Duit tabung.

Jumaat, September 30, 2011

Gantung Coli Untuk Kempen Barah Payu Dara.


PITTSBURGH, Amerika Syarikat (AS) - Sebanyak 4,000 helai coli digantung di sepanjang sebuah jambatan di sini dalam kempen meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya penyakit barah payu dara, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Coli berbagai saiz dan beraneka warna itu berkibar ditiup angin selepas digantung di atas wayar jambatan Hot Metal Bridge yang menghubungkan sungai Monongahela dengan pusat bandar raya ini, negeri Pennsylvania.

Semua coli tersebut akan digantung selama tiga minggu bermula kelmarin sebelum pakaian dalam itu dicuci dan didermakan ke beberapa rumah perlindungan wanita.

Coli-coli itu dibekalkan oleh pihak pengurusan syarikat pakaian tempatan, American Eagle Outfitters yang bertanggungjawab mencetuskan idea untuk mengadakan kempen tersebut.

Selepas coli-coli itu digantung kelmarin, ia berjaya menarik perhatian para pengguna jambatan berkenaan serta pihak media.

"Saya langsung tidak menyangka akan melihat sebegitu banyak coli. Kempen ini hebat. Saya berhenti untuk merakam pemandangan unik ini," kata seorang pengguna jambatan tersebut, Monica Minetola. - Agensi


Khamis, September 29, 2011

Fixie Oh Fixie



Basikal Fixie atau Fixed Gear Bicycle semakin digilai oleh anak anak muda atau remaja sekarang nie. Ia didatangkan dengan perbagai warna-warna garang seperti oren, merah, hijau atau kuning.

Jika diamati basikal ini asalnya digunakan dalam perlumbaan sukan berbasikal . Sekarang ia mudah didapati di kedai basikal dengan harga yang murah serendah RM350.00 hingga ada yang mencecah ribuan ringgit bergantung kepada model dan jenama.

Kebanyakan basikal ini tidak dilengkapi dengan sistem brek. Teknik memijak tayar belakang adalah teknik yang digunakan untuk memperlahankan atau memberhentikan basikal fixie ini.

Lewat malam adalah waktu yang selalu digunakan untuk ahli - ahli kumpulan basikal fixie berkumpul sesama mereka. Jumlah penunggang boleh mencecah 5 - 20 orang apa satu - satu masa.



Bekas Pelakon Porno Mahu Tubuh Parti Politik

ROM - Bekas pelakon filem lucah Itali, Cicciolina merancang untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu ekoran masalah politik yang korup di negaranya.

"Kami mahu menubuhkan sebuah parti yang optimis untuk masa depan. Cukuplah dengan parti-parti ini (di Itali) yang menjual undi, rasuah dan tender," katanya kepada majalah Oggi.

Dia kini berusia 59 tahun dan nama asalnya ialah Ilona Staller.

Wanita itu menyertai politik pada 1979 sebagai sebahagian daripada anggota parti alam sekitar yang pertama di Itali sebelum dia menyertai parti Radical pada 1985 dan berkempen menentang tenaga nuklear, kebuluran di dunia dan hak asasi manusia.

Dia merupakan ahli parlimen di antara 1987 dan 1991.

Pada September 1990, Cicciolina menyatakan dia bersedia untuk melakukan hubungan seks dengan Saddam Hussein bagi memulihkan keamanan di Asia Barat. - AFP




Rabu, September 28, 2011

Bayi 2 Muka lahir Di Pakistan


RAWALPINDI: Seorang bayi dengan dua muka dilahirkan di Holy Family Hospital (HFH) Khamis lalu.

Bayi itu yang seberat 3.2 kilogram, menghidap keadaan yang jarang berlaku yang dikenali sebagai salinan kraniofacial iaitu satu kepala dengan dua muka.


Kecuali telinga, bayi itu memiliki dua hidung, dua pasang bibir dengan sumbing pada bahagian atas bibir kanan dan dua pasang mata.

Bercakap kepada akhbar The nation, pakar perubatan di HFH, Dr Nasira berkata, kemungkinan bayi itu untuk hidup lebih lama adalah terlalu tipis.


