Duit tabung.

Rabu, September 07, 2011

Mr Bean Terasa Dah Tua.



Pelakon Rowan Atkinson yamg melakonkan watak Mr Bean kemungkinan tidak akan muncul lagi dalam filem, laporan sebuah akhbar.

Atkinson yang kini berusia 56 tahun menyatakan dia percaya dirinya sudah terlalu tua untuk melakonkan watak Mr Bean.

Siri televisyen pertama Mr Bean muncul selama 5 tahun semenjak 1990.

Lebih 18 juta orang menonton siri televisyen tersebut di Britain walaupun mendapat kritikan.

Dia berlakon dalam filem Bean: The Ultimate Disaster Movie pada tahun 1997 dam Mr Bean's Holiday 4 tahun lalu selain Johnny English.

Dia kini sebuk mempromosikan filem Johnny English Reborn yang turut dibintanginya bersama Gillian Anderson dam Rosamund Pike.

Namun, dia berkata: "Saya merasakan semakin tua untuk melakonkannya (Mr Bean). Saya suka Mr Bean sebagai watak kartun yang umurnya tidak pernah meningkat.

Atkinson berkata umurnya semakin meningkat.

"Semakin saya berumur, saya berasakan tidak layak untuk melakonkan watak Mr Bean," katanya.

Sumber: Kosmo 7/9/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...