Duit tabung.

Isnin, Januari 31, 2011

Tatu MU besar punya???

Aku rasa dia nie peminat fanatik MU nombor 1 kat dunia. Punya ler besor tatu dia kat belakang.

Apa2 pun korang baca ler cerita selanjutnya pasal mamat ni kat bawah:

MANCHESTER - Seorang lelaki berusia 51 tahun, John Retter sanggup membuat tatu lambang kelab bola sepak Manchester United (MU) yang besar di belakang badannya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Retter yang merupakan peminat kelab itu sanggup membayar £1,000 (RM4,846) untuk mendapatkan tatu itu.

Kerja-kerja menyiapkan tatu itu mengambil masa selama 16 jam baru-baru ini.

Dia membaca buku biografi pengurus kelab MU, Sir Alex Ferguson bagi mengelak rasa sakit semasa Tonny Gallon membuat tatu itu.

Menurut Gallon, ia merupakan lukisan tatu paling besar yang pernah dibuatnya.

"Saya bangga dengan tatu itu," kata Retter yang menjelaskan lambang itu merupakan hasil kerja yang bijaksana dan bersejarah. - Agensi


Pasir Gudang banjir???

Salam 1 blogger...

Hari nie dah masuk hari ke-3 hujan masih turun kat kawasan Pasir Gudang (PG), Johor. Gambar kat atas tu aku shoot sebelum aku keluar gi kerja. Kurang lebih jam 7.15 pagi. Langit masih gelap lagi.

Tu yg rasa malas nak gi kerja. Pasal time nie la Highway Pasir Gudang sesak giler. Ramai yg menggunakan kereta utk mengelakkan hujan menambahkan lagi kesesakan.

Setakat nie belum ada berita yg mengatakan kawasan sekitar PG mengalami banjir. Harap2 selamat.

Apa2 pun aku dah nak gerak ke opis dulu. Chou...




Ahad, Januari 30, 2011

Nora Danish, Jejai bersatu???

Nora Danish dan anak serta keluarga mertuanya bercuti ke Tokyo Jepun pada 30 D1sember. Jejai, bekas suami Nora turut serta bercuti bersama untuk meraikan genap usia anak mereka Rayqal, 2 tahun pada 7 Januari lalu.

Adakah menjadi titik permulaan Nora Jejai bersatu kembali? Korang bacalah sendiri berita kat bawah.

TERLERAINYA ikatan perkahwinan Rizal Ashram Ramli dan selebriti Nora Danish sejak 2008, tidak pernah memutuskan tali silaturrahim dengan keluarga bekas suaminya.

Hubungan sebagai bekas menantu dan ibu kepada cucu sulung dalam keluarga itu adalah hakikat. Satu-satunya zuriat hasil jodoh singkat antara Nora dan Jejai, Putera Rayqal Ramli Rizallah menjadi penyambung hubungan antara Nora dengan bekas mertuanya iaitu bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib serta isteri, Puan Seri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.

Pelakon kecil molek itu mengakui, perkara itu bukan satu kejanggalan kerana sejak dari lahir, Rayqal ditatang bagai minyak yang penuh oleh keluarga mertuanya. Sebab itu juga, ajakan percutian bekas keluarga mertuanya ke Tokyo dan Niseko, Jepun pada 30 Disember 2010 hingga 19 Januari lalu disambut dengan besar hati.

“Percutian itu sudah lama dirancangkan, sejak Mei 2010 lagi. Lagipun, sudah menjadi agenda keluarga mertua untuk bercuti bersama keluarga setiap tahun. Hanya tahun ini saya dan Rayqal ikut serta.

Ia kebetulan untuk meraikan Rayqal yang genap usia 2 tahun pada 7 Januari lalu. Kami semua sangat seronok. Itu percutian pertama kali buat keluarga mertua bersama Rayqal.

“Sejak saya dan Jejai bercerai, itulah kali pertama juga kami bersatu sebagai sebuah keluarga untuk meraikan hari jadi Rayqal,” katanya yang dihubungi ketika dalam perjalanan ke Singapura untuk menyertai program anjuran Dunia Herb’s di sana.

Sedikit gusar, bimbang kalau-kalau disalah anggap kerana sanggup berkongsi rakaman kenangan sepanjang di Jepun, Nora cuma mahu berkongsi momen bahagianya sebagai ibu yang sedang bahagia melihat si kecil sedang membesar.

“Secara peribadinya saya seronok, kerana pertama kali bercuti ke sana, dapat tengok sekitar Tokyo, masuk ke muzium kesenian di sana dan kemudiannya ke Niseko. Dapat pula bermain ski bersama-sama,” katanya.

Baik semasa atau selepas pulang dari percutian itu, Nora menyifatkan ia sekadar satu penyatuan ahli keluarga bukan pula sebagai mengeratkan hubungannya dengan Jejai.

“Kami sekadar baik dan rasanya lebih baik kami begini sahaja dan percutian itu bukan untuk menyatukan perasaan kami berdua. Antara saya dan Jejai tidak wujud lagi perasaan cinta. Kami baik atas dasar kekeluargaan dan anak,” kongsi Nora.