“Kami tidak menaruh harapan mengenai hayatnya,” katanya.


Menurut Nasira, keadaan bayi itu tidak sama seperti kembar siam yang boleh dipisahkan menerusi pembedahan.

“Pembedahan tidak mungkin dapat dilakukan kerana kedua-dua mukanya bercantum begitu rapat,” kata pakar itu.


Nasira berkata, bayi itu dilahirkan menerusi proses biasa dan si ibu masih berada di bilik bersalin untuk menjalani rawatan.

Menurut doktor bertugas di Bilik Bersalin, keadaan ibu bayi itu, Shahida Perven stabil. Dia bagaimanapun kelihatan bimbang dan tidak banyak bercakap.


Shahida dibawa ke HFH dari Palandri, sebuah daerah di Azad Jammu dan Kashmir (AJK) beberapa hari sebelum melahirkan bayi dua muka itu.


Wanita itu mempunyai dua anak yang normal sebelum ini.


Suaminya, Khalil Ahmed bekerja sebagai buruh.


Kelahiran bayi dengan dua muka itu mencetuskan sensasi di bandar berkenaan menyebabkan sejumlah besar penduduk, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang tua bekerumun di Jabatan Kanak-Kanak untuk melihatnya.


Kesesakan yang berlaku menyebabkan pihak hospital terpaksa meminta bantuan polis bagi mengawal orang ramai. - Agensi



Selasa, September 27, 2011

Projek Utopia - Bandaraya Terapung.


SOUTHAMPTON: Ia kelihatan seperti sesuatu yang pernah digunakan dalam filem James Bond.

Bagaimanapun, sebuah syarikat Britain percaya, bangunan terapung ini boleh menjadi sebahagian daripada kehidupan masa depan di laut.

Dengan 11 dek yang boleh digunakan sebagai kediaman, kawasan meninjau 360 darjah, empat tempat tempat helikopter mendarat, tempat berlabuh sendiri, beberapa kolam renang dan ruang yang sama besar dengan sebuah kapal peranginan mewah, ia boleh diangap sebuah bandar raya terapung.

Meskipun ia tidak sesuai untuk digelar kapal mewah, rekaan itu yang dinamakan ‘Projek Utopia, didedahkan kepada pengunjung Pameran Kapal Layar Monaco baru-baru ini.

Perekanya, BMT Nigel Gee, dari Southampton, masih belum meletakkan harga pulau terapung itu atau menentukan jenis pelanggan yang mungkin berminat untuk membelinya.


Ia direka untuk terapung pada empat platform, setiap satu dilengkapi dengan penujah bagi membolehkan keseluruhan pulau terapung ini stabil, walaupun di laut yang bergelora.

Mampu untuk bergerak dengan perlahan, ia terbentang selebar 65 meter di atas permukaan laut, menyediakan dek meninjau 13 tingkat untuk pelawat dengan pemandangan panoramik.

Di bawahnya, dek ruang utama penempatan dan perkhidmatan, yang boleh menempatkan kedai, bar dan restoran, akan dilitupi dengan kanopi yang boleh ditutup dan dibuka.

Pengarah Yatch Design, James Roy percaya, rekaan ini mencabar kepercayaan terhadap seni bina tradisional mengenai pengangkutan laut.

Beliau berkata: “Wawasan mengenai masa depan sentiasa dikekang oleh kebiasaan dengan yang ada ketika ini atau gambaran pada yang lalu.

“Banyak yang dihasilkan dalam masyarakat pereka hari ini bermula di atas sekeping kertas kosong. Tetapi banyak, jika tidak semua konsep kapal mewah merujuk kepada bentuk tradisional.

“Kerana tanggapan bahawa sebuah kapal mewah mesti berbentuk pengangkutan, ia serta merta mengekang ilham pereka.

“Utopia bukan objek pengangkutan. Ia sebaliknya adalah tempat, sebuah pulau yang diwujudkan untuk sesiapa saja, yang ada wawasan untuk mencipta tempat seumpama itu.”

