Nora Danish, Jejai bersatu???

Nora Danish dan anak serta keluarga mertuanya bercuti ke Tokyo Jepun pada 30 D1sember. Jejai, bekas suami Nora turut serta bercuti bersama untuk meraikan genap usia anak mereka Rayqal, 2 tahun pada 7 Januari lalu.

Adakah menjadi titik permulaan Nora Jejai bersatu kembali? Korang bacalah sendiri berita kat bawah.

TERLERAINYA ikatan perkahwinan Rizal Ashram Ramli dan selebriti Nora Danish sejak 2008, tidak pernah memutuskan tali silaturrahim dengan keluarga bekas suaminya.

Hubungan sebagai bekas menantu dan ibu kepada cucu sulung dalam keluarga itu adalah hakikat. Satu-satunya zuriat hasil jodoh singkat antara Nora dan Jejai, Putera Rayqal Ramli Rizallah menjadi penyambung hubungan antara Nora dengan bekas mertuanya iaitu bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib serta isteri, Puan Seri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.

Pelakon kecil molek itu mengakui, perkara itu bukan satu kejanggalan kerana sejak dari lahir, Rayqal ditatang bagai minyak yang penuh oleh keluarga mertuanya. Sebab itu juga, ajakan percutian bekas keluarga mertuanya ke Tokyo dan Niseko, Jepun pada 30 Disember 2010 hingga 19 Januari lalu disambut dengan besar hati.

“Percutian itu sudah lama dirancangkan, sejak Mei 2010 lagi. Lagipun, sudah menjadi agenda keluarga mertua untuk bercuti bersama keluarga setiap tahun. Hanya tahun ini saya dan Rayqal ikut serta.

Ia kebetulan untuk meraikan Rayqal yang genap usia 2 tahun pada 7 Januari lalu. Kami semua sangat seronok. Itu percutian pertama kali buat keluarga mertua bersama Rayqal.

“Sejak saya dan Jejai bercerai, itulah kali pertama juga kami bersatu sebagai sebuah keluarga untuk meraikan hari jadi Rayqal,” katanya yang dihubungi ketika dalam perjalanan ke Singapura untuk menyertai program anjuran Dunia Herb’s di sana.

Sedikit gusar, bimbang kalau-kalau disalah anggap kerana sanggup berkongsi rakaman kenangan sepanjang di Jepun, Nora cuma mahu berkongsi momen bahagianya sebagai ibu yang sedang bahagia melihat si kecil sedang membesar.

“Secara peribadinya saya seronok, kerana pertama kali bercuti ke sana, dapat tengok sekitar Tokyo, masuk ke muzium kesenian di sana dan kemudiannya ke Niseko. Dapat pula bermain ski bersama-sama,” katanya.

Baik semasa atau selepas pulang dari percutian itu, Nora menyifatkan ia sekadar satu penyatuan ahli keluarga bukan pula sebagai mengeratkan hubungannya dengan Jejai.

“Kami sekadar baik dan rasanya lebih baik kami begini sahaja dan percutian itu bukan untuk menyatukan perasaan kami berdua. Antara saya dan Jejai tidak wujud lagi perasaan cinta. Kami baik atas dasar kekeluargaan dan anak,” kongsi Nora.

Sepanjang percutian di negara matahari terbit itu, mereka menghabiskan 10 hari di Tokyo dan 10 hari lagi di Niseko. Selain bekas mertua, Nora sendiri, Rayqal dan Jejai percutian itu turut diserta Putri Azalea serta suaminya Alfi, Putri Yasmin dan Alia (adik Alfi).

Sumber : Kosmo 30/1/2011

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa yang perlu anda tahu tentang logo kereta

Robot mirip kepada manusia. [Tech]