Amerika Serang Korea.[?]

Salam...

Title entri kat atas bukannya bermaksud perang betul-betul antara negara Amerika dengan Korea. Ianya hanya melibatkan perbalahan antara syarikat Apple (iPad) dengan Samsung (Galaxy Tab)




CALIFORNIA 14 Okt. - Seorang hakim Amerika Syarikat (AS) berkata, komputer tablet Galaxy keluaran Samsung melanggar hak cipta paten iPad milik Apple, namun turut berkata, Apple mungkin berdepan masalah membuktikan kesahihan patennya.

Hakim Daerah AS, Lucy Koh berkata demikian hari ini semasa perbicaraan kes permintaan Apple yang mahu menyekat beberapa produk Galaxy daripada dijual di AS.

Apple dan Samsung terlibat dengan lebih 20 kes perbalahan perundangan di 10 buah negara di mana kedua-dua buah syarikat teknologi itu bersaing hebat dalam pasaran telefon pintar dan tablet.

Semalam, mahkamah di Australia mengeluarkan larangan sementara menjual tablet komputer terbaru Samsung di negara itu.

Apple menyaman Samsung di AS awal April lalu dengan mendakwa Galaxy keluaran syarikat Korea Selatan yang terdiri daripada telefon bimbit dan tablet itu meniru bulat-bulat iPhone dan iPad.

Apple memfailkan permintaan pada Julai lalu bagi menyekat beberapa produk Samsung daripada dipasarkan di AS termasuk telefon pintar Galaxy S 4G dan tablet Galaxy Tab 10.1.

Pembekal barangan mobil, Verizon Wireless dan T-Mobile AS menentang permintaan Apple itu kerana menyatakan sekatan terhadap produk Galaxy itu akan mengurangkan jualan musim cuti ini.

Apple perlu membuktikan Samsung melanggar paten mereka dan ia sah di bawah undang-undang.

Ketika perbicaraan yang diadakan di Mahkamah Persekutuan California, Koh menolak permintaan Apple untuk injuksi berdasarkan paten 'utiliti' Apple.

Koh berpendapat paten utiliti itu bersifat tidak muktamad tetapi berkata dia akan mengeluarkan arahan formal yang adil dengan segera. - Reuters

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Nora Danish, Jejai bersatu???

Apa yang perlu anda tahu tentang logo kereta

Robot mirip kepada manusia. [Tech]