Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel berita

Nasib Kereta Honda [Sian]

Imej
Lautan ketera..... BANGKOK - Pembuat kereta No.1 Jepun, Honda mula memusnahkan sebanyak 1,055 buah kereta buatannya di Thailand semalam. Tindakan itu dilakukan bagi meyakinkan para pelanggan bahawa tiada kenderaan yang rosak akibat banjir di negara berkenaan dijual kepada mereka. Honda dalam satu kenyataan memberitahu, proses memusnahkan semua kenderaan di kilang Honda di tengah wilayah Ayutthaya itu dijangka mengambil masa selama sebulan. Kilang Honda terletak di Taman Industri Rojanam yang merupakan kawasan yang ditenggelami air pada awal Oktober lalu. Bencana berkenaan menyebabkan pengeluaran kilang tersebut terpaksa dihentikan manakala gambar-gambar dari udara menunjukkan ratusan buah kereta Honda digenangi air berselut. "Walaupun kami dapat memindahkan banyak kereta baharu ke kawasan selamat, sejumlah kereta yang ada di kilang ini rosak akibat banjir," kata Timbalan Presiden Eksekutif Honda Automobile Thailand, Pitak Pruittisarikorn. "Kami tidak menjual kereta yang ...

RM47,019 Harga Seluar Dalam Terpakai. [WOW]

Imej
LONDON - Seluar dalam berwarna putih yang pernah dipakai oleh Ratu Victoria (gambar kecil) dari Britain dijual pada harga £9,375 (RM47,019) dalam satu lelongan di Edinburgh kelmarin. Harga jualan itu lebih tiga kali ganda daripada jangkaan asal. Seorang pembeli rahsia membeli seluar tersebut dalam lelongan barang yang terdapat di dalam Rumah Lama Battersea, London. Rumah Lama Battersea itu merupakan kediaman keluarga Forbes yang terlibat dalam bidang perniagaan penerbitan. Ratu Victoria memerintah dari 20 Jun 1837 hingga 22 Januari 1901. Pemerintah Britain itu berkahwin dengan sepupunya, Putera Albert pada 1840. - Agensi Sumber: Kosmo 2/11/2011

Kelas Doga (Yoga) Untuk Anjing. [Macam2]

Imej
"Apabila saya berlatih (yoga) di rumah, ia (anjing itu) akan datang ke hamparan bersama saya." Kelas yoga untuk anjing peliharaan diperkenalkan di Hong Hong oleh pengajar tarian dari Afrika Selatan, Suzette Ackermann. Kelas itu dikenali sebagai Doga. Kelas itu mula dibuka setahun lalu dan Ackermann mengendalikan sesi tersebut bersama dengan seekor anjing peliharaannya, Snowball yang berusia tujuh tahun. Sumber : Kosmo

30 Juta Orang Main Game Angry Birds Sehari. [Fuyoo..]

Imej
"Angry Birds - game paling popular dalam permainan handphone. Ia dimainkan oleh 30 juta orang dalam masa sehari dengan masa 300 juta minit." Angka-angka ini diumumkan oleh Andrew Stalbow, ketua Ravio's America ketika Sidang Kemuncak Web 2.0 di San Francisco Amerika Syarikat. Stalbow berkata syarikat kini memberi tumpuan membina "generasi akan datang syarikat hiburan digital" dan memperkembangkan permainan ini kedalam "hiburan francais terbesar"

Maknyah Jadi Wakil Rakyat. [Auww..]

Imej
"Saya akan menjadi diri saya yang sebenar dan mahu membuktikan pandangan serong orang ramai terhadap saya adalah tidak adil," kata Grodzka. WARSAW - Anna Grodzka (gambar) akan menjadi wakil rakyat pertama daripada kalangan mak nyah apabila dia mula menjalankan tugasnya bermula 8 November ini. Dia mahu mengetengahkan rang undang-undang berhubung hak kesaksamaan termasuk juga menggunakan dana negara untuk melakukan pembedahan menukar jantina di negara yang dihuni majoriti masyarakat Kristian Katolik. Ahli politik yang kini berusia 57 tahun itu berkata, dia akan turut memperjuangkan mengenai kesatuan bagi golongan mak nyah, persenyawaan tabung uji dan lain-lain hak minoriti. Dalam satu temu bual dengan laman portal Gadu-Gadu, Grodzka berkata dia juga mahu mengetengahkan rang undang-undang sama seperti di Australia yang menyediakan ruangan pilihan kategori jantina di pasport iaitu lelaki, wanita atau lain-lain. Dilahirkan sebagai lelaki, Grodzka yang merupakan penerbit filem doku...

