Duit tabung.

Khamis, September 22, 2011

Bill Gates Kekal Terkaya Di Amerika


SINGAPURA: Pengasas Microsoft, Bill Gates, mengekalkan kedudukan teratasnya dalam senarai Forbes 2011 bagi orang terkaya di Amerika, dengan kekayaan berjumlah US$59 bilion.

Kedudukan kedua menempatkan Warren Buffett dengan US$39 bilion dan Larry Ellison (No.3) dengan US$33 bilion.

George Soros, yang menduduki tempat ketujuh, termasuk dalam senarai 10 terunggul buat kali pertama dengan kekayaan bernilai US$22 bilion.

Tahun ini usahawan-usahawan mendominasi kedudukan, yang merupakan 70 peratus daripada 400 anggota Forbes.

Kekayaan tergabung orang terkaya Amerika ialah US$1.5 trilion, dengan kekayaan purata US$3.8 bilion, mencerminkan peningkatan sebanyak 12 peratus daripada 2010.

Kekayaan meningkat bagi 262 anggota senarai tahun ini, manakala 72 members menyaksikan penyusutan.

Forbes 400 mengalu-alukan 18 anggota baharu pada 2011 (muka baharu), termasuk Sean Parker (No.200) yang menggegarkan industri muzik dengan Napster dan membantu membina Facebook; John Henry (No.375), pemilik majoriti kelab bolasepak Boston Red Sox dan Liverpool.

Setiap orang daripada 20 terunggul meningkatkan kekayaan tahun ini, kecuali Buffett, yang menyaksikan kekayaannya susut US$6 bilion berbanding 2010, kerana mengalami kerugian terbesar dalam kalangan 400 anggota.

Anggota yang menambah kekayaan terbesar tahun ini ialah Mark Zuckerberg (No.14), yang menambah US$10.6 bilion.

Antara 42 wanita dalam senarai itu ialah mogul media Oprah Winfrey (No.139), pendatang baharu Gayle Cook (No.96) dan Meg Whitman (No.331). -BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...