James Bond Mungkin Orang Negro.

007...

Idris Elba...


"Sean Connery tidak digelar sebagai James Bond rakyat Scotland dan Daniel Craig juga tidak dipanggil dengan gelaran James Bond bermata biru".

"Jadi, jika saya memainkan watak itu, saya tidak mahu digelar James Bond berkulit hitam," begitulah kata-kata yang diucapkan oleh Idris Elba.

Pelakon yang dikenali menerusi drama HBO, The Wire, Idris Elba disebut-sebut bakal menggantikan Daniel Craig sebagai James Bond yang seterusnya.

Jika ia menjadi realiti, Elba akan 'dinobat' James Bond kulit hitam pertama dalam filem bersiri sejak tahun 1962 itu.

Idea pemilihan itu datang dari Craig sendiri selepas melihat Barack Obama yang berkulit hitam dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS).

Elba ketika ditemuramah rangkaian televisyen CNN baru-baru ini menyatakan yang dia amat berminat dengan watak tersebut tetapi tidak mahu digelar 'James Bond berkulit hitam yang pertama'.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Nora Danish, Jejai bersatu???

Apa yang perlu anda tahu tentang logo kereta

Robot mirip kepada manusia. [Tech]