Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

Walau Tewas Tetap Melawan

Imej
SKUAD bola sepak kebangsaan tewas 3-6 kepada Liverpool pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam. Begitupun, aksi melawan anak- anak buah Datuk K. Rajagobal itu wajar dipuji apabila mereka tampil lebih agresif berbanding ketika tewas 0-4 kepada Arsenal pada Rabu lalu. Keenam-enam gol Liverpool dijaringkan oleh Charlie Adam, David Ngog (2), Maxi Rodriguez (2) dan Dirk Kuyt. Manakala skuad kebangsaan membalas tiga gol menerusi kapten, Safiq Rahim dan dua jaringan penyerang sensasi, Safee Sali. Rajagobal melakukan empat pe- rubahan pada kesebelasan utamanya dengan menyenaraikan Shar- binee Allawee Ramli, Muslim Ahmad, Baddrol Bakhtiar dan Abdul Hadi Yahaya. Liverpool pula yang dikemudikan oleh penolong pengurusnya, Steve Clarke selepas Kenny Dalg- lish terpaksa pulang awal ke England , membuat enam perubahan berbanding kesebelasan ketika menewaskan Guangdong Sunray Cave 4-3. Kedudukan babak pertama terikat 1-1 setelah sepakan penalti Adam pada minit

Dulu Gemok Kini Kacak

Imej
NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Aktor Matthew Lewis yang popular menerusi watak seorang pelajar gemuk dalam filem pertama Harry Potter mengejutkan ramai peminatnya apabila menjadi seorang pemuda kacak setelah dewasa, lapor sebuah akhbar semalam. Dalam filem Harry Potter and the Sorcerer's Stone yang ditayangkan pada 2001, Lewis melakonkan watak pelajar sekolah sihir Hogwarts, Neville Longbottom ketika dia berusia 11 tahun. Perubahan fizikal yang dialami Lewis menyebabkan para peminat filem itu terkejut dengan penampilan aktor tersebut semasa dia menghadiri tayangan perdana filem terakhir Harry Potter: Harry Potter And The Deathly Hallows (Bahagian Kedua) di sini pada minggu lalu. Susuk tubuh dan wajah pelakon tersebut banyak berubah selepas sedekad dia berlakon dalam siri filem berkenaan yang mengisahkan pengembaraan seorang ahli sihir remaja, Harry Potter yang dilakonkan oleh Daniel Radcliffe menentang kuasa jahat Lord Voldemort lakonan Ralph Fiennes. Semasa melakonkan