Buah Dada Untuk David Beckham. [18SX]
Mungkin sudah terbiasa dengan sifat yang suka menunjuk-nunjuk buah dadanya, seorang artis wanita Indonesia, Syahrini mengejutkan ramai pihak dengan berbangga ‘menyerahkan’ aset kebanggaannya itu kepada bintang bola sepak England, David Beckham, untuk ditandatangani dengan hanya beralaskan sehelai baju-T ketat dan nipis! Tidak habis di situ, Syahrini turut menghebohkan kisah tandatangan David Beckham itu ke seluruh negara jiran tersebut. Syahrini yang terkenal dengan imej seksi di dunia hiburan negara jiran itu telah dilantik menjadi duta untuk menemani dan memperkenalkan David Beckham kepada budaya dan keadaan di sekitar Indonesia sempena perlawanan persahabatan antara LA Galaxy dan Indonesia. Menghangatkan lagi kontroversi tersebut, dia turut menghadiahkan sekumtum ciuman mesra di pipi suami kepada bekas anggota kumpulan Spice Girls, Victoria Adam (kini Victoria Beckham) itu. Ekoran itu, ramai pihak termasuk beberapa selebriti negara jiran itu yang mengecam dan mengutuk Syahrini serta...