Minyak Wangi Menipu. [OMG]

"Perhatian kaum wanita. Sila pastikan suami anda tidak menggunakan pewangi ini. Hahahaha..."





Mavericks, kelab bugil terkenal di Cape Town Afrika baru sahaja memperkenalkan siri minyak wangi untuk lelaki dikenali sebagai Alibis.

Alibis bermaksud "penyelamat suami lewat pulang"

Pewangi ini dicipta oleh Porky Hefer dan hanya terdapat 3 jenis haruman sahaja iaitu "We were out sailing", "My car broke down" dan "I was working late".

"We were out sailing" akan mengeluarkan bauan seakan-akan air laut, garam laut dan tali kapas. Manakala "My car broke down akan megeluarkan bauan seperti minyak petrol, getah terbakar, minyak gris dan bau besi.

Sementara "I was working late" mengeluarkan bau seperti aroma kopi, dakwat dan rokok.

Itu sebab mengapa ketiga-tiga bauan minyak wangi ini dicipta adalah untuk mengelak sang suami dari disoal siasat si isteri apabila pulang lewat ke rumah, terutama selepas berlibur di kelab Marvericks dan dijual dengan harga US$33.00 (RM122.00) sebotol.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Nora Danish, Jejai bersatu???

Apa yang perlu anda tahu tentang logo kereta

Robot mirip kepada manusia. [Tech]