Sepanjang percutian di negara matahari terbit itu, mereka menghabiskan 10 hari di Tokyo dan 10 hari lagi di Niseko. Selain bekas mertua, Nora sendiri, Rayqal dan Jejai percutian itu turut diserta Putri Azalea serta suaminya Alfi, Putri Yasmin dan Alia (adik Alfi).

Sumber : Kosmo 30/1/2011

Sabtu, Januari 29, 2011

Silap mata atau mata silap???




Cuba korang peratikan gambar2 kat atas tu. Ia bukanlah flash atau file animasi. Ia cuma gambar JPEG biasa tapi jika dipandang ia seolah - olah bergerak.

p/s : Sebenarnya aku takde idea yang menarik utk ditulis pada n3 malam minggu nie...

Tu je yang aku ade...

Datuk Siti Nurhaliza jadi duta???

Suasana panas hubungan antara Malaysia - Indonesia, Datuk Siti Nurhaliza dicadangkan menjadi Duta Besar Budaya Masyarakat Malaysia. Ia adalah usaha utk mengeratkan hubungan kedua negara.

Pada pandangan aku ler.. yang membuatkan 'benda2' nie jadi kecoh orang Indon jugak. Media massa diaorang yg lebih2 mengapi-apikan sentimen anti rakyat Malaysia.

Orang Indon nie sebenarnya jealous dengan kemajuan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Apa2 pun korang baca ler info kat bawah nie..

BANDUNG - Di sebalik hubungan Malaysia dan Indonesia yang kadangkala 'panas', diva dari Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dicadangkan menjadi Duta Besar Budaya Masyarakat Melayu dalam usaha mengakrabkan hubungan rakyat di negara-negara Nusantara.

Cadangan itu dibuat oleh Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (Iswami) berdasarkan penerimaan besar masyarakat terhadap personaliti Siti Nurhaliza.

Ketua Iswami Indonesia, Saiful Hadi Chalid menyuarakan cadangan berkenaan semasa memberi ucapan awal pada Seminar Ekonomi Malaysia Indonesia (SEMI 10) dan berharap semua pihak di Indonesia dan Malaysia dapat menerima secara positif cadangan itu.

Seminar sehari yang dianjurkan oleh Iswami itu dirasmikan oleh Menteri Kewangan Kedua Malaysia, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariya.

Saiful Hadi yang juga Ketua Pengarang, Agensi Berita Indonesia (Antara) berkata, beliau yakin Siti Nurhaliza boleh memainkan peranan berkesan untuk 'mendinginkan suasana' ketika berlaku krisis dalam hubungan Malaysia dan Indonesia, misalnya.

"Ketika ada isu-isu hangat, tak perlu payah-payah kita mengirim delegasi Malaysia atau Indonesia untuk menenangkan suasana, cukup dengan mengirim Siti Nurhaliza menyanyi dan mengatakan buat apa kita bermusuhan.

Sumber : Kosmo 29/1/2011



Khamis, Januari 27, 2011

Korang nampak tak ape yang aku nampak???

Mesti ada yg tersengih2 tengok gambar kat botol tu... Kalau dah otak kuning tulah gambaran yg korang nampak kan...?

Cuba korang peratikan betol2 ape yang sebenarnya yg korang nampak.

JAWAPANNYA
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

8 EKOR IKAN LUMBA2 LA...
(klik kat gambar kasi besar)

Batu permata penawar pelbagai penyakit???

JUTAAN tahun lalu, batu permata telah menarik minat manusia kerana kecantikan dan misteri di sebaliknya. Sejak itu, batu-batu permata menjadi simbol kekayaan, kuasa dan cinta selain ia dikaitkan dengan zodiak.

Pada zaman purba, batu permata dipakai sebagai azimat dan tangkal untuk melindungi diri daripada kuasa-kuasa jahat dan syaitan, memelihara kesihatan malah, menjauhkan diri daripada wabak penyakit.

Terdapat tiga cara batu permata digunakan iaitu dengan meletakkan batu permata pada bahagian tubuh yang sakit, memakan batu permata yang telah menjadi serbuk dan kehadiran batu permata tersebut sahaja sudah mencukupi untuk mengubati penyakit.

Sehingga kini, terdapat segelintir masyarakat menggunakan batu permata sebagai ubat untuk mengubati penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, insomnia, gemuruh, melancarkan perjalanan darah, resdung, darah tinggi, sakit sendi dan banyak lagi.

Boleh dikatakan semua batu permata mempunyai khasiat yang tersendiri.

Terdapat pelbagai jenis batu permata antaranya delima, jed, zamrud, nilam, topaz, intan, lapis lazuli, turqouise, mutiara, krisoberil, turmalin, akuamarin, baiduri, akik, ametis, mata harimau, hematit, sitrin dan banyak lagi.

Penjualan batu-batu permata itu dipelbagaikan dalam bentuk gelang, rantai tangan, loket, batu cincin, pokok hiasan dan sebagainya.

Kini sudah menjadi trend apabila semakin ramai orang memilih batu permata sebagai gelang tangan, rantai tangan dan loket sebagai aksesori serta untuk tujuan kesihatan.