Amerika Serang Korea.[?]

Imej
Salam... Title entri kat atas bukannya bermaksud perang betul-betul antara negara Amerika dengan Korea. Ianya hanya melibatkan perbalahan antara syarikat Apple (iPad) dengan Samsung (Galaxy Tab) CALIFORNIA 14 Okt. - Seorang hakim Amerika Syarikat (AS) berkata, komputer tablet Galaxy keluaran Samsung melanggar hak cipta paten iPad milik Apple, namun turut berkata, Apple mungkin berdepan masalah membuktikan kesahihan patennya. Hakim Daerah AS, Lucy Koh berkata demikian hari ini semasa perbicaraan kes permintaan Apple yang mahu menyekat beberapa produk Galaxy daripada dijual di AS. Apple dan Samsung terlibat dengan lebih 20 kes perbalahan perundangan di 10 buah negara di mana kedua-dua buah syarikat teknologi itu bersaing hebat dalam pasaran telefon pintar dan tablet. Semalam, mahkamah di Australia mengeluarkan larangan sementara menjual tablet komputer terbaru Samsung di negara itu. Apple menyaman Samsung di AS awal April lalu dengan mendakwa Galaxy keluaran syarikat Korea Selatan yang t...

Pakailah Helmet Semasa Menunggang Basikal. [?]

Imej
Tajuk kat atas takde kena mengena pun dengan kempen keselamatan dijalanraya... Harap korang layan dulu video kat bawah nie... JOHANNESBURG, Afrika Selatan - Satu kemalangan melibatkan seorang pelumba basikal lasak dengan seekor antelop sudah cukup untuk mencetuskan sensasi di Internet. Seorang penganjur perlumbaan, Max Cluer kelmarin berkata, Evan van der Spuy, 16, dirempuh mamalia tersebut ketika menyertai satu perlumbaan hujung minggu di sebuah taman hidupan liar di sini. Antelop yang melanggar pelumba remaja itu adalah dari jenis hartebeest dengan berat lebih 200 kilogram. Seorang pelumba lain yang merakam insiden tersebut kemudian menghantar klip video berkenaan ke laman perkongsian video YouTube bersama kata tanda bermaksud "Dahsyatnya!". Ia ditonton lebih 5 juta kali setakat Rabu lepas. Menurut Cluer, Van der Spuy tidak cedera teruk, manakala antelop tersebut kembali bersama kawanannya selepas kemalangan itu berlaku. Van der Spuy pula memberitahu akhbar tempatan bahawa ...

Superman Filipino [Terbaik]

Imej
Manila - “Saya mengambil keputusan menjadi Superman kerana sejak kecil saya mahu menjadi sepertinya. Saya sedar dengan kelihatan seperti Superman akan menggembirakan saya dan saya berpuas hati selagi saya tidak mencederakan sesiapa,” menurut satu mesej dalam laman Facebook Chavez. Herbert Chavez, 35, menjalani pembedahan plastik berulang kali sepanjang 16 tahun lalu untuk membolehkannya mendapatkan dagu lekuk dan hidung Superman, menurut laporan televisyen ABS-CBN. Dia juga menyuntik silikon untuk menebalkan bibir dan menjalani implan pada paha supaya kelihatan lebih tegap dan berotot. Meskipun tidak mempunyai kuasa istimewa seperti Superman, dia berharap dapat memberikan inspirasi kepada orang ramai bahawa mereka boleh mencapai impian masing-masing dengan bekerja keras. p/s: lepas nie mesti yang ramai nak jadi ultraman ke, batman ke, kluangman ke...

SuperBus Jet Jumbo Dilancarkan. [Teknologi]

Imej
Perjalanan dari Dubai ke Abu Dhabi sejauh 121km hanya memakan masa 30 minit sahaja. Ia ciptaan seorang angkasawan dari Belanda dan merupakan bekas pakar aerodinamik Formula One, Profesor Wubbo Ockels itu merupakan yang pertama di dunia dan mampu memecut sehingga 250 kilometer sejam. Bas berteknologi tinggi yang kelihatan seperti sebuah kereta Lamborghini yang panjang itu mampu membawa seramai 23 orang penumpang dan berharga 7 juta pound (RM34 juta). Diperbuat daripada bahan-bahan ringan termasuk aluminium, gentian karbon, kaca gentian dan polikarbonat. Penumpang akan menikmati keselesaan setanding dengan limusin atau jet peribadi ketika menaiki bas sepanjang 15 meter, lebar 2.5 meter dan setinggi 1.65 meter itu yang menggunakan tenaga elektrik daripada kuasa solar.

