Buah Dada Untuk David Beckham. [18SX]

Mungkin sudah terbiasa dengan sifat yang suka menunjuk-nunjuk buah dadanya, seorang artis wanita Indonesia, Syahrini mengejutkan ramai pihak dengan berbangga ‘menyerahkan’ aset kebanggaannya itu kepada bintang bola sepak England, David Beckham, untuk ditandatangani dengan hanya beralaskan sehelai baju-T ketat dan nipis!

Tidak habis di situ, Syahrini turut menghebohkan kisah tandatangan David Beckham itu ke seluruh negara jiran tersebut.

Syahrini yang terkenal dengan imej seksi di dunia hiburan negara jiran itu telah dilantik menjadi duta untuk menemani dan memperkenalkan David Beckham kepada budaya dan keadaan di sekitar Indonesia sempena perlawanan persahabatan antara LA Galaxy dan Indonesia.

Menghangatkan lagi kontroversi tersebut, dia turut menghadiahkan sekumtum ciuman mesra di pipi suami kepada bekas anggota kumpulan Spice Girls, Victoria Adam (kini Victoria Beckham) itu.

Ekoran itu, ramai pihak termasuk beberapa selebriti negara jiran itu yang mengecam dan mengutuk Syahrini serta dianggap sebagai satu tindakan murahan dan memalukan.

“Mmmmm, memalukan..,” komen salah seorang pelakon wanita terkenal Indonesia, Chelsea Olivia, di laman sosial Twitter mengenai insiden tersebut.

Selain itu, vokalis kumpulan Nidji, Giring, turut menyifatkan tindakan Syahrini itu sebagai “bijak” mencari publisiti.

“Syahrini is a good singer..and she knows how to make a catchy news dan publicity,” katanya di Twitter miliknya merujuk kepada publisiti ‘murahan’ yang cuba diraih oleh Syahrini itu.

Sumber: peraktoday.com




Ulasan

  1. Kesian...ada juga artis wanita sebodoh itu di planet bumi...

    Entri terbaru di blog JR:

    "Tragedi Rambut Panjang Awei Wings - Satu Nostalgia"

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Nora Danish, Jejai bersatu???

Apa yang perlu anda tahu tentang logo kereta

Robot mirip kepada manusia. [Tech]