Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bola

Tatu MU besar punya???

Imej
Aku rasa dia nie peminat fanatik MU nombor 1 kat dunia. Punya ler besor tatu dia kat belakang. Apa2 pun korang baca ler cerita selanjutnya pasal mamat ni kat bawah: MANCHESTER - Seorang lelaki berusia 51 tahun, John Retter sanggup membuat tatu lambang kelab bola sepak Manchester United (MU) yang besar di belakang badannya, lapor sebuah akhbar kelmarin. Retter yang merupakan peminat kelab itu sanggup membayar £1,000 (RM4,846) untuk mendapatkan tatu itu. Kerja-kerja menyiapkan tatu itu mengambil masa selama 16 jam baru-baru ini. Dia membaca buku biografi pengurus kelab MU, Sir Alex Ferguson bagi mengelak rasa sakit semasa Tonny Gallon membuat tatu itu. Menurut Gallon, ia merupakan lukisan tatu paling besar yang pernah dibuatnya. "Saya bangga dengan tatu itu," kata Retter yang menjelaskan lambang itu merupakan hasil kerja yang bijaksana dan bersejarah. - Agensi

Malaysia dan ranking FIFA

Imej
KUALA LUMPUR: Kejayaan skuad Harimau Malaya muncul juara kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF bulan lalu membolehkan Malaysia mendaki dua anak tangga dari 144 kepada 142 dalam kedudukan ranking terbaru FIFA. Ranking FIFA itu menyaksikan Malaysia meraih 17 mata tetapi kedudukan itu masih tersasar daripada ranking 75 yang pernah dikecapi pada 1993. Walaupun meningkat, kedudukan Malaysia sekadar lebih baik berbanding negara seperti Burundi (141), Tajikistan (143), India (144) dan Hong Kong (146). Sementara itu, di kalangan negara ASEAN countries, Malaysia kini di tangga kelima di belakang Thailand (119), Indonesia (126), Vietnam (136) dan Singapura (139) manakala dalam kelompok Asia, Malaysia di tangga ke-23 dalam senarai 46 negara. - BERNAMA Sumber : Berita Harian bjay69: tahniah buat skuad Harimau Malaya bimbingan K. Rajagopal.

Skuad Malaysia kembali dihormati

Imej
KEJAYAAN menjulang Piala Suzuki AFF kelmarin dicapai dengan jalan yang penuh berliku dan mendebarkan membuktikan bola sepak tempatan kini sudah terjaga daripada lena serta melepasi zaman kegelapan. Mereka kini sudah mengembalikan maruah dan reputasi negara untuk kembali digeruni di rantau Asia Tenggara selepas dipersendakan sejak sedekad sebelum ini tanpa sebarang pencapaian yang membanggakan. Negara di rantau ini seperti Indonesia, Thailand, Singapura, Myanmar dan Vietnam seharusnya tunduk hormat kepada Harimau Malaya yang kembali mengaum gagah membaham mangsa dengan memenangi Piala Suzuki AFF untuk kali pertama dan pingat emas Sukan Sea 2009 yang membabitkan pemain bawah 23 tahun. Nyata Harimau Malaya yang terbaik di Asia Tenggara di peringkat senior dan bawah 23 tahun walaupun dibarisi kebanyakan pemain muda berusia 19 dan 21 tahun. Kesukaran mencapai kejayaan ini sebenarnya bermula sebelum kejohanan berlangsung secara rasmi lagi dengan kecederaan melanda sebahagian besar tonggak ut...

Yes..esok cuti

Imej
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki di Jakarta, malam tadi dengan keputusan 4 - 2. Apa nak buat..? TODO LER....

Malaysia cipta sejarah

Imej
MALAYSIA mengesahkan status sebagai ‘Raja Asia Tenggara’ apabila dinobatkan juara baru Piala Suzuki AFF edisi kelapan apabila menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam. Kejayaan ini membolehkan Malaysia mencipta sejarah meraih kejuaraan kali pertama Piala AFF Suzuki sepanjang 14 tahun kejohanan ini mula dilangsungkan serta menjadi pasukan keempat bergelar juara selepas Thailand, Singapura dan Vietnam. Skuad Harimau Malaya yang turun dengan bekalan tiga gol pada aksi perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno nyata tidak gentar dengan sorakan kira-kira 95,000 penyokong Sang Garuda di dalam stadium. Mereka sebaliknya turun dengan penuh bersemangat dan bijak mengawal permainan bagi mengekalkan kelebihan tiga gol yang dimiliki hasil kemenangan di perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional, Ahad lalu. Separuh masa pertama memang mendebarkan untuk jutaan rakyat Malaysia apabila Indonesia yang turun untuk mencari jaringan besar melancarka...

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010

Imej
Tahniah buat pasukan negara kita kerana menjadi juara buat pertama kali pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010 di Jakarta, Indonesia. Walaupun kita kalah 1 - 2 pada perlawanan ke-2 tapi dengan bekalan kemenangan 3 - 0 di Kuala Lumpur melayakkan kita bergelar juara dengan agreget 4 -2. Tahniah diucapkan. MALAYSIA BOLEH