Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel keratan

Kelas Bodyguard Wanita. [Wow]

Imej
SANYA, China - Seramai 20 wanita yang kebanyakannya lulusan kolej menyertai sesi latihan untuk pengawal peribadi wanita. Latihan itu dianjurkan oleh firma Tianjiao Special Guard/Security Consultant Ltd. Co. di Sanya. Firma itu menganjurkan latihan untuk para pengawal peribadi wanita buat kali pertama. Semua pelatih perlu menjalani latihan selama lapan hingga sepuluh bulan untuk meningkatkan kemahiran yang diperlukan untuk keperluan pelanggan mereka. Firma itu menawarkan seorang pelatih yang terbaik peluang untuk menghadiri pengajian lanjutan di Akademi Keselamatan di Israel. - Reuters

Nasib Kereta Honda [Sian]

Imej
Lautan ketera..... BANGKOK - Pembuat kereta No.1 Jepun, Honda mula memusnahkan sebanyak 1,055 buah kereta buatannya di Thailand semalam. Tindakan itu dilakukan bagi meyakinkan para pelanggan bahawa tiada kenderaan yang rosak akibat banjir di negara berkenaan dijual kepada mereka. Honda dalam satu kenyataan memberitahu, proses memusnahkan semua kenderaan di kilang Honda di tengah wilayah Ayutthaya itu dijangka mengambil masa selama sebulan. Kilang Honda terletak di Taman Industri Rojanam yang merupakan kawasan yang ditenggelami air pada awal Oktober lalu. Bencana berkenaan menyebabkan pengeluaran kilang tersebut terpaksa dihentikan manakala gambar-gambar dari udara menunjukkan ratusan buah kereta Honda digenangi air berselut. "Walaupun kami dapat memindahkan banyak kereta baharu ke kawasan selamat, sejumlah kereta yang ada di kilang ini rosak akibat banjir," kata Timbalan Presiden Eksekutif Honda Automobile Thailand, Pitak Pruittisarikorn. "Kami tidak menjual kereta yang ...

Basikal Gergasi. [Wow]

Imej
ILIN, China - Seorang bapa, Zhang Yali menghabiskan masa selama dua bulan untuk mencipta sebuah basikal gergasi bersama seorang rakannya di sini. Yali yang berusia 49 tahun mencipta basikal itu sebagai hadiah untuk anak lelakinya yang berusia 25 tahun dan bekerja sebagai kartunis sambilan di Shenzhen, wilayah Guangdong. Basikal itu setinggi 3.2 meter dan panjang 5.5 meter. Yali membelanjakan lebih 20,000 yuan (RM9,970) untuk mencipta basikal seberat lebih satu tan itu. Menurut keluarga Yali, mereka akan mengayuh basikal itu dari Jilin ke Shenzhen. - Reuters

Aksi Perlampau Pramugari Filipina [Wow]

Imej
Cam best gitu.... MANILA: Siapa kata perjalanan menaiki kapal terbang membosankan? Para pramugari di syarikat penerbangan tambang murah Filipina membuktikan bahawa kenyataan tersebut adalah silap sama sekali. Mereka yang terkenal kerana persembahan tarian semasa memberikan panduan keselamatan penumpang kini kembali lagi dengan persembahan baru. Kali ini mereka menggunakan lagu dendangan penyanyi Mariah Carey bertajuk All I Want For Christmas Is You bagi menggantikan lagu nyanyian Lady Gaga yang digunakan sebelum ini. Syarikat penerbangan Cebu Pacific yang berpusat di sini berkata, kareografi tarian tersebut menyebabkan lebih ramai penumpang memberikan perhatian kepada panduan keselamatan. Jurucakap syarikat itu, Candice Iyog pada Khamis berkata, “Kami mahu membawa sedikit keseronokan di dalam pesawat memandangkan sekarang adalah musim Krismas.” Iyog juga memberitahu, setakat ini mereka menerima maklum balas yang baik. - AP

RM47,019 Harga Seluar Dalam Terpakai. [WOW]

Imej
LONDON - Seluar dalam berwarna putih yang pernah dipakai oleh Ratu Victoria (gambar kecil) dari Britain dijual pada harga £9,375 (RM47,019) dalam satu lelongan di Edinburgh kelmarin. Harga jualan itu lebih tiga kali ganda daripada jangkaan asal. Seorang pembeli rahsia membeli seluar tersebut dalam lelongan barang yang terdapat di dalam Rumah Lama Battersea, London. Rumah Lama Battersea itu merupakan kediaman keluarga Forbes yang terlibat dalam bidang perniagaan penerbitan. Ratu Victoria memerintah dari 20 Jun 1837 hingga 22 Januari 1901. Pemerintah Britain itu berkahwin dengan sepupunya, Putera Albert pada 1840. - Agensi Sumber: Kosmo 2/11/2011

Kopi Tahi Musang Secawan RM300. [OMG]

Imej
"Jika ia boleh diumpamakan seperti sebuah kereta, ia setaraf dengan Rolls-Royce." Nilai najis emas luwak, musang dari spesies Asian palm civet itu mampu mencecah sehingga AS$800 (RM2,422) sekilogram di beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Korea Selatan dan Singapura. Kisahnya berbeza sebaik sahaja ia memasuki pasaran. Secawan kopi luwak yang diiktiraf antara kopi yang termahal di dunia mampu mencecah sehingga AS$100 (RM300) di beberapa lokasi terkemuka di London. Haiwan itu memainkan dua peranan penting dalam penghasilan kopi. Pertama, ia memilih biji kopi terbaik untuk dihadamkan. Pakar-pakar turut berpendapat musang liar paling dicari-cari kerana kecerdikannya, namun ia agak sukar ditemui. Setelah menggigit lapisan luar kulit buah kopi, biji kopi yang masih berkulit ditelan sebelum sistem pencernaan haiwan itu mula memprosesnya secara semula jadi. Enzim-enzim mula meresap dan memberi keseimbangan kimia terhadap biji kopi, lazimnya jenis Arabica kerana...

