Aksi Perlampau Pramugari Filipina [Wow]



Cam best gitu....

MANILA: Siapa kata perjalanan menaiki kapal terbang membosankan? Para pramugari di syarikat penerbangan tambang murah Filipina membuktikan bahawa kenyataan tersebut adalah silap sama sekali.

Mereka yang terkenal kerana persembahan tarian semasa memberikan panduan keselamatan penumpang kini kembali lagi dengan persembahan baru.

Kali ini mereka menggunakan lagu dendangan penyanyi Mariah Carey bertajuk All I Want For Christmas Is You bagi menggantikan lagu nyanyian Lady Gaga yang digunakan sebelum ini.

Syarikat penerbangan Cebu Pacific yang berpusat di sini berkata, kareografi tarian tersebut menyebabkan lebih ramai penumpang memberikan perhatian kepada panduan keselamatan.

Jurucakap syarikat itu, Candice Iyog pada Khamis berkata, “Kami mahu membawa sedikit keseronokan di dalam pesawat memandangkan sekarang adalah musim Krismas.”

Iyog juga memberitahu, setakat ini mereka menerima maklum balas yang baik. - AP


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Nora Danish, Jejai bersatu???

Apa yang perlu anda tahu tentang logo kereta

Robot mirip kepada manusia. [Tech]