Persoalannya, benarkah batu-batu permata yang banyak dijual dalam pelbagai bentuk itu boleh mempengaruhi kesihatan seseorang atau ia sekadar mitos yang diwarisi turun-temurun?

Aura dalaman

Kurator Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya, Degor Johia, memberitahu, kesihatan tubuh badan manusia banyak dipengaruhi oleh diet pemakanan dan pengambilan makanan tambahan dalam bentuk vitamin atau zat galian yang diperlukan oleh sistem badan.

“Batu-batuan yang dijual dengan kepercayaan bahawa ia mampu merawat, mengawal dan membantu meningkatkan kesihatan badan setakat ini masih belum dapat dibuktikan kesahihannya.

“Ia bergantung kepada si pemakai kerana setiap orang mempunyai ‘aura dalaman’ berbeza, sama seperti sistem ketahanan antibodi dalam badan manusia,” katanya.

Katanya, kajian saintifik pernah dilakukan berhubung perkara tersebut, walaubagaimanapun para saintis setakat ini masih belum lagi menemui jawapan yang konklusif.

“Memang terdapat unsur elektromagnet di dalam batuan. Lebih tinggi kandungan mineral berlogamnya, maka lebih tinggi gelombang elektromagnet yang terhasil.

“Selain itu, batuan juga mengandungi unsur radioaktif iaitu peratusan kandungannya bergantung kepada bagaimana dan di mana batuan itu terbentuk,” ujarnya.

Sebagai contoh katanya, batu akik, flourit, kalsit dan obsidian untuk sakit belakang, batu garnet, jasper, dolomite dan karang putih untuk penyakit alahan atau alergi manakala batu delima, garnet dan aventurin hijau untuk masalah kesuburan.

Contoh di atas hanyalah sebahagian kecil daripada batu-batuan yang digunakan dalam bidang rawatan alternatif kerana Degor memberitahu, ia hanyalah sebahagian daripada ikhtiar untuk mengubati penyakit.

Bagaimanapun ia tidak semestinya berkesan 100 peratus.

“Keunikan batu-batuan bergantung kepada mineral pembentukannya. Sekiranya kandungan besinya tinggi, batu yang terhasil akan berwarna kemerahan atau jingga karat dan kebiasaannya lebih berat daripada batu-batu biasa.

“Teknologi moden telah berjaya menghasilkan batu permata sintetik dan tiruan yang amat halus buatannya sehingga hampir menyamai batu permata asli,” jelasnya.

Tambahnya amat sukar membezakan di antara batu asli dan tiruan dengan mata kasar kecuali menggunakan alat makmal gemologi iaitu Infrared Spectroscopy yang mampu mengenal pasti kandungan mineral asli dan tiruan di dalam batu permata yang diuji.

Namun, untuk memiliki batu-batu permata itu, seseorang perlu melabur wang yang banyak kerana harganya tidaklah murah.

Sumber : Kosmo 27/1/2011




Rabu, Januari 26, 2011

Jet Li warga Singapore???

Bintang filem kung fu nie telah disahkan menjadi rakyat Singapura. Beliau memilih Singapura kerana faktor keselamatan dan bahasa. Korang baca ler cerita sepenuhnya seperti kat bawah...

SINGAPURA - Bintang kung fu kelahiran Beijing, China yang terkenal, Jet Li semalam mengesahkan bahawa dia telah menjadi warganegara Singapura.

Li mengambil keputusan untuk menetap di Singapura kerana aspek keselamatan dan sistem pendidikan negara itu yang memberi penekanan terhadap pengajaran Bahasa Inggeris dan Mandarin kepada para pelajarnya.

Menurut Li, dia mahu anak-anaknya menerima pendidikan bahasa Inggeris dan Cina di negara tersebut.

Li yang membintangi banyak filem Hollywood termasuk The Expendables dan The Mummy: Tomb of the Dragon Em perormenyatakan keputusannya itu turut dipengaruhi oleh ketiadaan paparazi di negara itu.

"Anak-anak saya akan menerima pendidikan dua bahasa yang baik selain kestabilan sosial negara ini.

"Mereka (anak-anaknya) juga tidak akan diganggu oleh para wartawan," kata Li dalam bahasa Mandarin.

Li yang berada di Singapura untuk menyertai persidangan dermawan menyatakan rasa terkejut ekoran minat orang ramai berhubung penghijrahannya dari Amerika Syarikat (AS) ke Singapura.

"Melucukan kerana saya telah memegang pasport AS dan tinggal di sana selama 20 tahun, tiada siapa yang bercakap mengenainya. Sekarang, bila saya datang ke Singapura, semua orang ingin tahu kenapa saya datang ke sini," katanya.

Terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa bintang filem itu membeli sebuah rumah berharga AS$14 juta (RM42.7 juta) di Singapura.

Li tidak menyatakan sama ada dia menggugurkan ke rakyatan AS dan China tetapi undang-undang Singapura membenarkan rakyatnya memiliki dua kerakyatan.

