Tangan Robotik Guna Minda.[Cool]

"Sungguh hebat, saya melakukannya (menggerakkan barang) dengan menggunakan kuasa minda. Sukar bagi saya untuk menceritakan apa yang saya rasakan sekarang ini,"

Tim Hemmes, 30, kehilangan fungsi tangan dan kaki dalam satu kemalangan motosikal sejak tujuh tahun lalu. Beliau merupakan antara segelintir individu yang berpeluang menggunakan tangan bionik itu selama sebulan.

Kini Tim yang lumpuh dapat kembali memberikan sentuhan dan menyuap makanan sendiri dengan menggunakan sebuah tangan robotik kawalan minda yang dipasang pada kerusi rodanya.

Tangan canggih itu dibina oleh beberapa penyelidik Universiti Pittsburgh, negeri Pennsylvania untuk satu eksperimen perintis dikenali sebagai Braingate.

Dilengkapi jari bersendi yang berfungsi seperti jari manusia, tangan robotik itu disambungkan pada cip yang ditanam di dalam otak manusia.

Cip berkenaan berfungsi untuk menukarkan isyarat-isyarat elektrik yang dikeluarkan oleh otak kepada gerakan motor.









Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Nora Danish, Jejai bersatu???

Apa yang perlu anda tahu tentang logo kereta

Robot mirip kepada manusia. [Tech]