Pengasas Facebook berpindah rumah???

PALO ALTO, Amerika Syarikat - Pengasas laman sosial popular Facebook, Mark Zuckerberg, 26, memilih untuk mengamalkan gaya hidup sederhana apabila dia berpindah ke rumah baru dua tingkat yang sederhana, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun kekayaan Zuckerberg dianggarkan AS$15.86 bilion (RM48.53 bilion) dia lebih selesa menyewa sebuah rumah bersama teman wanitanya, Priscilla Chan yang terletak di pinggir bandar dengan keadaan sekitar yang biasa sahaja.

Lokasi rumah baru Zuckerberg lebih dekat dengan pejabatnya.



Rumah sewa itu yang tidak mempunyai sistem kawalan kamera tertutup dianggarkan berharga kira-kira AS$2.38 juta (RM7.3 juta) dan mempunyai lima bilik berbanding rumah sewa lamanya sebelum ini yang mempunyai empat bilik.

Selain tinggal di kawasan penempatan biasa, Zuckerberg selesa menggunakan kenderaan lamanya, Honda Acura berwarna hitam yang bernilai kira-kira AS$20,628 (RM63,131).

Dia mengasaskan Facebook lapan tahun lalu.

Zuckerberg menggunakan kereta Honda itu selepas tawarannya untuk membeli sebuah kereta BMW milik jirannya ditolak. - Agensi

Sumber : Kosmo 17/1/2011


Ulasan

  1. Dia banyak duit. Dia boleh buat apa saja, even nak beli sepuluh bijik rumah pun boleh.

    Tapi wonder jugak, dia tak takut kena ugut dengan penjenayah ke sebab takde kamera keselamatan?

    BalasPadam
  2. Mungkin kabar angin pasal FB pada 15 Febuary nie kot.. Tu yang Mark ni standby nak jalani kehidupan macam orang2 biasa je...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Nora Danish, Jejai bersatu???

Apa yang perlu anda tahu tentang logo kereta

Robot mirip kepada manusia. [Tech]