lepas," katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo disini semalam. Sumber : Kosmo 10/2/2011

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah ditangkap khalwat???

Imej
Apa korang rasa bila baca berita macam nie? Apa dia orang berdua buat kat dalam sebuah kuartes kerajaan pukul 2 pagi tu..? Malas aku nak ulas. Teringat aku kat tajuk lagu Ana Raffali dan Suhaimi Mior Hasan.. KALAU BERPACARAN.. Apa2 pun korang baca ler sendiri berita kat bawah nie... GEORGE TOWN - Seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang dan pasangannya dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam atas tuduhan berkhalwat di sebuah kuarters kerajaan dekat sini pada Disember tahun lalu. Adam Tumiran, 43, dan penasihat kewangan, Nurul Izani Md. Isa, 34, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Syarie, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya pada pukul 10.30 pagi. Mereka didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak kira-kira pukul 2.05 pagi, 5 Disember tahun lalu, di rumah nombor 18B, kuarters kerajaan negeri, Jalan Masjid Negeri. Sumber : Kosmo 1/2/2011

Nora Danish, Jejai bersatu???

Imej
Nora Danish dan anak serta keluarga mertuanya bercuti ke Tokyo Jepun pada 30 D1sember. Jejai, bekas suami Nora turut serta bercuti bersama untuk meraikan genap usia anak mereka Rayqal, 2 tahun pada 7 Januari lalu. Adakah menjadi titik permulaan Nora Jejai bersatu kembali? Korang bacalah sendiri berita kat bawah. TERLERAINYA ikatan perkahwinan Rizal Ashram Ramli dan selebriti Nora Danish sejak 2008, tidak pernah memutuskan tali silaturrahim dengan keluarga bekas suaminya. Hubungan sebagai bekas menantu dan ibu kepada cucu sulung dalam keluarga itu adalah hakikat. Satu-satunya zuriat hasil jodoh singkat antara Nora dan Jejai, Putera Rayqal Ramli Rizallah menjadi penyambung hubungan antara Nora dengan bekas mertuanya iaitu bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib serta isteri, Puan Seri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah. Pelakon kecil molek itu mengakui, perkara itu bukan satu kejanggalan kerana sejak dari lahir, Rayqal ditatang bagai minyak yang penuh oleh keluarga mertuanya. ...

Datuk Siti Nurhaliza jadi duta???

Imej
Suasana panas hubungan antara Malaysia - Indonesia, Datuk Siti Nurhaliza dicadangkan menjadi Duta Besar Budaya Masyarakat Malaysia. Ia adalah usaha utk mengeratkan hubungan kedua negara. Pada pandangan aku ler.. yang membuatkan 'benda2' nie jadi kecoh orang Indon jugak. Media massa diaorang yg lebih2 mengapi-apikan sentimen anti rakyat Malaysia. Orang Indon nie sebenarnya jealous dengan kemajuan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia. Apa2 pun korang baca ler info kat bawah nie.. BANDUNG - Di sebalik hubungan Malaysia dan Indonesia yang kadangkala 'panas', diva dari Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dicadangkan menjadi Duta Besar Budaya Masyarakat Melayu dalam usaha mengakrabkan hubungan rakyat di negara-negara Nusantara. Cadangan itu dibuat oleh Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (Iswami) berdasarkan penerimaan besar masyarakat terhadap personaliti Siti Nurhaliza. Ketua Iswami Indonesia, Saiful Hadi Chalid menyuarakan cadangan berkenaan semasa memberi ucap...

Nora punca hubungan Fasha Jejai putus???

Imej
PANAS! PANAS! Sah hubungan antara Fasha dan Jejai putus. Korang bolehlah baca kisah seterusnya seperti dibawah. KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama mengambil sikap tunggu dan lihat, Rizal Ashram Ramli , 34, atau Jejai semalam mengesahkan hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu. “Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam. Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan , 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka. Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Dani...

Ana Raffali ikon muzium.

