Duit tabung.

Khamis, Mac 31, 2011

Singapore Army lembik???

PENYEBARAN sekeping gambar yg menunjukan seorang pembantu rumah mengangkat beg seorang anggota tentera di negara itu menimbulkan kemarahan org ramai yg beranggapan pasukan tentera terlalu dimanjakan, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar yg disiarkan oleh media Singapura dan laman2 maya pada minggu ini menunjukan seorang anggota tentera lelaki Singapura yg berpakaian seragam lengkap dan memakai but berjalan di depan tidak jauh dari pembantu rumah wanitanya.

Semantara pembantu rumah itu yg mengikut dibelakang dilihat mengalas beg tersebut dibahu kirinya.

Tindakan tentera itu menerima banyak komen negatif terutama kredibiliti genarasi baru Angkatan Tentera Singapura (SAF).

Mereka disifatkan sebagai lembik oleh warga Singapura dan negara lain menerusi laman Twitter dan pelbagai forum di internet.

"Ini hanya satu insiden. Kesimpulan umum yg dapat saya buat adalah tentera itu secara luarannya nampak sedikit lembut dan dimanjakan," kata penganalisis ketenteraan di Singapura, Bernand Loo dari sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam.

Kementerian Pertahanan dipahamkan sedang menyiasat insiden tersebut. Selain ingin mengesahkan semula keaslian gambar yg mencetuskan pertikaian umum sejak beberapa hari lalu.

Kajian terbaru yg menunjukan 22 daripada 23 anggota tentera mendapatkan khidmat pembantu rumah utk membasuh dan mengosokan pakaian seragam masing2. Sementara 17 daripada jumlah sama mendapat pertolongan pembantu bagi membersihkan bilik.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...