Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sukan

Safee Sali ghairah???

Imej
Salam ghairah... Sorry tajuk entry nie takde kena mengena dgn 18sx. Ianya hanya keghairahan Safee utk bermain bola di Indonesia... SEMALAM, Safee Sali mendedahkan satu lagi sebab dia tertarik untuk beraksi bersama Pelita Jaya di Liga Super Indonesia (ISL). Faktor berkenaan adalah kebanjiran penyokong fanatik yang penuh ghairah di stadium dan dia mahu mencari pengalaman baru beraksi dalam keadaan tertekan bagi menguatkan lagi mentalnya selaku penyerang antarabangsa digeruni ketika ini. “Memang fanatik penyokong kat sana. Saya akui keghairahan penyokong di sana menjadi tarikan untuk berpindah ke Indonesia. “Ia adalah pengalaman baru yang akan saya hadapi dan diharapkan saya dapat menyesuaikan diri di sana. “Saya akui, saya mungkin berdepan tekanan beraksi di sana, tetapi saya sudah menyiapkan diri secara mental,” katanya, semalam. Kudrat Safee ditagih Pelita, untuk menjana barisan serangan pasukan itu yang setakat ini menjaringkan 13 gol, jumlah ketiga terendah dalam ISL, di depan Persib...

Malaysia dan ranking FIFA

Imej
KUALA LUMPUR: Kejayaan skuad Harimau Malaya muncul juara kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF bulan lalu membolehkan Malaysia mendaki dua anak tangga dari 144 kepada 142 dalam kedudukan ranking terbaru FIFA. Ranking FIFA itu menyaksikan Malaysia meraih 17 mata tetapi kedudukan itu masih tersasar daripada ranking 75 yang pernah dikecapi pada 1993. Walaupun meningkat, kedudukan Malaysia sekadar lebih baik berbanding negara seperti Burundi (141), Tajikistan (143), India (144) dan Hong Kong (146). Sementara itu, di kalangan negara ASEAN countries, Malaysia kini di tangga kelima di belakang Thailand (119), Indonesia (126), Vietnam (136) dan Singapura (139) manakala dalam kelompok Asia, Malaysia di tangga ke-23 dalam senarai 46 negara. - BERNAMA Sumber : Berita Harian bjay69: tahniah buat skuad Harimau Malaya bimbingan K. Rajagopal.

Chong Wei garang tanpa Misbun

Imej
Jagyh negara, Datuk Lee Chong Wei tidak berdepan laluan sukar bagi mengesahkan slot ke Kejohanan Badminton Siri Super Master Akhir di Taiwan semalam. Chong Wei yg merupakan pemain no. 1 dunia mudah menewaskan pemain Thailand, Boonsak Ponsana 21-17, 21-18pada aksi separuh akhir. Sumber : Kosmo 9/1/2011

Skuad Malaysia kembali dihormati

Imej
KEJAYAAN menjulang Piala Suzuki AFF kelmarin dicapai dengan jalan yang penuh berliku dan mendebarkan membuktikan bola sepak tempatan kini sudah terjaga daripada lena serta melepasi zaman kegelapan. Mereka kini sudah mengembalikan maruah dan reputasi negara untuk kembali digeruni di rantau Asia Tenggara selepas dipersendakan sejak sedekad sebelum ini tanpa sebarang pencapaian yang membanggakan. Negara di rantau ini seperti Indonesia, Thailand, Singapura, Myanmar dan Vietnam seharusnya tunduk hormat kepada Harimau Malaya yang kembali mengaum gagah membaham mangsa dengan memenangi Piala Suzuki AFF untuk kali pertama dan pingat emas Sukan Sea 2009 yang membabitkan pemain bawah 23 tahun. Nyata Harimau Malaya yang terbaik di Asia Tenggara di peringkat senior dan bawah 23 tahun walaupun dibarisi kebanyakan pemain muda berusia 19 dan 21 tahun. Kesukaran mencapai kejayaan ini sebenarnya bermula sebelum kejohanan berlangsung secara rasmi lagi dengan kecederaan melanda sebahagian besar tonggak ut...

Yes..esok cuti

Imej
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki di Jakarta, malam tadi dengan keputusan 4 - 2. Apa nak buat..? TODO LER....

Malaysia cipta sejarah

Imej
MALAYSIA mengesahkan status sebagai ‘Raja Asia Tenggara’ apabila dinobatkan juara baru Piala Suzuki AFF edisi kelapan apabila menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam. Kejayaan ini membolehkan Malaysia mencipta sejarah meraih kejuaraan kali pertama Piala AFF Suzuki sepanjang 14 tahun kejohanan ini mula dilangsungkan serta menjadi pasukan keempat bergelar juara selepas Thailand, Singapura dan Vietnam. Skuad Harimau Malaya yang turun dengan bekalan tiga gol pada aksi perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno nyata tidak gentar dengan sorakan kira-kira 95,000 penyokong Sang Garuda di dalam stadium. Mereka sebaliknya turun dengan penuh bersemangat dan bijak mengawal permainan bagi mengekalkan kelebihan tiga gol yang dimiliki hasil kemenangan di perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional, Ahad lalu. Separuh masa pertama memang mendebarkan untuk jutaan rakyat Malaysia apabila Indonesia yang turun untuk mencari jaringan besar melancarka...

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010

Imej
Tahniah buat pasukan negara kita kerana menjadi juara buat pertama kali pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010 di Jakarta, Indonesia. Walaupun kita kalah 1 - 2 pada perlawanan ke-2 tapi dengan bekalan kemenangan 3 - 0 di Kuala Lumpur melayakkan kita bergelar juara dengan agreget 4 -2. Tahniah diucapkan. MALAYSIA BOLEH

Pasukan Malaysia

Imej
Tahniah aku ucapkan kepada pasukan Malaysia bimbingan K Rajagopal kerana berjaya layak ke perlawanan final pada 26/12/2010. Sama-samalah kita doakan kejayaan pasukan Malaysia. Petikan Harian Metro 20/12/2010: K APTEN skuad kebangsaan, Mohd Safiq Rahim percaya impian untuk bergelar juara Piala Suzuki AFF bukan lagi sesuatu yang mustahil selepas mengetuai rakan-rakannya mara ke perlawanan akhir dengan menyingkirkan juara bertahan, Vietnam pada separuh akhir, kelmarin. Perancang tengah berusia 23 tahun itu kini semakin yakin skuad itu bakal mencipta satu lagi sejarah bola sepak tempatan selepas anak buah K Rajagobal mengakhiri penantian 20 tahun pingat emas Sukan Sea dan mara ke pusingan kedua Sukan Asia selepas tempoh 32 tahun. “Kami cuma perlu mengekalkan prestasi terbaik pada dua perlawanan akhir Ahad dan Rabu depan selain membaiki kelemahan yang ada sepanjang kejohanan ini iaitu sejak perlawanan pertama. “Walaupun sasaran awal adalah separuh akhir, kerja keras serta kerjasama berpasuk...