Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel umum

Transformer Dari Barangan Dapur. [Cool]

Imej
Seorang perika seni dari Brooklyn, New York, Peter Kokis mencipta kostum Transformer dengan hanya menggunakan barangan peralatan dapur. Diantara barangan tersebut seperti mangkuk makanan anjing, pemegang berus tandas, pemegang berus cat, peralatan bekebun, penutar salad dan lain-lain.

Muka Baru.

Imej
HARTFORD, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita yang diserang seekor cimpanzi menyatakan dia lebih kerap keluar rumah selepas menjalani pembedahan pemindahan muka dan wajah baharunya itu dipuji cantik. Wanita berkenaan, Charla Nash memberitahu program bual bicara terbitan NBC, Today , wajah penderma organ yang diperolehinya itu mula berubah menurut struktur tulang mukanya. "Ada orang memberitahu saya bahawa saya cantik," kata Nash dalam wawancara tersebut yang disiar kelmarin. "Sebelum ini mereka belum pernah memuji saya cantik," tambahnya. Menurut Nash, dia turut disapa oleh seorang kanak-kanak semasa keluar membeli belah baru-baru ini. "Ia belum pernah berlaku sebelum ini. Budak perempuan itu menyatakan Hi kepada saya. Saya tidak menakutkan sesiapa," katanya. Nash diserang oleh seekor cimpanzi seberat 90 kilogram yang dipelihara oleh jirannya pada 2009. Haiwan itu mengoyakkan hidung, bibir, kelopak mata dan tangan Nash sebelum ia ditembak mati oleh po...

Minyak Wangi Menipu. [OMG]

Imej
"Perhatian kaum wanita. Sila pastikan suami anda tidak menggunakan pewangi ini. Hahahaha..." Mavericks, kelab bugil terkenal di Cape Town Afrika baru sahaja memperkenalkan siri minyak wangi untuk lelaki dikenali sebagai Alibis . Alibis bermaksud "penyelamat suami lewat pulang" Pewangi ini dicipta oleh Porky Hefer dan hanya terdapat 3 jenis haruman sahaja iaitu "We were out sailing", "My car broke down" dan "I was working late". "We were out sailing" akan mengeluarkan bauan seakan-akan air laut, garam laut dan tali kapas. Manakala "My car broke down akan megeluarkan bauan seperti minyak petrol, getah terbakar, minyak gris dan bau besi. Sementara "I was working late" mengeluarkan bau seperti aroma kopi, dakwat dan rokok. Itu sebab mengapa ketiga-tiga bauan minyak wangi ini dicipta adalah untuk mengelak sang suami dari disoal siasat si isteri apabila pulang lewat ke rumah, terutama selepas berlibur di kelab Marveri...

Abjad Bulu Kaki. [Kreatif]

Imej
Mayuko Kanazawa, 20, pelajar dari Universiti Seni Tama Jepun tampil dengan idea bentuk abjad dari bulu kaki selepas diminta oleh gurunya untuk mencipta kerja seni tanpa menggunakan teknologi komputer. Ia tidak jelas bagaimana Mayuka berjaya memanipulasi bentuk-bentuk bulu kaki yang mengerinting membentuk abjad-abjad. Namun ia merupakan satu hasil kerja seni yang cemerlang. Idea ini juga diimplikasikan pada iklan syarikat peralatan sukan, Adidas.

Aiskrim 'Hot'. [Panazz..]

Imej
Idea kenderaan aiskrim ini adalah dari seorang jurugambar dari Miami iaitu Justin Price bersama model dari Costa Rica, Jacqueline Suzanne. Memulakan perniagaan pada 27 Oktober lalu di sekitar kawasan Seminole Hard Rock Cafe & Hotel, Hollywood. Terdapat beberapa perisa aiskrim yang dijual seperti cokelat dan vanila. Yang paling hot ia dikendali oleh 2 'Hot Chicks' tu.... p/s: nasib baik takde kat Malaysia....

Seni Origami Halus. [Cool]

Imej
Anja Warkiewicz menghasilkan seni origami halus dengan menggunakan kepingan kertas kecil selebar 1inci. Sebahagian dijadikan sebagai anting-anting dan loket pada rantai.

Cintaku Keldai. [OMG]

Imej
“Saya tak pasti apa berlaku selepas meninggalkan bar, tetapi saya benar-benar mencintai keldai itu.” HARARE: Seorang lelaki Zimbabwe memberitahu mahkamah, pelacur yang dilanggannya tiba-tiba bertukar menjadi keldai. Walaupun begitu, lelaki terbabit berkata, dia kini benar-benar jatuh hati kepada haiwan berkenaan. Moyo, 28, ditahan di bandar Zvishavane, 300 kilometer di selatan Harare, pada Ahad lalu, dan dituduh melakukan hubungan seks dengan keldai. Menurut Moyo, dia membayar AS$25 (RM78) untuk mendapatkan khidmat pelacur terbabit. Bagaimanapun, dia terkejut keesokan harinya apabila orang ramai menuduhnya bersenggama dengan seekor keldai. Hakim kemudian mengarahkan Moyo dihantar menjalani pemeriksaan mental. - AFP

Selipar Tayar. [Cool]

Imej
Percaya atau tidak kasut boleh menjadi barangan mewah di negara-negara miskin terutama di Afrika dan Amerika Selatan. Kekurangan ini mencetuskan idea untuk menjadikan tayar kenderaan terpakai sebagai selipar. Ia mungkin tidak boleh diperagakan dalam pertunjukan fesyen di Milan, namun pasti lebih tahan lama berbanding yang dibeli di kedai-kedai berjenama.