Li mengikut jejak langkah aktres popular China, Gong Li yang menjadi warganegara Singapura pada 2008. - AFP

Sumber : Kosmo 26/1/2011



Selasa, Januari 25, 2011

Thank you Nuffnang

Pagi nie sebelum aku gi opis singgah kat Nuffnang kejap. Saje je nak tengok traffic. ALAMAK.... rupa2 nyer dah ade income. Muah muah mauh..

Tak sangka tol sejak aku mula berbloger pada 19/12/2010 dah dapat hasil. Walaupun nilainya tak ler sampai singgit, tapi membuatkan aku bersemangat nak meneruskan aktiviti berfaedah nie..

Aku nak ucapkan berbanyak tima kasih pada M@t@h@w yg membantu menaikkan traffic kat blog aku.

Juga pada abgterror yg membantu aku mencantikkan blog aku yg tak berapa cantink nie. Huah.. Huah..

Dan tak lupa follower semua. I LOVE U ALL.

Nora punca hubungan Fasha Jejai putus???

PANAS! PANAS! Sah hubungan antara Fasha dan Jejai putus. Korang bolehlah baca kisah seterusnya seperti dibawah.

KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama mengambil sikap tunggu dan lihat, Rizal Ashram Ramli, 34, atau Jejai semalam mengesahkan hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu.

“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.

Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.

Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.

Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.

“Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis.

“Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya.

Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan.

“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya.

Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu.

Sumber : Harian Metro 25/1/2011



Isnin, Januari 24, 2011

Restoran At.mosphere tertinggi dunia di Dubai

DUBAI: Dubai menempa sejarah lagi apabila mencatat rekod memiliki restoran tertinggi dunia yang beroperasi di Burj Khalifa, bangunan pencakar langit tertinggi di dunia.

Dinamakan "At.mosphere", restoran itu terletak di aras 122 di binaan tertinggi yang pernah didirikan di atas muka bumi, yang menakluki ruang angkasa Dubai.
Pada ketinggian 442 meter, restoran itu terletak hanya dua aras di bawah dek tinjauan luar Burj Khalifa iaitu "At the Top".

At.mosphere boleh memuatkan 210 tetamu dan mempunyai ruang legar yang luas dan mewah, dewan makan utama, bilik makan persendirian dan ruang pameran memasak.

"Burj Khalifa berjaya menjadi satu keajaiban kehidupan. Pengwujudan At.mosphere memberikan satu pengalaman menikmati hidangan tiada tolok bandingnya," Mohamed Alabbar, Pengerusi Emaar Properties dalam satu kenyataan.

Emaar adalah pemaju bangunan 828m Burj Khalifa yang menempatkan pelbagai kemudahan perniagaan, dan ruang bersantai serta kemudahan kediaman dan penginapan Armani Hotel Dubai dan Armani Residences. - BERNAMA

Sumber : Berita Harian 24/1/2011

Ahad, Januari 23, 2011

Hantu Kak Limah wujud di New Zealand???

Sebenarnya tajuk n3 kat atas tu takde kene mengene dgn cerita wayang arahan sdr Khalid. Saje je nak buat gimik pagi minggu.... Korang baca ler sendiri kat bawah nie..

AUCKLAND: Seorang wanita dilapor separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung akibat gigitan asmara yang dilakukan kekasihnya.

Kejadian itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan.

Wanita yang yang tidak disebutkan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Doktor mengesyaki dia diserang sakit jantung tetapi pada mulanya tidak dapat mengesan puncanya.

Mereka kemudian mendapati kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemui punca serangan sakit jantung berkenaan - kerosakan pada pembuluh darah pembentukan darah beku akibat gigitan asmara itu.


Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok. - DM



Sabtu, Januari 22, 2011

Mati gara2 besarkan 'papaya'

Tajuk n3 kali nie pelik sikit. Saje aje aku nak buat double meaning. Kalau korang nak tahu selanjutnya baca je kisah kat bawah nie...

BERLIN: Seorang daripada peserta program televisyen realiti Big Brother mati akibat kegagalan pembedahan membesarkan buah dada, lapor media semalam.

Aktres filem lucah, Sexy Cora, disahkan mati akibat kegagalan otak dan berada dalam koma selama sembilan hari di sebuah klinik di Hamburg, Jerman.


Keluarga Sexy - atau nama sebenarnya, Carolin Berger - dihubungi pihak hospital pada minggu lalu.

Sumber berkata, otak wanita itu tidak mendapat bekalan oksigen selama 15 minit sebelum keadaannya menjadi kritikal.


Dia mencipta nama dalam program berkenaan apabila mandi berbogel di depan kamera. - TS




Jumaat, Januari 21, 2011

Blackberry diharamkan???

Pagi ni aku nak kabarkan pasal Blackberry kat Indonesia. Pemerintah akan menarik balik lesan Blackberry kalau gagal menyekat akses laman pornograpi.

JAKARTA - Firma pengeluar telefon BlackBerry dari Kanada, Research in Motion (RIM) semalam mula menyekat akses untuk ke laman web pornografi.

Jika firma itu tidak berbuat sedemikian lesen operasi telefon itu yang menguntungkan di Indonesia mungkin akan ditarik balik.

Menurut kenyataan dalam akaun laman sosial Twitter, Menteri Komunikasi, Tifatul Sembiring bersyukur kerana RIM telah mengikut undang-undang dan peraturan di Indonesia.

