Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2011

Seni Origami Halus. [Cool]

Imej
Anja Warkiewicz menghasilkan seni origami halus dengan menggunakan kepingan kertas kecil selebar 1inci. Sebahagian dijadikan sebagai anting-anting dan loket pada rantai.

Cintaku Keldai. [OMG]

Imej
“Saya tak pasti apa berlaku selepas meninggalkan bar, tetapi saya benar-benar mencintai keldai itu.” HARARE: Seorang lelaki Zimbabwe memberitahu mahkamah, pelacur yang dilanggannya tiba-tiba bertukar menjadi keldai. Walaupun begitu, lelaki terbabit berkata, dia kini benar-benar jatuh hati kepada haiwan berkenaan. Moyo, 28, ditahan di bandar Zvishavane, 300 kilometer di selatan Harare, pada Ahad lalu, dan dituduh melakukan hubungan seks dengan keldai. Menurut Moyo, dia membayar AS$25 (RM78) untuk mendapatkan khidmat pelacur terbabit. Bagaimanapun, dia terkejut keesokan harinya apabila orang ramai menuduhnya bersenggama dengan seekor keldai. Hakim kemudian mengarahkan Moyo dihantar menjalani pemeriksaan mental. - AFP

Selipar Tayar. [Cool]

Imej
Percaya atau tidak kasut boleh menjadi barangan mewah di negara-negara miskin terutama di Afrika dan Amerika Selatan. Kekurangan ini mencetuskan idea untuk menjadikan tayar kenderaan terpakai sebagai selipar. Ia mungkin tidak boleh diperagakan dalam pertunjukan fesyen di Milan, namun pasti lebih tahan lama berbanding yang dibeli di kedai-kedai berjenama.

10 Wang Kertas Terindah. [Nice]

Imej
" Saya tidak pernah menganggap wang sebagai sesuatu yang indah, tapi saya perlu mengakui bahawa beberapa wang kertas kelihatan lebih baik berbanding dengan yang lain." Berikut dibawah adalah 10 wang kertas yang paling indah di dunia, menurut Davis Standish pengarah Seni Lukis Wang. 10. Faroe Islands (Kronurs) 9. Iceland (Kronurs) 8. Hong Kong (Hong Kong Dollars) 7. Cook Islands (Cook Island Dollars) 6. New Zealand (New Zealand Dollars) 5. Comoros (Comorian Franc) 4. Switzerland (Francs) 3. Sao Tome & Principe (Dobras) 2. The Maldives (Rufiyaa) 1. The French Pacific Territories (Franc)

Kelas Doga (Yoga) Untuk Anjing. [Macam2]

Imej
"Apabila saya berlatih (yoga) di rumah, ia (anjing itu) akan datang ke hamparan bersama saya." Kelas yoga untuk anjing peliharaan diperkenalkan di Hong Hong oleh pengajar tarian dari Afrika Selatan, Suzette Ackermann. Kelas itu dikenali sebagai Doga. Kelas itu mula dibuka setahun lalu dan Ackermann mengendalikan sesi tersebut bersama dengan seekor anjing peliharaannya, Snowball yang berusia tujuh tahun. Sumber : Kosmo

Kopi Tahi Musang Secawan RM300. [OMG]

Imej
"Jika ia boleh diumpamakan seperti sebuah kereta, ia setaraf dengan Rolls-Royce." Nilai najis emas luwak, musang dari spesies Asian palm civet itu mampu mencecah sehingga AS$800 (RM2,422) sekilogram di beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Korea Selatan dan Singapura. Kisahnya berbeza sebaik sahaja ia memasuki pasaran. Secawan kopi luwak yang diiktiraf antara kopi yang termahal di dunia mampu mencecah sehingga AS$100 (RM300) di beberapa lokasi terkemuka di London. Haiwan itu memainkan dua peranan penting dalam penghasilan kopi. Pertama, ia memilih biji kopi terbaik untuk dihadamkan. Pakar-pakar turut berpendapat musang liar paling dicari-cari kerana kecerdikannya, namun ia agak sukar ditemui. Setelah menggigit lapisan luar kulit buah kopi, biji kopi yang masih berkulit ditelan sebelum sistem pencernaan haiwan itu mula memprosesnya secara semula jadi. Enzim-enzim mula meresap dan memberi keseimbangan kimia terhadap biji kopi, lazimnya jenis Arabica kerana

30 Juta Orang Main Game Angry Birds Sehari. [Fuyoo..]

Imej
"Angry Birds - game paling popular dalam permainan handphone. Ia dimainkan oleh 30 juta orang dalam masa sehari dengan masa 300 juta minit." Angka-angka ini diumumkan oleh Andrew Stalbow, ketua Ravio's America ketika Sidang Kemuncak Web 2.0 di San Francisco Amerika Syarikat. Stalbow berkata syarikat kini memberi tumpuan membina "generasi akan datang syarikat hiburan digital" dan memperkembangkan permainan ini kedalam "hiburan francais terbesar"