Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel teknologi

Basikal Gergasi. [Wow]

Imej
ILIN, China - Seorang bapa, Zhang Yali menghabiskan masa selama dua bulan untuk mencipta sebuah basikal gergasi bersama seorang rakannya di sini. Yali yang berusia 49 tahun mencipta basikal itu sebagai hadiah untuk anak lelakinya yang berusia 25 tahun dan bekerja sebagai kartunis sambilan di Shenzhen, wilayah Guangdong. Basikal itu setinggi 3.2 meter dan panjang 5.5 meter. Yali membelanjakan lebih 20,000 yuan (RM9,970) untuk mencipta basikal seberat lebih satu tan itu. Menurut keluarga Yali, mereka akan mengayuh basikal itu dari Jilin ke Shenzhen. - Reuters

Tangan Robotik Guna Minda.[Cool]

Imej
"Sungguh hebat, saya melakukannya (menggerakkan barang) dengan menggunakan kuasa minda. Sukar bagi saya untuk menceritakan apa yang saya rasakan sekarang ini," Tim Hemmes, 30, kehilangan fungsi tangan dan kaki dalam satu kemalangan motosikal sejak tujuh tahun lalu. Beliau merupakan antara segelintir individu yang berpeluang menggunakan tangan bionik itu selama sebulan. Kini Tim yang lumpuh dapat kembali memberikan sentuhan dan menyuap makanan sendiri dengan menggunakan sebuah tangan robotik kawalan minda yang dipasang pada kerusi rodanya. Tangan canggih itu dibina oleh beberapa penyelidik Universiti Pittsburgh, negeri Pennsylvania untuk satu eksperimen perintis dikenali sebagai Braingate. Dilengkapi jari bersendi yang berfungsi seperti jari manusia, tangan robotik itu disambungkan pada cip yang ditanam di dalam otak manusia. Cip berkenaan berfungsi untuk menukarkan isyarat-isyarat elektrik yang dikeluarkan oleh otak kepada gerakan motor.

SuperBus Jet Jumbo Dilancarkan. [Teknologi]

Imej
Perjalanan dari Dubai ke Abu Dhabi sejauh 121km hanya memakan masa 30 minit sahaja. Ia ciptaan seorang angkasawan dari Belanda dan merupakan bekas pakar aerodinamik Formula One, Profesor Wubbo Ockels itu merupakan yang pertama di dunia dan mampu memecut sehingga 250 kilometer sejam. Bas berteknologi tinggi yang kelihatan seperti sebuah kereta Lamborghini yang panjang itu mampu membawa seramai 23 orang penumpang dan berharga 7 juta pound (RM34 juta). Diperbuat daripada bahan-bahan ringan termasuk aluminium, gentian karbon, kaca gentian dan polikarbonat. Penumpang akan menikmati keselesaan setanding dengan limusin atau jet peribadi ketika menaiki bas sepanjang 15 meter, lebar 2.5 meter dan setinggi 1.65 meter itu yang menggunakan tenaga elektrik daripada kuasa solar.