Katanya, pornografi telah disekat dan menyatakan firma tersebut boleh meneruskan perniagaan mengikut lunas undang-undang.

Pengguna telefon Blackberry di Indonesia berjumlah lebih dua juta orang.


Selasa, Januari 18, 2011

Sejarah Floppy Disc

Sejarah awal floppy disc pada tahun 1967. Ketika itu IBM (International Business Machines) mangarahkan Devisi Media utk mencipta sebuah system yg sederhana utk meloading microcode kedalam mainframe 370

Pada tahun 1971, dibawah kepimpinan Alan Shugart dan para kakitangan di IBM berjaya membangunkan floppoy disk yg pertama. Pertama kali dicipta namanya bukan floppy disk tetapimemori disk. Floppy disk diambil dari kata “floppy” yang bererti fleksible, muncul kerana memori disk itu yg sangat fleksible.

Di tahun 1976, cakera liut dan cakera drive yg fleksible telah dihasilkan oleh Alan Shugart atas permintaan syarikat computer Laboratories, yg menginginkan untuk disk drive dan floppy disk ini boleh gunakan pada komputer desktop mereka. Kemudian para pengeluar computer yg lain turut mengikuti cara ini.

Dan pada tahun 80-an, pelbagai saiz cakera ditawarkan oleh lain syarikat – syarikat. Dan masing – masing system computer menggunakan format mereka tersendiri.

Pada tahun 1981. Sony memperkenalkan disknya bersaiz 3.5 inci.

Pada tahun 1984, Apple computer memilih format cakera pengeluaran Sony tersebut bagi dipasangkan di komputer Machintosh yg akhirnya menjadi format standart di Amerika.

Komponen – komponen dalam floppy disk :

1. Write - Protecab

2. Hub

3. Shutter

4. Plactic housting

5. Paper Ring

6. Magnetic Dusk ,dan

7. Disk Sector

Isnin, Januari 17, 2011

Kumpulan Hujan???

AMARAN!!! Entry nie takde kena mengena dgn kumpulan muzik tempatan Hujan.

Kali nie aku nak cerita 10 perkara menarik mengenai hujan.

1. Purata kelajuan jatuhnya air hujan hanyalah 8 - 10 km/jam.

2. Air hujan jatuh ke bumi dgn kelajuan yg rendah kerana titik hujan memiliki bentuk khas yg meningkatkan kesan geseran atmosfera dan membantu hujan turun ke bumi dgn kelajuan yang lebih rendah. Andaikan titik bentuk hujan berbeza atau andaikan atmosfera tidak memiliki sifat geseran (bayangkan jika hujan terjadi seperti gelembung air yang besar yg turun dari langit), bumi akan menghadapi kehancuran setiap kali hujan turun.

3. Ketinggian minima awan hujan adalah 1,200 meter.

4. Efek yg ditimbulkan oleh satu titis air hujan yg jatuh dari ketinggian tersebut sama dengan benda seberat 1kg yang jatuh dari ketinggian 15mcm.

5. Awan hujan pun boleh ditemui pada ketinggian 10,000 meter.

6. Dalam satu saat, kira - kira 16juta tan air mengewap dari bumi.

7. Jumlah ini sama dengan jumlah air yang turun ke bumi dlm 1 saat. Dalan satu tahun, dianggarkan jumlah ini akan mencapai 505 / 1012 ton. Air terus berputar dlm kitaran yg seimbang berdasarkan "kualiti"

8. Butiran air hujan berubah bentuk beratus - ratus kali tiap saat.

9. Kalau butiran air hujan itu dibekukan akan membentuk kepingan kristal yg indah, tidak seperti air biasa yang dibekukan di freezer atau peti sejuk.

10. Setelah hujan turun, tanah lalang, rerumput akan mengeluarkan bau wangi yg khas, Sebatian ini di panggil "petrichor".

Sekian renung2kanlah...

Pengasas Facebook berpindah rumah???

PALO ALTO, Amerika Syarikat - Pengasas laman sosial popular Facebook, Mark Zuckerberg, 26, memilih untuk mengamalkan gaya hidup sederhana apabila dia berpindah ke rumah baru dua tingkat yang sederhana, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun kekayaan Zuckerberg dianggarkan AS$15.86 bilion (RM48.53 bilion) dia lebih selesa menyewa sebuah rumah bersama teman wanitanya, Priscilla Chan yang terletak di pinggir bandar dengan keadaan sekitar yang biasa sahaja.

Lokasi rumah baru Zuckerberg lebih dekat dengan pejabatnya.



Rumah sewa itu yang tidak mempunyai sistem kawalan kamera tertutup dianggarkan berharga kira-kira AS$2.38 juta (RM7.3 juta) dan mempunyai lima bilik berbanding rumah sewa lamanya sebelum ini yang mempunyai empat bilik.

Selain tinggal di kawasan penempatan biasa, Zuckerberg selesa menggunakan kenderaan lamanya, Honda Acura berwarna hitam yang bernilai kira-kira AS$20,628 (RM63,131).

Dia mengasaskan Facebook lapan tahun lalu.