James berkata, rekaan itu yang dihasilkan bersama dengan Yacht Island Design, mempamerkan bagaimana syarikat itu, yang tertumpu kepada pembinaan kapal mewah, kapal komersial dan tentera laut, menggunakan teknologi canggih bagi membawa sesuatu yang baru ke dalam industri itu.

“Dengan merintis idea rekaan seperti Utopia adalah jenis projek yang menjadi kemahiran kumpulan kami.

“Pendekatan pemikiran ke hadapan dan pengalaman kejuruteraan canggih yang tidak ada tandingan membolehkan kami bekerjasama rapat dengan pereka dan syarikat membuat kapal serta menjelmakan idea ini menjadi realiti. - Agensi



Isnin, September 26, 2011

Sut Tupai Terbang



BEIJING - Seorang pelagak ngeri, Jeb Corliss dari Amerika Syarikat (AS) terbang dengan menggunakan sut sayap melalui sebuah gua di pergunungan Tianmen, dekat Zhangjiajie, wilayah Hunan.

Corliss yang berusia 34 tahun berjaya terbang dengan menggunakan sut tersebut dengan melalui celah lubang gua itu kelmarin.

Dia terjun dari sebuah helikopter pada ketinggian 1,828 meter dengan kelajuan lebih 120 kilometer sejam dengan menggunakan sut berenjin.

Sayap itu mempunyai membran nipis di antara badan dengan lengannya.

Bagaimanapun, dia hanya berjaya melakukan aksi itu menerusi percubaan yang kedua selepas percubaan kali pertamanya gagal disebabkan oleh masalah teknikal apabila asap keluar dari sut tersebut.

Dalam percubaan kali kedua, dia akhirnya berjaya melepasi gua berkenaan dan mendarat dengan menggunakan payung terjun.

Corliss merupakan lelaki bersayap yang pertama terbang melalui sebuah lubang gua di China.

Dia sebelum ini pernah terbang di celah air terjun di banjaran Alps Switzerland. - Agensi

Galaxy S II Terjual 10 Juta Unit

Cam berkenan je kat model nie...


Telefon pintar Galaxy S II keluaran syarikat Samsung Electonic dilaporkan telah mencecah 10 juta unit terjual sejak dilancarkan pada April lalu.

Penjualan model baharu telefon pintar itu dari peningkatan versi terdahulu meningkat dua kali ganda selepas melepasi penjualan lima juta unit pada Julai lalu.

Gajet terkini itu dikeluarkan di pasaran tempatan pada 29 April lalu manakala di Eropah pada Mei lalu.

Telefon pintar Galaxy S II itu kemudiannya memasuki pasaran China pada Julai lalu sebelum mendominasi pasaran Amerika Syarikat pada September lalu.

"Hanya dalam masa lima bulan, penjualan Galaxy S II meningkat dengan mendadak, sekali gus sebagai refleksi sokongan yang kuat daripada rakan kongsi yang lain," kata ketua unit peranti telefon bimbit, JK Shin.

Penjualan di Korea Selatan sahaja mencapai 3.6 juta unit diikuti sebanyak 3.4 juta unit di Eropah dan 2.3 juta unit lagi di seluruh rantau Asia. - AFP

Cipta Kapal Selam Kayu Untuk Seludup Kokain.


Kreatif sungguh penyeludup nie...

MAYORQUIN - Polis di barat daya Colombia merampas sebuah kapal selam buatan sendiri dekat pelabuhan Buenaventura, pada Jumaat lalu.

Kapal selam yang dirampas itu adalah milik kumpulan pemberontak komunis, Pasukan Bersenjata Revolusi Barisan Ke-29 (FARC).

Pihak berkuasa Colombia menyatakan bahawa kapal selam itu mungkin digunakan untuk membawa tujuh tan kokain secara haram ke pelabuhan-pelabuhan di Amerika Tengah.

Menurut seorang pegawai polis, Jeneral Luis Alberto Perez Alvarado, kapal selam itu kemungkinan salah sebuah yang terbesar pernah dirampas oleh pihak berkuasa sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, kapal selam itu masih belum membuat selaman yang pertama.

Kapal selam itu sepanjang 16 meter dan diperbuat daripada kayu dan gentian kaca.

