SuperBus Jet Jumbo Dilancarkan. [Teknologi]

Perjalanan dari Dubai ke Abu Dhabi sejauh 121km hanya memakan masa 30 minit sahaja.

Ia ciptaan seorang angkasawan dari Belanda dan merupakan bekas pakar aerodinamik Formula One, Profesor Wubbo Ockels itu merupakan yang pertama di dunia dan mampu memecut sehingga 250 kilometer sejam.

Bas berteknologi tinggi yang kelihatan seperti sebuah kereta Lamborghini yang panjang itu mampu membawa seramai 23 orang penumpang dan berharga 7 juta pound (RM34 juta).

Diperbuat daripada bahan-bahan ringan termasuk aluminium, gentian karbon, kaca gentian dan polikarbonat.

Penumpang akan menikmati keselesaan setanding dengan limusin atau jet peribadi ketika menaiki bas sepanjang 15 meter, lebar 2.5 meter dan setinggi 1.65 meter itu yang menggunakan tenaga elektrik daripada kuasa solar.









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Nora Danish, Jejai bersatu???

Apa yang perlu anda tahu tentang logo kereta

Robot mirip kepada manusia. [Tech]