Zuckerberg menggunakan kereta Honda itu selepas tawarannya untuk membeli sebuah kereta BMW milik jirannya ditolak. - Agensi

Sumber : Kosmo 17/1/2011


Ahad, Januari 16, 2011

Buat header.

Salam.. Orait tak aku punyer header? Kalau korang, lebih2 lagi new blogger yg tak berapa mahir nak create header boleh ler klik kat sini.


Justin Bieber Live in Malaysia

Artis popular dari kanada, Justien Bieber yg popular dgn lagu Baby akan mengadakan konsert sulongnya di Malaysia pada April depan disamping mempromosikan albumnya berjudul My Worlds The Collection yg dilancarkan tahun lalu.

Konsert Justin Bieber My World Tour In Malaysia itu dijadualkan berlangsung pada 21 April depan di Stadium Merdeka disamping mengutip dana untuk Rumah Nur Salam di Chow Kit.

Bintang berusia 17 tahun yang turut membintangi filem Never Say Never itu dibawa ke Malaysia dengan kerjasama Tune Talk Mobile Prepaid bagi menghiburkan peminat di Malaysia serta mempromosikan filem lakonannya itu di negara ini yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara seminggu sebelum konsert terbabit berlangsung.
Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo, berkata konsert yang dijangka berlangsung kira-kira dua jam itu akan turut dihiburkan dengan persembahan artis tempatan pada pembukaan konsert.

Tujuan konsert ini diadakan bukan saja untuk menghiburkan peminat di sini tetapi untuk mengutip sumbangan bagi membantu Rumah Nur Salam dan hasil jualan tiket VIP itu nanti akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan, katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, sebanyak 300 tempat duduk untuk VIP akan disediakan dengan harga RM1,000 bagi tujuan mengutip sumbangan itu, malah pelanggan Tune Talk Mobile Prepaid boleh mendapatkan tiket dengan tawaran harga yang menarik.

Katanya, tiket akan mula dijual hari ini di laman web www.airasiaredtix.com dan www.ticketpro.com.my atau di rangkaian Victoria Music Centre dan Rock Corner di seluruh negara.
Jason berkata, sebanyak 3,000 tiket mula dijual semalam kepada pelanggan tetap Tune Talk Mobile Prepaid di pusat beli-belah Bangsar Village 2 di sini.

Difahamkan ada peminat yang sanggup datang seawal jam 4 pagi dan beratur panjang di hadapan pintu masuk pusat beli-belah terbabit walaupun kaunter tiket dibuka jam 11.30 pagi.

Selain Justin Bieber, kita akan turut membawa artis lain dari luar negara untuk mengadakan persembahan di sini tetapi kita belum menentukan lagi siapa artis terbabit untuk membuat persembahan selepas Justin, katanya.

Seorang peminat, Cheah Suan Lyn, 15, adalah penerima tiket pertama yang berharga RM498 daripada Jason selepas berjaya membuat aksi akrobatik semalam.

Sumber : Berita Harian16/1/2011

Sabtu, Januari 15, 2011

Misteri. Kenapa cincin perkahwinan disarung dijari manis???

Korang pernah terpikir tak mengapa cincin pertunangan atau perkahwinan disarung di jari manis??

Ikuti langkah berikut ini, Tuhan benar2 membuat keajaiban (ini berasal dari kutipan Cina)

1.Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk ke dalam (lihat gambar)


2.Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan diujungnya.


3.Permainan dimulakan , 5 pasang jari tetapi hanya 1 pasang yang tidak terpisahkan…


4.Cubalah membuka ibu jari anda, ibu jari menwakili orang tua, ibu jari boleh dibuka kerana semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.


5.Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereka memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.


6.sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak2. Cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.


7.Selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menaruh cincin perkawinan anda, anda akan hairan kerana jari tersebut tidak akan boleh dibuka. Kerana jari manis mewakili suami dan isteri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain.

Cuba2 renungkanlah....

Ana Raffali ikon muzium.

KUALA LUMPUR: Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL 25) Ana Raffali yang sentiasa menampilkan diri dengan berpakaian baju kurung dan kebaya akan dijadikan ikon program tertentu Jabatan Muzium Malaysia (JMM).

Ketua Pengarahnya, Datuk Ibrahim Ismail, berkata pihak pengurusan Ana Raffali secara dasarnya bersetuju untuk penyanyi muda itu dijadikan ikon bagi program yang akan dijalankan oleh jabatan itu di 21 buah muzium bawah pengurusannya.

Beliau berkata demikian kepada BERNAMA bagi memperjelaskan laporan kelmarin yang mengatakan Jabatan Muzium menawarkan Ana Raffali sebagai ikon setem sempena pameran setem 1Malaysia 1Dunia yang sedang diadakan di Muzium Negara.
Ibrahim berkata, Ana Raffali atau nama sebenarnya Nur Hidayah Mohd Raffali dipilih sebagai ikon jabatan itu kerana imej dan penampilannya yang sentiasa berpakaian kebangsaan tanpa kekok dan malu dalam persembahannya tanpa mengira tempat.

Ini adalah satu penampilan yang baik dari segi budaya terutama di kalangan remaja, katanya.

