Apa yang perlu anda tahu tentang logo kereta

Korang mesti dah kenal dgn jenama2 kereta mewah seperti Ferrari, Merc, Lamborghinni dan sama waktu dengannya. Tapi korang tahu tak sejarah disebalik logo atau nama tersebut..?

Ko orang bolehlah baca kat bawah nie.......


MERCEDES - lambang bintang berkaki 3 melambangkan dominasi gabungan darat, laut dan udara diperkenalkan pada tahun 1937. Nama Mercedes berasal dari seorang pengurus Austria dan peminat autimotif, Emil Jellinek. Dia mempunyai seorang anak bernama Mercedes.

Ketika ini Mercedes adalah gabungan 2 syarikat pemotoran iaitu Daimler-Motored-Gesellschaft atau DMG, yanf didirikan oleh Gottlieb Daimler dan Wilhelm Maybach, serta Benz & Cie, didirikan oleh Karl Benz.



AUDI - engineer Jerman, August Hoch, memulakan syarikat A, Horc & Cie pada tahun 1899. Satu dekad kemudian syarikat tersebut terpaksa ditutup. Bersama rakan kongsinya, Franz Fikentscher, mereka merancang penubuhan syarikat baru.

Semasa berbincang anak kepada Fikentscher yg sedang belajar bahasa Latin bertanyakan maksud 'audiatur et altera pars' (bukan ke idea bagus menyebut Audi bukan Horc?)
Perkataan Horc adalah singkatan dari kata 'mendengar' dlm bahasa Jerman. Sementara 'Audi' adalah kata lain dlm bahasa Latin juga bererti 'mendengar'.

Kemudian, pada tahun 1933, empat syarikat iaitu Audi, Hoch, DKW dan Wanderer bergabung menjadi satu syariket, Audi Union.

Kemudian terpilihlah berupa 4 cincin yg bertautan, simbol penyatuan 4 syarikat menjadi kebangaan hingga kini.




BMW - lingkaran tengah berbahagi 4 dgn 2 warna, putih biru adalah lambang kipas pesawat yg sedang terbang di langit biru. Simbol itu adalah relevan dgn sejarah BMW. Ia adalah pembekal enjin pesawat perang negara Jerman pada Perang Dunia I.

Pada 1918, selepas tamat perang, negara Jerman telah menamatkan permintaan enjin pesawat dari BMW. Demi menyelamatkan syarikat, BMW telah beralih arah pada perusahaan pemgeluaran rim keretapi, motosikal dan kereta.




CHEVROLET - ada 2 versi disebalik logo 'bowtie'. Versi pertama, pemilik syarikat, William C Durant terpandang wallpaper di sebuah hotel di Perancis, lalu dijadikan logo.

Versi ke-2, isteri kepada Durant, ilham emblem 'bowtie' datang dari suratkabar Virginia - ketika mereka bercuti di daerah Hot Springs , Virginia, sekitar tahun 1912.




FERRARI - simbol 'Cavallino Rampante' atau kuda lompat Ferrari ada cerita menarik. Logo asalnya adalah emblem kepada pemandu pesawat perang Itali pada Perang Dunai I. Logo ini juga dipakai oleh Franceco Baracca, pemandu pesawat Itali yg telah gugur.

Pemilik syarikat, Enzo Ferrari juga mengunakan simbol kuda lompat pada kenderaan Alfa Romeo dgn dorongan kedua org tua Baracca.




FORD - bentuk huruf diperkenalkan oleh Harold Wills rakan karib kepada Henry Ford. Ketika remaja, Wills mencari wang dgn mereka kad nama.

Pada 1912 lingkaran oval ditambah pada logo Ford. Pada 1972 logo ni mengalami perkembangan dgn warna latar biru. Pada 2003 warna oval biru ditambah manjadi 2 sempena mengingati ulangtahun ke-100 Ford Motor Company.




LAMBORGHINI - pemilik syarikat, Ferrucio Lamborghini adalah peminat fanatik sukan matador. Sebab tu dia mengabadikan gambar 'lembu mengamuk' pada logo.




RENAULT - syarikat diusahakan oleh Louis Renault ketika berusia 21 tahun. Logo pertama adalah gabungan 3 huruk pertama Renault bersaudara - Louis, Ferdinand dan Marcel.

Logo berbentuk berlian diperkenalkan pada 1925 dan diubahsuai semula pada 1972 oleh designer terkenal, Victor Vasarely. Latarbelakang kuning bermaksud kualiti.




VOLKSWAGEN - logo VW melambangkan kesederhanaan dan cepat dikenali di dunia. Ia berbentuk V dan W dgn berlatarkan warna biru. Volkswagen dlm bahasa Jerman bererti 'kenderaan rakyat'. Logo VW direka oleh Franz Reimspiess. VW mempunyaai latarbelakang sejarah bermula pada era 30-an Nazi jerman.

Adolf Hitler pelopor kepada kenderaan mampumilik rakyat ni. Hitler dan Gercinand Porsche melontar idea VW berbentuk kumbang utk membawa 2 org dewasa dan 3 org kanak2.




VOLVO - bererti 'saya berpusing' dlm bahasa latin atau 'volvare'. Logo Volvo adalah simbol kuno utk besi iaitu linkaran dgn anak panah arah keatas kanan. Simbol ni juga bermaksud 'Mars' iaitu dewa perang. Juga mengambarkan kekuatan perusahaan besi di Sweden.




HYUNDAI - syarikat kenderaan dari Korea Selatan memiliki slogan "Drive Your Way". Huruf H yang dikelilingi bentuk oval mengambagkan kekuatan syarikat utk menakluki dunia. Huruf H yg sengget ke kanan mengambarkan dua orang berjabat tangan - syarikat dan pelanggan.




TOYOTA - jika diperhatikan logo Toyota seakan2 huruf T. Tapi jika diamati dengan teliti ia adalan kombinasi tiga bulatan oval. Dua oval saling bercantum menyerupai huruf T iaitu bermaksud hubungan yang erat dan saling mempercayai antara pelanggan dan Toyota.

Latarbelakang bentuk oval yang besar melambangkan perkembangan kemajuan teknologi dan syarikat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Nora Danish, Jejai bersatu???

Artis Tempatan Dalam Video Lucah Atau Pelanduk Dua Serupa? [18SX]