Ia boleh membawa sehingga 10 tan dadah kokain dan lima orang anak kapal.

- Agensi

Ahad, September 25, 2011

Stewie - Kucing Terpanjang Di Dunia




Uuiii... panjangnya.

Mymains Stewart Gilligan aka Stewie disahkan sebagai kucing terpanjang di dunia. Ukuran panjang kucing ini ialah 123 cm atau 48.5 inci. Kucing kepunyaan pasangan Robin Hendrickson dan Erik Brandsness, berusia 5 tahun.

Ekor Stewie juga disahkan sebagai yang terpanjang di dunia iaitu 41.5 cm atau 16.34 inci.

iPhone 5 Bakal Dilancarkan Pada 4 Oktober?

Mungkinkah ini iPhone 5..?

NEW YORK 24 Sept. - Syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS), Apple merancang untuk memperkenalkan telefon pintar generasi baru, iPhone 5, pada bulan depan.

Menurut blog AllThingsD, iPhone 5 dijangka dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Apple Inc. yang baru, Tim Cook pada 4 Oktober ini.

Jelas blog itu, telefon pintar berkenaan akan berada di pasaran beberapa minggu selepas pelancaran tersebut.

‘‘Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baru, Cook berada dalam tekanan untuk mengekalkan prestasi syarikat pada tahap terbaik.

‘‘Ini selepas beliau menggantikan tempat Steve Jobs yang melepaskan jawatan itu pada 24 Ogos lalu,’’ katanya.

Di bawah pimpinan Jobs, Apple mencipta pelbagai kejayaan cemerlang sehingga diiktiraf sebagai syarikat berpengaruh dalam industri teknologi maklumat global.

Apple juga mengalami revolusi di peringkat tertinggi menerusi pengenalan beberapa produk pengkomputeran moden seperti Power Mac G3, PowerBok dan juga iBook.

Apple turut mencipta kejayaan dalam bidang telekomunikasi pada 2007 apabila memperkenalkan peranti telefon bimbit pintar iPhone dan komputer tablet iPad yang kini semakin menarik perhatian masyarakat dunia.

Pada Jun tahun lalu, Apple mengeluarkan iPhone 4 dan mencatat jualan berjumlah AS$20.34 juta (RM61.02 juta) pada suku terakhir tahun yang sama. – Agensi

Rambut Afro Terbesar Di Dunia





NEW ORLEANS, Amerika Syarikat (AS) - Ramai suami dan teman lelaki gemar mengadu bahawa kaum wanita mengambil masa terlalu lama untuk berdandan, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, bagi seorang wanita di sini, Aevin Dugas, dia terpaksa mengambil masa dua hari untuk mencuci dan mengeringkan rambut kerinting afronya.

Dugas, 36, merupakan pemegang rekod dunia Guinness Book of Records untuk kategori rambut afro asli terbesar di dunia.

Dia yang merupakan seorang pekerja agensi sosial, mengambil masa 12 tahun untuk menyimpan rambutnya hingga setebal 1.32 meter.

Dugas pernah menangis di lapangan terbang selepas pihak keselamatan AS memeriksa rambutnya untuk memastikan tiada bahan letupan disembunyikan di dalam 'mahkota' wanita itu. - Agensi

Sabtu, September 24, 2011

Padang Rumput Atas Jalan

Depa nie tak pernah duduk atas rumput ke...?

VIENNA - Sejumlah penduduk duduk dan bermain di atas sebatang jalan raya yang diletakkan hamparan rumput di bandar raya ini kelmarin.

Hamparan rumput itu diletakkan oleh beberapa kumpulan alam sekitar bagi meraikan Hari Tanpa Kereta Sedunia yang diraikan pada setiap tahun.

Para aktivis alam sekitar kemudian bergambar dengan membawa pelbagai sepanduk yang menentang kesesakan jalan raya di bandar raya ini.

Mereka menyekat sebatang jalan raya yang sibuk dengan meletakkan hantaran rumput tersebut di sebatang jalan raya yang sibuk di bandar raya ini. - Reuters

Nuetrino Cabar Kelajuan Teori Cahaya Einstein



Pusat Penyelidian Nuklear Eropah...