Ana Raffali adalah pendatang baru dalam dunia seni tanah air, bukan saja mampu untuk menyanyi dan bermain gitar dengan baik, malah turut mengubah dan menulis lirik.

Pada AJL Ahad lalu, lagu nyanyian dan nukilan Ana Raffali Tolong Ingatkan Aku dipilih sebagai juara.

Sumber : Berita Harian 15/1/2011

Jumaat, Januari 14, 2011

Ted Williams - suara emas



Cuba korang dengar suara orang tua nie... Mancho sedap giler beb.... Tulah anugerah Tuhan yang dia dapat. Tapi disebabkan masalah ketagihan dadah dan alkohol (biaseler dah matsaleh), dia hidup merempat.



DI tepi jalan di Houston Street, Columbus, Ohio, Amerika Syarikat (AS), kelihatan seorang lelaki dalam persalinan jaket trenc berceloreng. Penampilannya tidak terurus. Rambutnya yang kerinting dan beruban dibiarkan tanpa disisir rapi. Sambil berdiri pengemis itu memegang cebisan kotak yang tertera ayat-ayat yang menyatakan dirinya adalah bekas juruhebah radio.

Malangnya, kehadiran lelaki itu kurang mendapat perhatian orang ramai yang lalu lalang di situ. Barangkali mereka berpendapat mana mungkin seorang bekas juruhebah sanggup tampil sedemikian rupa apatah lagi mengemis bantuan kewangan.

Tindakan seorang jurugambar akhbar Columbus Dispatch, merakam gelagat pengemis yang bernama Ted Williams, 54, bercakap menggunakan suara emasnya dan beraksi seperti deejay radio telah mencipta fenomena di AS, hari ini.

Buktinya, sebaik sahaja jurugambar memuat naik rakaman itu ke laman web YouTube ia telah menarik minat seramai 6,725,967 penonton. Rata-rata penonton yang menonton video tersebut mengakui Williams memiliki suara emas yang mengagumkan.

Secara tidak langsung telah mendorong salah seorang ejen pencari bakat, Shane Cormier, melahirkan keinginan membantu Williams kerana berpendapat lelaki itu berpeluang menjadi jutawan kerana keunikan suaranya.

“Memiliki suara seperti ini memberi banyak kelebihan kerana saya berpeluang menceburkan diri dalam bidang lakonan, nyanyian dan pengacaraan. Namun, malangnya saya mensia-siakan bakat yang dimiliki disebabkan dadah dan alkohol.

“Saya kesal dengan tindakan bodoh ini. Selain karier, saya juga kehilangan ahli keluarga dan tempat tinggal. Kehidupan menjadi tidak menentu dan terumbang-ambing,” luah Williams dalam satu temu bual mengenai kisah hitamnya yang telah memusnahkan kebahagiaan hidupnya.

Williams mula tinggal di jalanan pada tahun 1993 selepas kehidupannya musnah akibat penyalahgunaan dadah dan alkohol. Malah, pada detik pertemuan bersama jurugambar itu dia menjalani kehidupan di dalam sebuah khemah di tepi lebuh raya di Columbus.

Sebelum popular disebabkan klip video selama 90 saat di Twitter dan YouTube, Williams pernah ditahan di beberapa buah lokap di Ohio atas dakwaan jenayah seperti mencuri dan memiliki dadah.

Impian bergelar deejay

Selain itu menerusi wawancara bersama rancangan televisyen Today, Williams mendedahkan bahawa dia pernah terlibat dalam jenayah kerana ketagihan dadahnya.

Lebih menyedihkan, apabila Williams gagal bergelar sebagai juruhebah radio dalam tempoh yang lama kerana dibuang kerja disebabkan masalah tersebut.

“Sejak berumur 14 tahun, saya memasang impian untuk bergelar penyampai radio kerana melihat karier ini mempunyai daya tarikan dan keistimewaan tersendiri. Sebab itu saya tidak melepaskan peluang bertugas di stesen radio WVKO (AM) di Columbus, biarpun pada syif malam. Pada waktu itu, stesen berkenaan hanya memutarkan himpunan lagu-lagu berentak soul,” ujar bapa kepada sembilan cahaya mata itu.

Sehubungan itu, enggan membiarkan dirinya terus musnah, Williams nekad untuk berubah. Kini sudah dua tahun dia berjaya meninggalkan tabiat pengambilan dadah dan alkohol.

Kini Williams dapat tersenyum bangga. Jika sebelum ini dia mengemis untuk menagih simpati orang ramai, tetapi pada hari ini suara emasnya pula ditagih pelbagai pihak. Lembaran tahun 2011 memberi seribu makna buat Williams. Pada 7 Januari lalu secara rasmi dia menjadi suara latar untuk rangkaian MSNBC.

Terbaru, media antarabangsa melaporkan Williams sedang mempertimbangkan tawaran untuk menjadi penyumbang suara bagi program informasi perkembangan pasukan bola keranjang Cleveland Cavaliers dalam liga Bola Keranjang Nasional (NBA).

