Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel antarabangsa

RM28j Untuk Zakar Pendek [18SX]

Imej
EL CAJOUN: Seorang bekas kelasi diberi ganti rugi sebanyak AS$7.5 juta (RM23.25 juta) dalam satu kes kemalangan kereta di California yang menyebabkan kemaluannya menjadi pendek kira-kira 1.27 sentimeter. Matthew Wall yang baru berkahwin mengalami kecederaan dan kerosakan saraf pada kemaluannya berikutan kemalangan pada 2007 itu. Lelaki berusia 27 tahun itu menjalani pembedahan membetulkan zakarnya dan ia menyebabkan ia semakin pendek sebanyak 1.27 sentimeter berbanding sebelum kejadian. Juri di mahkamah El Cajoun, memberikan ganti rugi kepadanya sebagai pampasan untuk kesakitan, penderitaan, kos perubatan serta kehilangan punca pendapatan yang dialaminya.. - Agensi

Teh Taik Panda [OMG]

Imej
Sebelum ni kopi yang paling mahal ialah kopi taik musang. Klik sini untuk cerita selanjutnya. Sekarang ni dah ada teh yang paling mahal pulak. CHENGDU: Seorang pengusaha ladang teh di China mendakwa berjaya menemui rahsia menghasilkan serbuk teh paling mahal di dunia, iaitu baja asli daripada najis beruang panda. An Yanshi, 41, yang juga bekas seorang guru kaligrafi, sebelum ini membeli najis panda dari sebuah pusat pembiakan panda untuk dijadikan baja di ladang tehnya. Dia berkata, daun teh pertama yang menggunakan baja najis haiwan itu yang akan dipetik awal musim panas ini, bakal menjadi serbuk teh paling mahal di dunia apabila dijual dengan harga hampir 220,000 yuan (RM109,293) bagi setiap 500 gram (g). Penggemar minuman teh di China menyifatkan tuaian pertama daun teh berkenaan sebagai yang terbaik manakala daun teh tuaian berikutnya akan dijual pada harga 20,000 yuan (RM9,935). Bagaimanapun, An yang begitu teruja dengan projek barunya hingga memakai pakaian berbentuk panda ketik...

Facebook Pindah Opis. [Photo]

Imej
TAMAN MENLO, Amerika Syarikat (AS) - Ibu pejabat baharu laman sosial popular Facebook telah dibuka di Taman Menlo, California. Ia terletak di kawasan seluas 23.06 hektar yang merupakan bekas ibu pejabat syarikat Sun Microsystem. Hampir 2,000 pekerja Facebook bekerja di ruang seluas satu juta meter persegi itu. Ruang dalam ibu pejabat Facebook itu kelihatan santai dan dipenuhi dengan cita rasa golongan muda seperti dinding yang diconteng dengan grafiti. Pelbagai bendera pelbagai negara juga dipamerkan di dalam pejabat tersebut. Para pekerja juga boleh memilih untuk bekerja secara berdiri atau duduk. Jalur Gemilang

Kelas Bodyguard Wanita. [Wow]

Imej
SANYA, China - Seramai 20 wanita yang kebanyakannya lulusan kolej menyertai sesi latihan untuk pengawal peribadi wanita. Latihan itu dianjurkan oleh firma Tianjiao Special Guard/Security Consultant Ltd. Co. di Sanya. Firma itu menganjurkan latihan untuk para pengawal peribadi wanita buat kali pertama. Semua pelatih perlu menjalani latihan selama lapan hingga sepuluh bulan untuk meningkatkan kemahiran yang diperlukan untuk keperluan pelanggan mereka. Firma itu menawarkan seorang pelatih yang terbaik peluang untuk menghadiri pengajian lanjutan di Akademi Keselamatan di Israel. - Reuters

Supercar India [Wow]

Imej
NEW DELHI - Firma reka bentuk, DC Design memperkenalkan jentera supercar pertama India yang diberi nama DC Avanti. Jentera tersebut dilancarkan oleh pelakon terkenal Bollywood, Amitabh Bachchan pada Ekspo Motor Delhi 2012 kelmarin. Kereta itu dikuasakan oleh unit enjin bersesaran 2.0 liter empat silinder yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 240 kuasa kuda. Menurut laman kenderaan RushLane di Internet semalam, enjin daripada Ford Ecoboost yang ditala khas untuk menjana lebih kuasa tersebut dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan. Dipasang dengan rim aloi bersaiz 19 inci, kelajuan maksimum yang dihadkan secara mampu dicapai oleh DC Avanti ialah 250 kilometer sejam (km/j). Jentera itu akan mula dijual pada tahun 2013 di semua pengedar DC di seluruh India. Bakal diproduksi pada tahun 2013, ia merupakan ciptaan pereka Dilip Chhabria. Kereta itu dijual pada harga kira-kira AS$70,000 (RM220,219). "Kami sangat teruja untuk memperkenalkan DC Avanti pada hari ini. DC Avanti buk...

