Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2011

Muka Baru.

Imej
HARTFORD, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita yang diserang seekor cimpanzi menyatakan dia lebih kerap keluar rumah selepas menjalani pembedahan pemindahan muka dan wajah baharunya itu dipuji cantik. Wanita berkenaan, Charla Nash memberitahu program bual bicara terbitan NBC, Today , wajah penderma organ yang diperolehinya itu mula berubah menurut struktur tulang mukanya. "Ada orang memberitahu saya bahawa saya cantik," kata Nash dalam wawancara tersebut yang disiar kelmarin. "Sebelum ini mereka belum pernah memuji saya cantik," tambahnya. Menurut Nash, dia turut disapa oleh seorang kanak-kanak semasa keluar membeli belah baru-baru ini. "Ia belum pernah berlaku sebelum ini. Budak perempuan itu menyatakan Hi kepada saya. Saya tidak menakutkan sesiapa," katanya. Nash diserang oleh seekor cimpanzi seberat 90 kilogram yang dipelihara oleh jirannya pada 2009. Haiwan itu mengoyakkan hidung, bibir, kelopak mata dan tangan Nash sebelum ia ditembak mati oleh po

Minyak Wangi Menipu. [OMG]

Imej
"Perhatian kaum wanita. Sila pastikan suami anda tidak menggunakan pewangi ini. Hahahaha..." Mavericks, kelab bugil terkenal di Cape Town Afrika baru sahaja memperkenalkan siri minyak wangi untuk lelaki dikenali sebagai Alibis . Alibis bermaksud "penyelamat suami lewat pulang" Pewangi ini dicipta oleh Porky Hefer dan hanya terdapat 3 jenis haruman sahaja iaitu "We were out sailing", "My car broke down" dan "I was working late". "We were out sailing" akan mengeluarkan bauan seakan-akan air laut, garam laut dan tali kapas. Manakala "My car broke down akan megeluarkan bauan seperti minyak petrol, getah terbakar, minyak gris dan bau besi. Sementara "I was working late" mengeluarkan bau seperti aroma kopi, dakwat dan rokok. Itu sebab mengapa ketiga-tiga bauan minyak wangi ini dicipta adalah untuk mengelak sang suami dari disoal siasat si isteri apabila pulang lewat ke rumah, terutama selepas berlibur di kelab Marveri

Abjad Bulu Kaki. [Kreatif]

Imej
Mayuko Kanazawa, 20, pelajar dari Universiti Seni Tama Jepun tampil dengan idea bentuk abjad dari bulu kaki selepas diminta oleh gurunya untuk mencipta kerja seni tanpa menggunakan teknologi komputer. Ia tidak jelas bagaimana Mayuka berjaya memanipulasi bentuk-bentuk bulu kaki yang mengerinting membentuk abjad-abjad. Namun ia merupakan satu hasil kerja seni yang cemerlang. Idea ini juga diimplikasikan pada iklan syarikat peralatan sukan, Adidas.

RM47,019 Harga Seluar Dalam Terpakai. [WOW]

Imej
LONDON - Seluar dalam berwarna putih yang pernah dipakai oleh Ratu Victoria (gambar kecil) dari Britain dijual pada harga £9,375 (RM47,019) dalam satu lelongan di Edinburgh kelmarin. Harga jualan itu lebih tiga kali ganda daripada jangkaan asal. Seorang pembeli rahsia membeli seluar tersebut dalam lelongan barang yang terdapat di dalam Rumah Lama Battersea, London. Rumah Lama Battersea itu merupakan kediaman keluarga Forbes yang terlibat dalam bidang perniagaan penerbitan. Ratu Victoria memerintah dari 20 Jun 1837 hingga 22 Januari 1901. Pemerintah Britain itu berkahwin dengan sepupunya, Putera Albert pada 1840. - Agensi Sumber: Kosmo 2/11/2011

Aiskrim 'Hot'. [Panazz..]

Imej
Idea kenderaan aiskrim ini adalah dari seorang jurugambar dari Miami iaitu Justin Price bersama model dari Costa Rica, Jacqueline Suzanne. Memulakan perniagaan pada 27 Oktober lalu di sekitar kawasan Seminole Hard Rock Cafe & Hotel, Hollywood. Terdapat beberapa perisa aiskrim yang dijual seperti cokelat dan vanila. Yang paling hot ia dikendali oleh 2 'Hot Chicks' tu.... p/s: nasib baik takde kat Malaysia....