“Sukar dilafazkan dengan kata-kata. Bersyukur kerana Tuhan masih menyayangi saya. Kini kehidupan saya semakin baik dan saya akan menghargainya,” ujar Williams kepada AGEagensi berita AP.

Williams juga menjadi pilihan syarikat Kraft Macaroni & Cheese yang menggunakan suara emasnya untuk iklan-iklan produk syarikat tersebut.

Menurut Pengurus jenama Kraft Macaroni & Cheese, Noelle O’Mara, mereka dalam proses merangka pelbagai iklan mempromosi produk Kraft & Cheese menggunakan suara Williams yang unik itu.

“Suara Williams cukup istimewa dan dia bijak bermain dengan intonasi yang baik sepanjang pembikinan iklan. Kreativitinya memberi elemen segar pada iklan-iklan kami dan secara tidak langsung membersih dan menaikkan namanya semula.

“Individu yang berbakat seperti Williams harus diberi peluang untuknya membaiki diri. Lagipun semua orang mempunyai kisah tersendiri,” tambah Noelle O’Mara.

Tawaran berlakon filem

Anak kelahiran Bedford Stuyvesant, Brooklyn, New York, AS itu juga ditawarkan berlakon dalam filem terbitan pelakon dan pengarah terkenal, Jack Nicholson.

Williams turut teruja apabila banyak pihak memberi perhatian terhadapnya semasa dia muncul dalam program Today terbitan stesen televisyen NBC itu di New York.

“Ia merupakan satu fenomena dan saya tidak pernah membayangkan semua perkara ini akan berlaku. Saya rasa seperti Susan Boyle,” katanya yang dipetik daripada akhbar Columbus Dispatch.

Sama seperti Williams, Susan Boyle yang dicungkil bakatnya menerusi rancangan Britain's Got Talent antara individu yang menangkap perhatian ramai menerusi suara emasnya. Pertama kali berdiri di atas pentas kehadiran Boyle langsung tidak dipedulikan kerana memiliki tubuh yang gempal, berusia dan rambut tidak terurus.

Malah, segelintir blogger sanggup menyifatkan rupanya ketika itu seperti kodok. Namun sebaik saja dia membuka mulut mendendangkan lagu I Dreamed a Dream daripada muzikal Les Misérables, para penonton tergamam. Suaranya cukup merdu.

Pengkritik-pengkritik rancangan itu termasuk Simon Cowell yang terkenal dengan mulut celupar dalam kritikannya turut terkejut apabila mendengar suara Boyle.

Ramai yang tidak menyangka berbekalkan suara yang lunak telah membantu menaikkan taraf hidup Boyle daripada seorang penganggur dan sukarelawan amal kini menjadi selebriti popular di seluruh dunia.

Sumber : Kosmo 14/1/2011


Khamis, Januari 13, 2011

Tokek dan pemburu haram

Ada lagi sebenarnya kisah cicak tokek ni..

KUALA LUMPUR – Tokek atau gikgo. Apakah sebenarnya keistimewaan haiwan ini sehingga ramai pemburu mahu memiliki haiwan tersebut. Tanpa disedari ramai pemburu haram kini sanggup meredah hutan di Semenanjung bagi mencari tokek.

Tokek didakwa mampu dijual pada harga mencecah puluhan juta ringgit dan paling kurang RM20,000 bagi setiap seekor.

Ekoran kegilaan dengan harga lumayan itu, pemburu haiwan kini mula memberi tumpuan mencari haiwan tersebut di serata hutan.

Dikatakan sebelum nama tokek meniti mulut ke mulut dalam kalangan rakyat negara ini, haiwan itu terlebih sudah popular di Indonesia.

Bayangkan, tokek pernah menjadi produk perniagaan bagi penduduk yang tinggal di kawasan perkampungan miskin pedalaman Indonesia seperti di Banjarsawah.

Mereka sanggup meredah hutan dan menangkap haiwan itu.

Tokek didakwa mula menarik perhatian apabila ramai ahli perubatan China dan Korea percaya lendir daripada haiwan itu mampu merawat kanser, penyakit kulit serta pernafasan.

Sumber : Kosmo 13/1/2011


Rabu, Januari 12, 2011

Malaysia dan ranking FIFA

KUALA LUMPUR: Kejayaan skuad Harimau Malaya muncul juara kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF bulan lalu membolehkan Malaysia mendaki dua anak tangga dari 144 kepada 142 dalam kedudukan ranking terbaru FIFA.

Ranking FIFA itu menyaksikan Malaysia meraih 17 mata tetapi kedudukan itu masih tersasar daripada ranking 75 yang pernah dikecapi pada 1993.

Walaupun meningkat, kedudukan Malaysia sekadar lebih baik berbanding negara seperti Burundi (141), Tajikistan (143), India (144) dan Hong Kong (146).
Sementara itu, di kalangan negara ASEAN countries, Malaysia kini di tangga kelima di belakang Thailand (119), Indonesia (126), Vietnam (136) dan Singapura (139) manakala dalam kelompok Asia, Malaysia di tangga ke-23 dalam senarai 46 negara. - BERNAMA

Sumber : Berita Harian

bjay69: tahniah buat skuad Harimau Malaya bimbingan K. Rajagopal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...