Logo Apple Steve Jobs

Imej
Jonathan Mak bersama logo ciptaannya.. Apple berwajah Steve Jobs “Saya rasa seperti bermimpi,” kata pelajar tahun kedua seni reka grafik di Universiti Politeknik Hong Kong. Jonathan Mak tidak menyangka dan terharu apabila logo rekaannya yang didekasikan sebagai tanda penghormatan kepada pengasas komputer Apple, Steve Jobs telah mencetuskan sensasi di Internet di serata dunia. Rekaan logo berkenaan yang menampilkan gabungan bayangan Jobs bersama gigitan pada logo Apple berwarna putih di atas latar hitam, mula tersebar luas di Internet susulan kematiannya pada Rabu. Pelajar berusia 19 tahun itu berkata dia juga menerima pelbagai pertanyaan daripada akhbar di Amerika Syarikat dan Jerman yang berminat untuk membeli hak cipta bagi menggunakan logo rekaannya itu. Beliau juga ditawarkan pekerjaan selepas rekaan tersebut tersebar luas di Internet.“Saya begitu terharu dengan perhatian yang diberikan tetapi buat masa ini saya mahu menumpukan perhatian pada pengajian terlebih dahulu sebelum mener...

Steve Jobs - Pengasas Apple Meninggal Dunia

Imej
Steve Jobs pengasas produk Apple seperti iPhone, iPad, iPod, iMac dan iTune meninggal dunia hari ini pada usia 56 tahun. "Kami amat sedih untuk mengumemkan bahawa Steve Jobs telah meninggal dunia hari ini," begitulah kenyataan yang telah dibuat oleh lembaga pengarah Apple. "Kecemerlangan Steve, keghairahan dan idea inovasi tidak terkira banyaknya yang telah memperkaya dan mempertingkatkan kehidupan kita. Dunia yang jauh lebih baik kerana adanya Steve.

Kapsul Bahtera Noh

Imej
Spefikasi: 1) Mempunyai tingkap kecil. 2) Ruang udara dibahagia atas. 3) Boleh digunakan sebagai rumah permainan kanak-kanak. Begitulah gambaran awal sebuah kapsul terapung yang dicipta oleh sebuah syarikat kecil Jepun. Ia seperti sebiji bola tenis besar yang juga versi Bahtera Noh moden dan boleh digunakan jika Jepun dilanda gempa bumi atau tsunami. Japan Cosmo Power berkata alat perlindungan Noh itu dibuat daripada kaca fiber yang boleh menyelamatkan pengguna daripada bencana seperti malapetaka gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu yang memusnahkan pantai utara Jepun, mengakibatkan 20,000 orang mati atau hilang, menurut AP. Presiden syarikat itu, Shoji Tanaka berkata kapsul berharga 300,000 yen (RM12,522) seunit itu boleh memuatkan empat orang dewasa dan sudah selamat dalam beberapa ujian lapangan. Syarikat itu sudah mengeluarkan dua kapsul dan menerima tempahan 600 lagi, lapor AP yang dipetik akhbar Korean Times. – Agensi/ AP.

Bekas Pelakon Porno Mahu Tubuh Parti Politik

Imej
ROM - Bekas pelakon filem lucah Itali, Cicciolina merancang untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu ekoran masalah politik yang korup di negaranya. "Kami mahu menubuhkan sebuah parti yang optimis untuk masa depan. Cukuplah dengan parti-parti ini (di Itali) yang menjual undi, rasuah dan tender," katanya kepada majalah Oggi . Dia kini berusia 59 tahun dan nama asalnya ialah Ilona Staller. Wanita itu menyertai politik pada 1979 sebagai sebahagian daripada anggota parti alam sekitar yang pertama di Itali sebelum dia menyertai parti Radical pada 1985 dan berkempen menentang tenaga nuklear, kebuluran di dunia dan hak asasi manusia. Dia merupakan ahli parlimen di antara 1987 dan 1991. Pada September 1990, Cicciolina menyatakan dia bersedia untuk melakukan hubungan seks dengan Saddam Hussein bagi memulihkan keamanan di Asia Barat. - AFP