Will You Marry Me...??? [Video]

Imej
Satu klip video yang menunjukkan seorang rakyat Malaysia, Timothy Tiah melamar teman wanitanya telah memenangi hati ramai selebriti Amerika Syarikat (AS) termasuk hos rancangan pertandingan nyanyian American Idol, Ryan Seacrest dan penyanyi Christina Perri. Seacrest memuji klip video berkenaan sebagai menyentuh perasaan manakala Perri, 27, yang popular dengan lagu Jar of Hearts mengaku ia membuatkan dia menangis. "Saya menangis dan tersenyum pada masa yang sama!" kata Perri dalam komen di akaun Twitter miliknya. Perri menyatakan bahawa dia menganggap lagunya, A Thousand Years yang digunakan dalam klip video berkenaan sebagai satu penghormatan buat dirinya. Pujian dua selebriti itu membantu klip video berkenaan ditonton hampir empat juta kali dalam tempoh seminggu klip video itu dimuatkan di laman sosial termasuk YouTube sekali gus menjadikan Tiah dan kini tunangnya, Audrey Ooi, 26, sebagai contoh kepada pasangan kekasih di seluruh dunia. Memiliki kerjaya sebagai usahawan Inte...

Nasib Kereta Honda [Sian]

Imej
Lautan ketera..... BANGKOK - Pembuat kereta No.1 Jepun, Honda mula memusnahkan sebanyak 1,055 buah kereta buatannya di Thailand semalam. Tindakan itu dilakukan bagi meyakinkan para pelanggan bahawa tiada kenderaan yang rosak akibat banjir di negara berkenaan dijual kepada mereka. Honda dalam satu kenyataan memberitahu, proses memusnahkan semua kenderaan di kilang Honda di tengah wilayah Ayutthaya itu dijangka mengambil masa selama sebulan. Kilang Honda terletak di Taman Industri Rojanam yang merupakan kawasan yang ditenggelami air pada awal Oktober lalu. Bencana berkenaan menyebabkan pengeluaran kilang tersebut terpaksa dihentikan manakala gambar-gambar dari udara menunjukkan ratusan buah kereta Honda digenangi air berselut. "Walaupun kami dapat memindahkan banyak kereta baharu ke kawasan selamat, sejumlah kereta yang ada di kilang ini rosak akibat banjir," kata Timbalan Presiden Eksekutif Honda Automobile Thailand, Pitak Pruittisarikorn. "Kami tidak menjual kereta yang ...

Basikal Gergasi. [Wow]

Imej
ILIN, China - Seorang bapa, Zhang Yali menghabiskan masa selama dua bulan untuk mencipta sebuah basikal gergasi bersama seorang rakannya di sini. Yali yang berusia 49 tahun mencipta basikal itu sebagai hadiah untuk anak lelakinya yang berusia 25 tahun dan bekerja sebagai kartunis sambilan di Shenzhen, wilayah Guangdong. Basikal itu setinggi 3.2 meter dan panjang 5.5 meter. Yali membelanjakan lebih 20,000 yuan (RM9,970) untuk mencipta basikal seberat lebih satu tan itu. Menurut keluarga Yali, mereka akan mengayuh basikal itu dari Jilin ke Shenzhen. - Reuters

Aksi Perlampau Pramugari Filipina [Wow]

Imej
Cam best gitu.... MANILA: Siapa kata perjalanan menaiki kapal terbang membosankan? Para pramugari di syarikat penerbangan tambang murah Filipina membuktikan bahawa kenyataan tersebut adalah silap sama sekali. Mereka yang terkenal kerana persembahan tarian semasa memberikan panduan keselamatan penumpang kini kembali lagi dengan persembahan baru. Kali ini mereka menggunakan lagu dendangan penyanyi Mariah Carey bertajuk All I Want For Christmas Is You bagi menggantikan lagu nyanyian Lady Gaga yang digunakan sebelum ini. Syarikat penerbangan Cebu Pacific yang berpusat di sini berkata, kareografi tarian tersebut menyebabkan lebih ramai penumpang memberikan perhatian kepada panduan keselamatan. Jurucakap syarikat itu, Candice Iyog pada Khamis berkata, “Kami mahu membawa sedikit keseronokan di dalam pesawat memandangkan sekarang adalah musim Krismas.” Iyog juga memberitahu, setakat ini mereka menerima maklum balas yang baik. - AP

Ferrari Palsu. [Macam2]

Imej
Jika diperhatikan pada gambar-gambar dibawah korang pasti ini adalah kereta Ferrari 335. Baru-baru nie seorang ahli perniagaan dari Agrirento, Itali telah dituduh melanggar cap dagangan dan paten. Kereta Ferrari 335 beliau ini sebenarnya telah mengalami transformasi dari kereta asal iaitu Pontiac Fiero .

Transformer Dari Barangan Dapur. [Cool]

Imej
Seorang perika seni dari Brooklyn, New York, Peter Kokis mencipta kostum Transformer dengan hanya menggunakan barangan peralatan dapur. Diantara barangan tersebut seperti mangkuk makanan anjing, pemegang berus tandas, pemegang berus cat, peralatan bekebun, penutar salad dan lain-lain.