Maknyah Jadi Wakil Rakyat. [Auww..]

Imej
"Saya akan menjadi diri saya yang sebenar dan mahu membuktikan pandangan serong orang ramai terhadap saya adalah tidak adil," kata Grodzka. WARSAW - Anna Grodzka (gambar) akan menjadi wakil rakyat pertama daripada kalangan mak nyah apabila dia mula menjalankan tugasnya bermula 8 November ini. Dia mahu mengetengahkan rang undang-undang berhubung hak kesaksamaan termasuk juga menggunakan dana negara untuk melakukan pembedahan menukar jantina di negara yang dihuni majoriti masyarakat Kristian Katolik. Ahli politik yang kini berusia 57 tahun itu berkata, dia akan turut memperjuangkan mengenai kesatuan bagi golongan mak nyah, persenyawaan tabung uji dan lain-lain hak minoriti. Dalam satu temu bual dengan laman portal Gadu-Gadu, Grodzka berkata dia juga mahu mengetengahkan rang undang-undang sama seperti di Australia yang menyediakan ruangan pilihan kategori jantina di pasport iaitu lelaki, wanita atau lain-lain. Dilahirkan sebagai lelaki, Grodzka yang merupakan penerbit filem doku...

Amerika Serang Korea.[?]

Imej
Salam... Title entri kat atas bukannya bermaksud perang betul-betul antara negara Amerika dengan Korea. Ianya hanya melibatkan perbalahan antara syarikat Apple (iPad) dengan Samsung (Galaxy Tab) CALIFORNIA 14 Okt. - Seorang hakim Amerika Syarikat (AS) berkata, komputer tablet Galaxy keluaran Samsung melanggar hak cipta paten iPad milik Apple, namun turut berkata, Apple mungkin berdepan masalah membuktikan kesahihan patennya. Hakim Daerah AS, Lucy Koh berkata demikian hari ini semasa perbicaraan kes permintaan Apple yang mahu menyekat beberapa produk Galaxy daripada dijual di AS. Apple dan Samsung terlibat dengan lebih 20 kes perbalahan perundangan di 10 buah negara di mana kedua-dua buah syarikat teknologi itu bersaing hebat dalam pasaran telefon pintar dan tablet. Semalam, mahkamah di Australia mengeluarkan larangan sementara menjual tablet komputer terbaru Samsung di negara itu. Apple menyaman Samsung di AS awal April lalu dengan mendakwa Galaxy keluaran syarikat Korea Selatan yang t...

Pakailah Helmet Semasa Menunggang Basikal. [?]

Imej
Tajuk kat atas takde kena mengena pun dengan kempen keselamatan dijalanraya... Harap korang layan dulu video kat bawah nie... JOHANNESBURG, Afrika Selatan - Satu kemalangan melibatkan seorang pelumba basikal lasak dengan seekor antelop sudah cukup untuk mencetuskan sensasi di Internet. Seorang penganjur perlumbaan, Max Cluer kelmarin berkata, Evan van der Spuy, 16, dirempuh mamalia tersebut ketika menyertai satu perlumbaan hujung minggu di sebuah taman hidupan liar di sini. Antelop yang melanggar pelumba remaja itu adalah dari jenis hartebeest dengan berat lebih 200 kilogram. Seorang pelumba lain yang merakam insiden tersebut kemudian menghantar klip video berkenaan ke laman perkongsian video YouTube bersama kata tanda bermaksud "Dahsyatnya!". Ia ditonton lebih 5 juta kali setakat Rabu lepas. Menurut Cluer, Van der Spuy tidak cedera teruk, manakala antelop tersebut kembali bersama kawanannya selepas kemalangan itu berlaku. Van der Spuy pula memberitahu akhbar tempatan bahawa ...

Muzium Terminator [Cool]

Imej
Arnold Schwarnegger bekas ahli bina badan, pelakon dan Gabenor California telah membuka sebuah muzium ditempat kelahiran beliau iaitu Austria. Ia adalah rumah asal Arnold. Selain patung-patung robot dalam filem aksi Terminator lakonan beliau, barang-barang peribadi sejak zaman kanak-kanak hingga remaja turut dipamirkan. Ia termasuk katil dan peralatan latihan pertama berat badan. Foto dibawah adalah sebahagian barangan yang dipamirkan.

SuperBus Jet Jumbo Dilancarkan. [Teknologi]

Imej
Perjalanan dari Dubai ke Abu Dhabi sejauh 121km hanya memakan masa 30 minit sahaja. Ia ciptaan seorang angkasawan dari Belanda dan merupakan bekas pakar aerodinamik Formula One, Profesor Wubbo Ockels itu merupakan yang pertama di dunia dan mampu memecut sehingga 250 kilometer sejam. Bas berteknologi tinggi yang kelihatan seperti sebuah kereta Lamborghini yang panjang itu mampu membawa seramai 23 orang penumpang dan berharga 7 juta pound (RM34 juta). Diperbuat daripada bahan-bahan ringan termasuk aluminium, gentian karbon, kaca gentian dan polikarbonat. Penumpang akan menikmati keselesaan setanding dengan limusin atau jet peribadi ketika menaiki bas sepanjang 15 meter, lebar 2.5 meter dan setinggi 1.65 meter itu yang menggunakan tenaga elektrik daripada kuasa solar.