Imej
KUALA LUMPUR: Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL 25) Ana Raffali yang sentiasa menampilkan diri dengan berpakaian baju kurung dan kebaya akan dijadikan ikon program tertentu Jabatan Muzium Malaysia (JMM). Ketua Pengarahnya, Datuk Ibrahim Ismail, berkata pihak pengurusan Ana Raffali secara dasarnya bersetuju untuk penyanyi muda itu dijadikan ikon bagi program yang akan dijalankan oleh jabatan itu di 21 buah muzium bawah pengurusannya. Beliau berkata demikian kepada BERNAMA bagi memperjelaskan laporan kelmarin yang mengatakan Jabatan Muzium menawarkan Ana Raffali sebagai ikon setem sempena pameran setem 1Malaysia 1Dunia yang sedang diadakan di Muzium Negara. Ibrahim berkata, Ana Raffali atau nama sebenarnya Nur Hidayah Mohd Raffali dipilih sebagai ikon jabatan itu kerana imej dan penampilannya yang sentiasa berpakaian kebangsaan tanpa kekok dan malu dalam persembahannya tanpa mengira tempat. Ini adalah satu penampilan yang baik dari segi budaya terutama di kalangan remaja, katanya. ...

Malaysia dan ranking FIFA

Imej
KUALA LUMPUR: Kejayaan skuad Harimau Malaya muncul juara kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF bulan lalu membolehkan Malaysia mendaki dua anak tangga dari 144 kepada 142 dalam kedudukan ranking terbaru FIFA. Ranking FIFA itu menyaksikan Malaysia meraih 17 mata tetapi kedudukan itu masih tersasar daripada ranking 75 yang pernah dikecapi pada 1993. Walaupun meningkat, kedudukan Malaysia sekadar lebih baik berbanding negara seperti Burundi (141), Tajikistan (143), India (144) dan Hong Kong (146). Sementara itu, di kalangan negara ASEAN countries, Malaysia kini di tangga kelima di belakang Thailand (119), Indonesia (126), Vietnam (136) dan Singapura (139) manakala dalam kelompok Asia, Malaysia di tangga ke-23 dalam senarai 46 negara. - BERNAMA Sumber : Berita Harian bjay69: tahniah buat skuad Harimau Malaya bimbingan K. Rajagopal.

Pesawat AirAsia terbabas

Imej
KUCHING - Sebaik-baik sahaja pesawat AirAsia mendarat, percikan api terhasil lantaran geseran yang berlaku antara sayap kanannya dengan landasan. Ruang kabin pula dipenuhi asap. Bagasi yang diletakkan di ruang simpanan bertaburan. Lebih cemas lagi apabila penumpang dan anak kapal langsung tidak diberikan bantuan ketika mereka lari di padang berlumpur sebaik pintu pesawat dibuka. Pengalaman ngeri pukul 10.02 malam kelmarin itu begitu mencemaskan buat 124 penumpang dan enam anak kapal pesawat jenis Airbus syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang tergelincir dan terbabas dari landasan sewaktu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini. Kejadian berlaku sewaktu pesawat AK5218 dari Kuala Lumpur itu melakukan pendaratan dalam hujan lebat. Bagaimanapun, penumpang dan anak kapal terselamat tetapi empat daripada mereka cedera. Sumber : Kosmo 12/1/2011

Panas Fasha Sanda dan bikini

Imej
Fasha Sanda melahirkan rasa kesal atas perbuatannya memakai bikini ketika bercuti di pantai Tanjung Benoa, Bali, Indonesia pada 30 Desember lalu, tersebar meluas di internet. "Ya, memang benar ini gambar saya yg memakai bikini dan kain pario berwarna hijau," katanya melalui laman sosial Facebook peminatnya, WE LOVE FASHA SANDHA. Dalam laman web itu, turut disiarkan satu lagi foto seksi Fasha bersama seorang rakannya yg tidak dapat dipastikan identitinya. Menurut Fasha, 27, gambar2 dia berbikini bersama tiga rakan wanitanya itu telah dimuat naik oleh sahabatnya yg hanya dikenali sebagai Syazwani dlm laman Facebook ketika bercuti di Bali baru2 ini. bjay69: artis oh artis..

Kemenangan Ana Raffali dipersoal??

Imej
Setelah tidak dibenarkan memegang gitar semasa sesi fotografi profil Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL), penyanyi Ana Raffali dilanda kontroversi apabila kemenangannya dipertikaikan. Ramai pihak yg mempersoalkan kemenangan lagu Tolong Ingatkan Aku, lirik dan lagu ciptaan beliau sendiri, malam Ahad lalu. p/s: apalah nak kecoh2 dah rezeki dia...