Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2010

Happy New Year 2011

Imej
Selamat menyambut tahun baru 2011 kepada anda semua.

Nasi lemak sambal udang telor puyuh

Imej
Ni hari cuti umum wife masak simpel je...Budak2 nambah2 makan.

Skuad Malaysia kembali dihormati

Imej
KEJAYAAN menjulang Piala Suzuki AFF kelmarin dicapai dengan jalan yang penuh berliku dan mendebarkan membuktikan bola sepak tempatan kini sudah terjaga daripada lena serta melepasi zaman kegelapan. Mereka kini sudah mengembalikan maruah dan reputasi negara untuk kembali digeruni di rantau Asia Tenggara selepas dipersendakan sejak sedekad sebelum ini tanpa sebarang pencapaian yang membanggakan. Negara di rantau ini seperti Indonesia, Thailand, Singapura, Myanmar dan Vietnam seharusnya tunduk hormat kepada Harimau Malaya yang kembali mengaum gagah membaham mangsa dengan memenangi Piala Suzuki AFF untuk kali pertama dan pingat emas Sukan Sea 2009 yang membabitkan pemain bawah 23 tahun. Nyata Harimau Malaya yang terbaik di Asia Tenggara di peringkat senior dan bawah 23 tahun walaupun dibarisi kebanyakan pemain muda berusia 19 dan 21 tahun. Kesukaran mencapai kejayaan ini sebenarnya bermula sebelum kejohanan berlangsung secara rasmi lagi dengan kecederaan melanda sebahagian besar tonggak ut

Pasar Karat @ Sungai Segget JB

Imej
Lepas dinner kita orang singgah kat Pasar Karat kat area Sungai Segget..Saje jalan2 tengok barang2 lame..(tapi ramai yang jual barang2 tiruan) Aneka jitbiz... Malam di Kompleks Kota Raya JB... p.s : Sorry tak banyak pic masa kat Pasar Karat. Pasal bateri kamera dah kong..

Dinner@Singgah Selalu

Imej
Malam takdi aku satu famili singgah a.k.a. makan malam kat Singgah Selalu depan Danga Bay. Almaklum besok cuti pasal team Malaysia juara Piala AFF Suzuki 2010 (trima kasih kat DSN) Wife and along.. Angah and Mira.. Aku ode Kuew Tiau Goreng Seafood je...Yang lain2 tu nasi goreng cina, pataya, paprik.. Licin.....

Layan petang khamis...Lagu Kalau Berpacaran

Yes..esok cuti

Imej
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki di Jakarta, malam tadi dengan keputusan 4 - 2. Apa nak buat..? TODO LER....

Malaysia cipta sejarah

Imej
MALAYSIA mengesahkan status sebagai ‘Raja Asia Tenggara’ apabila dinobatkan juara baru Piala Suzuki AFF edisi kelapan apabila menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam. Kejayaan ini membolehkan Malaysia mencipta sejarah meraih kejuaraan kali pertama Piala AFF Suzuki sepanjang 14 tahun kejohanan ini mula dilangsungkan serta menjadi pasukan keempat bergelar juara selepas Thailand, Singapura dan Vietnam. Skuad Harimau Malaya yang turun dengan bekalan tiga gol pada aksi perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno nyata tidak gentar dengan sorakan kira-kira 95,000 penyokong Sang Garuda di dalam stadium. Mereka sebaliknya turun dengan penuh bersemangat dan bijak mengawal permainan bagi mengekalkan kelebihan tiga gol yang dimiliki hasil kemenangan di perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional, Ahad lalu. Separuh masa pertama memang mendebarkan untuk jutaan rakyat Malaysia apabila Indonesia yang turun untuk mencari jaringan besar melancarka

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010

Imej
Tahniah buat pasukan negara kita kerana menjadi juara buat pertama kali pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010 di Jakarta, Indonesia. Walaupun kita kalah 1 - 2 pada perlawanan ke-2 tapi dengan bekalan kemenangan 3 - 0 di Kuala Lumpur melayakkan kita bergelar juara dengan agreget 4 -2. Tahniah diucapkan. MALAYSIA BOLEH

Bundle

Imej
Korang pasti dah tahu pasal bundle. Tak kira ler baju ker, kasut ker atau apa saja. Aku pun beminat dengan benda2 bundle nie. Ada yang aku simpan buat koleksi. Ade juga aku jual kat mudah.com atau kat ebay.com. Baju nike tu baru je aku dapat. Cantik lagi kondisinya. Ko orang boleh le layan kat blog bundle aku.. bumibundle.blogspot.com

Pasukan Malaysia

Imej
Tahniah aku ucapkan kepada pasukan Malaysia bimbingan K Rajagopal kerana berjaya layak ke perlawanan final pada 26/12/2010. Sama-samalah kita doakan kejayaan pasukan Malaysia. Petikan Harian Metro 20/12/2010: K APTEN skuad kebangsaan, Mohd Safiq Rahim percaya impian untuk bergelar juara Piala Suzuki AFF bukan lagi sesuatu yang mustahil selepas mengetuai rakan-rakannya mara ke perlawanan akhir dengan menyingkirkan juara bertahan, Vietnam pada separuh akhir, kelmarin. Perancang tengah berusia 23 tahun itu kini semakin yakin skuad itu bakal mencipta satu lagi sejarah bola sepak tempatan selepas anak buah K Rajagobal mengakhiri penantian 20 tahun pingat emas Sukan Sea dan mara ke pusingan kedua Sukan Asia selepas tempoh 32 tahun. “Kami cuma perlu mengekalkan prestasi terbaik pada dua perlawanan akhir Ahad dan Rabu depan selain membaiki kelemahan yang ada sepanjang kejohanan ini iaitu sejak perlawanan pertama. “Walaupun sasaran awal adalah separuh akhir, kerja keras serta kerjasama berpasuk

Bunga ros atau mawar

Imej
Bunga ros kat rumah aku dah berkembang mekar ..

Aku dah ada blog

Imej
Dengan berkat Bissmillah hari nie 19/12/2010 dengan rasmi aku dah ade blog sendiri.... kalau korang sudi boleh ler bekunjung kat sini. Jangan lupa tinggalkan komen korang buat panduan aku untuk upgrade lagi blog nie.. :)