PARIS, Perancis - Sekumpulan ahli fizik melaporkan kelmarin bahawa sejenis partikel yang yang dinamakan neutrino boleh bergerak lebih laju daripada cahaya.

Partikel itu lebih kecil daripada sebutir atom.

Jika penemuan tersebut disahkan, ia boleh mencabar teori relativiti yang diperkenalkan oleh saintis legenda, mendiang Albert Einstein.

Teori berkenaan menyatakan tiada unsur yang dapat mengatasi kelajuan cahaya di alam semesta ini.

Kumpulan ahli fizik terbabit memberitahu, uji kaji yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN), Switzerland dan sebuah makmal di Itali menunjukkan partikel itu bergerak selaju 300,006 kilometer sesaat.

Pergerakan partikel itu adalah sekitar enam km/s lebih laju daripada kelajuan cahaya.

"Keputusan ini amat mengejutkan," kata seorang jurucakap eksperimen berkenaan yang dikenali sebagai OPERA, Antonio Ereditato.

"Kami mahu mengukur kelajuan neutrino tetapi kami tidak menjangkakan akan membuat penemuan luar biasa seperti ini," tambahnya. - AFP

Jumaat, September 23, 2011

Pantai Burka Di Albania

Mandi dengan burka...


SPILLE - Sebuah kawasan di sebuah pantai di sini diberi jolokan pantai burka kerana ia dikhaskan untuk wanita Muslim yang tidak memakai bikini.

Ia terletak di barat daya Tirana di Albania dan beberapa meter dari kawasan pantai yang membenarkan wanita berjemur dan berenang dengan memakai bikini.

Pantai tersebut merupakan satu-satunya pantai yang dikhaskan untuk wanita Muslim berenang dan bermain air laut dengan memakai burka.

Kira-kira dua pertiga daripada penduduk Albania merupakan penduduk Muslim. - AFP

Khamis, September 22, 2011

Bill Gates Kekal Terkaya Di Amerika


SINGAPURA: Pengasas Microsoft, Bill Gates, mengekalkan kedudukan teratasnya dalam senarai Forbes 2011 bagi orang terkaya di Amerika, dengan kekayaan berjumlah US$59 bilion.

Kedudukan kedua menempatkan Warren Buffett dengan US$39 bilion dan Larry Ellison (No.3) dengan US$33 bilion.

George Soros, yang menduduki tempat ketujuh, termasuk dalam senarai 10 terunggul buat kali pertama dengan kekayaan bernilai US$22 bilion.

Tahun ini usahawan-usahawan mendominasi kedudukan, yang merupakan 70 peratus daripada 400 anggota Forbes.

Kekayaan tergabung orang terkaya Amerika ialah US$1.5 trilion, dengan kekayaan purata US$3.8 bilion, mencerminkan peningkatan sebanyak 12 peratus daripada 2010.

Kekayaan meningkat bagi 262 anggota senarai tahun ini, manakala 72 members menyaksikan penyusutan.

Forbes 400 mengalu-alukan 18 anggota baharu pada 2011 (muka baharu), termasuk Sean Parker (No.200) yang menggegarkan industri muzik dengan Napster dan membantu membina Facebook; John Henry (No.375), pemilik majoriti kelab bolasepak Boston Red Sox dan Liverpool.

Setiap orang daripada 20 terunggul meningkatkan kekayaan tahun ini, kecuali Buffett, yang menyaksikan kekayaannya susut US$6 bilion berbanding 2010, kerana mengalami kerugian terbesar dalam kalangan 400 anggota.

Anggota yang menambah kekayaan terbesar tahun ini ialah Mark Zuckerberg (No.14), yang menambah US$10.6 bilion.

Antara 42 wanita dalam senarai itu ialah mogul media Oprah Winfrey (No.139), pendatang baharu Gayle Cook (No.96) dan Meg Whitman (No.331). -BERNAMA

Tetap Selamat Walau Dihempap Lori

Tragis sungguh...

