Kapsul Bahtera Noh


Spefikasi:

1) Mempunyai tingkap kecil.

2) Ruang udara dibahagia atas.

3) Boleh digunakan sebagai rumah permainan kanak-kanak.

Begitulah gambaran awal sebuah kapsul terapung yang dicipta oleh sebuah syarikat kecil Jepun. Ia seperti sebiji bola tenis besar yang juga versi Bahtera Noh moden dan boleh digunakan jika Jepun dilanda gempa bumi atau tsunami.

Japan Cosmo Power berkata alat perlindungan Noh itu dibuat daripada kaca fiber yang boleh menyelamatkan pengguna daripada bencana seperti malapetaka gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu yang memusnahkan pantai utara Jepun, mengakibatkan 20,000 orang mati atau hilang, menurut AP.
Presiden syarikat itu, Shoji Tanaka berkata kapsul berharga 300,000 yen (RM12,522) seunit itu boleh memuatkan empat orang dewasa dan sudah selamat dalam beberapa ujian lapangan.

Syarikat itu sudah mengeluarkan dua kapsul dan menerima tempahan 600 lagi, lapor AP yang dipetik akhbar Korean Times. – Agensi/ AP.


Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Nora Danish, Jejai bersatu???

Apa yang perlu anda tahu tentang logo kereta

Robot mirip kepada manusia. [Tech]