Duit tabung.

Sabtu, Oktober 08, 2011

Logo Apple Steve Jobs

Jonathan Mak bersama logo ciptaannya..


Apple berwajah Steve Jobs


“Saya rasa seperti bermimpi,” kata pelajar tahun kedua seni reka grafik di Universiti Politeknik Hong Kong.

Jonathan Mak tidak menyangka dan terharu apabila logo rekaannya yang didekasikan sebagai tanda penghormatan kepada pengasas komputer Apple, Steve Jobs telah mencetuskan sensasi di Internet di serata dunia.

Rekaan logo berkenaan yang menampilkan gabungan bayangan Jobs bersama gigitan pada logo Apple berwarna putih di atas latar hitam, mula tersebar luas di Internet susulan kematiannya pada Rabu.

Pelajar berusia 19 tahun itu berkata dia juga menerima pelbagai pertanyaan daripada akhbar di Amerika Syarikat dan Jerman yang berminat untuk membeli hak cipta bagi menggunakan logo rekaannya itu.

Beliau juga ditawarkan pekerjaan selepas rekaan tersebut tersebar luas di Internet.“Saya begitu terharu dengan perhatian yang diberikan tetapi buat masa ini saya mahu menumpukan perhatian pada pengajian terlebih dahulu sebelum menerima sebarang kerja sepenuh masa.

“Kini saya agak sibuk sebenarnya untuk menyiapkan sebuah projek fakulti,” katanya.

Apabila ditanya adakah dia merancang untuk mencari peluang secara komersial selepas ini, Mak berkata dia mempertimbangkan untuk menghubungi syarikat Apple berkenaan isu hak cipta memandangkan logo rekaannya itu turut membabitkan logo rasmi pengeluar komputer itu.

Segelintir peniaga dilaporkan telah menggunakan logo rekaannya itu sebagai cenderamata kenang-kenangan seperti baju t dan topi yang dijual di Internet.

“Saya mempertimbangkan untuk menggunakan wang hak cipta berkenaan bagi tujuan penyelidikan penyakit kanser seperti yang dicadangkan oleh beberapa individu di Internet,” katanya.

Mak berkata rekaan tersebut mula dihasilkan sejurus Jobs membuat pengumuman perletakan jawatannya pada Ogos lalu.

Bagaimanapun, logo tersebut hanya mendapat sambutan yang sederhana pada waktu itu.Tambahnya, pengasas Apple itu adalah sumber inspirasinya dalam menghasilkan rekaan tersebut.

“Beliau seorang lelaki yang ringkas, seperti mana mesej yang saya tekankan dalam rekaan itu dengan elemen yang sedikit tetapi membawa mesej yang mendalam.

“Steve Jobs sangat percaya pada ideanya sendiri dan melaksanakan apa yang dia percayai tanpa mengira kritikan orang lain. Dia seorang yang berani,” katanya.

Jobs meninggal dunia pada usia 56 tahun akibat kanser pankreas. - AFP



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...