LEEDS: Sepasang anak-beranak terselamat daripada maut walaupun kereta mereka terperosok di bawah lori membawa ribuan ayam, semalam.

Dalam kejadian itu, seorang wanita memandu kereta berkenaan bersama ibunya di laluan A64 berhampiran York apabila lori berkenaan terbabas, terbalik dan menghempap mereka.


Jurucakap polis berkata, wanita terbabit berbaring di atas ibunya ketika kereta Peugeot 107 itu dihempap lori.

“Kedua-dua mangsa berbaring serapat mungkin ke lantai kereta bagi mengelak badan lori berkenaan mencederakan mereka.


“Mangsa berbaring begitu sehinggalah penyelamat tiba,” katanya.


Selepas ditarik keluar, mereka dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan disahkan hanya mengalami calar dan lebam.

Polis berkata, pemandu lori berkenaan juga tidak mengalami kecederaan. Pegawai polis trafik yang menyiasat kejadian itu, Andy Quigley, berkata dia tidak pernah melihat insiden sebegitu sejak bertugas di jalan raya 16 tahun lalu. - TS

Rabu, September 21, 2011

Ratu Universe 2011 Dituduh Menipu

Laa... apahal pulak nie...?

BUENOS AIRES: Kemenangan wakil Angola, Leila Lopes yang dinobat Ratu Universe 2011 mungkin menjadi detik memalukan selepas dia dituduh menipu untuk menyertai pertandingan itu.

Lopes yang memenangi gelaran ratu di England, dituduh memalsukan dokumen untuk menyertai pertandingan itu.
Menurut penerbitan Argentina, Infobae, Lopes dibenarkan menyertai pertandingan Miss Angola untuk warga Angola yang menetap di United Kingdom.
Bagaimanapun menurut laporan media berkenaan, Lopes tidak pernah tinggal di luar Angola.

Infobae mendakwa, lelaki dikenali sebagai Charles Mukano mengubah dokumen menjadikan Lopes penuntut pengurusan perniagaan di Universiti Britain yang melayakkan dia menyertai pertandingan Miss Angola.

Malah, media Argentina itu turut memetik laporan media Angola yang menuduh Mukano berkemungkinan merasuah juri di England untuk membantu kemenangan Lopes.

Laporan AOL Latino pula menyatakan, pegawai pertandingan Ratu Universe menafikan bahawa mereka mengenali Mukano.
Majalah itu turut menerima komen daripada pegawai Ratu Universe berkenaan khabar angin mengenai tuduhan terhadap Lopes.

“Kami turut mendengar khabar angin bahawa ibu bapanya berasal dari Cuba dan kebolehannya berbahasa Sepanyol, juga palsu,” kata penganjur. – Agensi



Selasa, September 20, 2011

Lagi Trend Terbaru Di Internet

Masuk nie kali ke-3 kawan paparkan trend terbaru atau pelik bergambar di internet.

Pertama klik sini dan kedua klik sini. Dan yang ke-3 seperti gambar diatas.

LONDON - Terdapat trend terbaharu dalam kalangan pengguna rangkaian sosial seperti Facebook iaitu bergambar dengan kepala berada dalam mangkuk tandas, lapor sebuah akhbar semalam.

Pengguna-pengguna rangkaian sosial itu yang terdiri daripada lelaki dan wanita juga melakukan aksi seperti meniarap di dalam tandas.

Ia merupakan trend terbaharu selepas bergambar dalam keadaan meniarap di pelbagai lokasi, bertenggek seperti burung hantu dan berdiri dalam keadaan terbalik seperti kelawar. - Agensi



Isnin, September 19, 2011

Wajah Nicholad Cage Seiras Lelaki Tahun 1870

Lelaki tahun 1870 (kiri), Nicholas Cage (kanan)

Yeler lebih kurang je....

LOS ANGELES - Seorang penjual barangan antik, Jack Mord telah melelong sekeping gambar seorang lelaki pada tahun 1870 yang mempunyai wajah seiras pelakon terkenal, Nicholas Cage pada harga permulaan AS$1 juta (RM3.09 juta) di laman e-Bay, lapor sebuah akhbar semalam.