Bayi 2 Muka lahir Di Pakistan

Imej
RAWALPINDI: Seorang bayi dengan dua muka dilahirkan di Holy Family Hospital (HFH) Khamis lalu. Bayi itu yang seberat 3.2 kilogram, menghidap keadaan yang jarang berlaku yang dikenali sebagai salinan kraniofacial iaitu satu kepala dengan dua muka. Kecuali telinga, bayi itu memiliki dua hidung, dua pasang bibir dengan sumbing pada bahagian atas bibir kanan dan dua pasang mata. Bercakap kepada akhbar The nation, pakar perubatan di HFH, Dr Nasira berkata, kemungkinan bayi itu untuk hidup lebih lama adalah terlalu tipis. “Kami tidak menaruh harapan mengenai hayatnya,” katanya. Menurut Nasira, keadaan bayi itu tidak sama seperti kembar siam yang boleh dipisahkan menerusi pembedahan. “Pembedahan tidak mungkin dapat dilakukan kerana kedua-dua mukanya bercantum begitu rapat,” kata pakar itu. Nasira berkata, bayi itu dilahirkan menerusi proses biasa dan si ibu masih berada di bilik bersalin untuk menjalani rawatan. Menurut doktor bertugas di Bilik Bersalin, keadaan ibu bayi itu, Shahida Perven s...

Projek Utopia - Bandaraya Terapung.

Imej
SOUTHAMPTON: Ia kelihatan seperti sesuatu yang pernah digunakan dalam filem James Bond. Bagaimanapun, sebuah syarikat Britain percaya, bangunan terapung ini boleh menjadi sebahagian daripada kehidupan masa depan di laut. Dengan 11 dek yang boleh digunakan sebagai kediaman, kawasan meninjau 360 darjah, empat tempat tempat helikopter mendarat, tempat berlabuh sendiri, beberapa kolam renang dan ruang yang sama besar dengan sebuah kapal peranginan mewah, ia boleh diangap sebuah bandar raya terapung. Meskipun ia tidak sesuai untuk digelar kapal mewah, rekaan itu yang dinamakan ‘Projek Utopia, didedahkan kepada pengunjung Pameran Kapal Layar Monaco baru-baru ini. Perekanya, BMT Nigel Gee, dari Southampton, masih belum meletakkan harga pulau terapung itu atau menentukan jenis pelanggan yang mungkin berminat untuk membelinya. Ia direka untuk terapung pada empat platform, setiap satu dilengkapi dengan penujah bagi membolehkan keseluruhan pulau terapung ini stabil, walaupun di laut yang bergelor...

Galaxy S II Terjual 10 Juta Unit

Imej
Cam berkenan je kat model nie... Telefon pintar Galaxy S II keluaran syarikat Samsung Electonic dilaporkan telah mencecah 10 juta unit terjual sejak dilancarkan pada April lalu. Penjualan model baharu telefon pintar itu dari peningkatan versi terdahulu meningkat dua kali ganda selepas melepasi penjualan lima juta unit pada Julai lalu. Gajet terkini itu dikeluarkan di pasaran tempatan pada 29 April lalu manakala di Eropah pada Mei lalu. Telefon pintar Galaxy S II itu kemudiannya memasuki pasaran China pada Julai lalu sebelum mendominasi pasaran Amerika Syarikat pada September lalu. "Hanya dalam masa lima bulan, penjualan Galaxy S II meningkat dengan mendadak, sekali gus sebagai refleksi sokongan yang kuat daripada rakan kongsi yang lain," kata ketua unit peranti telefon bimbit, JK Shin. Penjualan di Korea Selatan sahaja mencapai 3.6 juta unit diikuti sebanyak 3.4 juta unit di Eropah dan 2.3 juta unit lagi di seluruh rantau Asia. - AFP

Cipta Kapal Selam Kayu Untuk Seludup Kokain.

Imej
Kreatif sungguh penyeludup nie... MAYORQUIN - Polis di barat daya Colombia merampas sebuah kapal selam buatan sendiri dekat pelabuhan Buenaventura, pada Jumaat lalu. Kapal selam yang dirampas itu adalah milik kumpulan pemberontak komunis, Pasukan Bersenjata Revolusi Barisan Ke-29 (FARC). Pihak berkuasa Colombia menyatakan bahawa kapal selam itu mungkin digunakan untuk membawa tujuh tan kokain secara haram ke pelabuhan-pelabuhan di Amerika Tengah. Menurut seorang pegawai polis, Jeneral Luis Alberto Perez Alvarado, kapal selam itu kemungkinan salah sebuah yang terbesar pernah dirampas oleh pihak berkuasa sejak beberapa bulan lalu. Menurutnya, kapal selam itu masih belum membuat selaman yang pertama. Kapal selam itu sepanjang 16 meter dan diperbuat daripada kayu dan gentian kaca. Ia boleh membawa sehingga 10 tan dadah kokain dan lima orang anak kapal. - Agensi