Penjual itu turut bergurau dengan menyatakan dia memiliki sekeping gambar yang membuktikan Cage bukan sekadar pelakon tetapi juga puntianak yang hidup pada era Perang Saudara Amerika.

Cage yang berusia 47 tahun pernah membintangi filem Con Air dan Ghost Rider. Isteri Cage, Alice Kim berusia 27 tahun.

Menurut penjual itu, gambar tersebut merupakan seorang lelaki yang tinggal di Bristol, Tennessee ketika zaman perang Saudara Amerika.

Gambar tersebut telah ditemui di dalam sebuah album yang mengandungi banyak gambar penduduk yang terbunuh dalam peperangan saudara itu. - Agensi

Ahad, September 18, 2011

Heidi Klum Undang Bahaya Di Ruang Siber


LOS ANGELES - Supermodel dan hos televisyen terkenal, Heidi Klum telah dinamakan sebagai selebriti paling bahaya di ruang siber kerana beliau dikatakan mengundang virus dan malware ke dalam komputer.

Firma keselamatan Internet McAfee memberitahu, orang ramai gemar mendapatkan carian untuk memuat turun kisah berkaitan bekas model Victoria's Secret dan gambar skrin juri rancangan Project Runaway itu.

Akibatnya, mereka berdepan satu daripada sepuluh risiko masuk ke dalam laman web yang penuh dengan spyware, spam, phishing dan virus-virus lain yang direka untuk mencuri maklumat peribadi pengguna komputer. - Reuters

Sabtu, September 17, 2011

Bukti Cinta Salena Gomez Pada Bieber

Tangan Salena ke nie...?

LOS ANGELES - Penyanyi dan pelakon remaja terkenal, Selena Gomez, 19, menunjukkan tatu yang tertera nama kekasihnya Justin Bieber yang dilukis pada pergelangan tangan ketika dia membuat persembahan di Bay Sin City Mandalay, Las Vegas baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Tatu itu turut mempunyai lukisan kecil berbentuk hati.

Bagaimanapun, jurucakap Selena mengesahkan bahawa tatu itu bukannya kekal.

Namun, ia membuktikan bahawa cinta pasangan itu sememangnya serius.

Tatu itu ditulis dengan pen dakwat.

Baru-baru ini, Justin, 17, telah mendedahkan bahawa dia mahu memiliki cahaya mata ketika berusia pertengahan 20-an. - Agensi

Gadis - Gadis Kepunyaan PM Itali.

Gambar-gambar kat bawah ni adalah sebahagian dari gadis - gadis yang pernah dikaitkan dengan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi.


Sara Tommasi


Sabrina Begam


Karima Kayek


Francesca Lana


Barbara Montereale


Barbara Guerra


Patrizia D'Addario

ROME: Seorang ahli perniagaan Itali memilih 30 wanita cantik dan muda termasuk pelacur untuk menghadiri parti di kediaman Perdana Menteri, Silvio Berlusconi dan mengupah sebahagian daripada mereka untuk melakukan hubungan seks dengan pemimpin itu, menurut dakwaan terbaru pendakwa raya.
Selepas memilih mereka, Gianpaolo Tarantini memberitahu apa yang perlu dipakai dan bagaimana cara bergaul di parti itu antara September 2008 dan Mei 2009, menurut dokumen yang baru difailkan di mahkamah.
Pendakwa raya sudah menamatkan siasatan mereka terhadap kegiatan Tarantini. Berlusconi tidak disiasat dalam kes itu tetapi ia sekali lagi memalukannya.

Dakwaan itu diketahui ketika sokongan awam kepada Berlusconi berada di tahap paling rendah. Hanya 24 peratus rakyat Itali mengatakan ‘amat’ atau ‘terlalu’ mempercayai ahli perniagaan berusia 74 tahun itu.

Pendakwa raya membentangkan keputusan siasatan dua tahun mengenai tuduhan bahawa Berlusconi menjadikan kediamannya di sini sebagai tempat pelacuran model muda, aktres dan bintang baru.

Di kalangan wanita itu termasuk dari Amerika Selatan dan Eropah Timur, dijemput untuk menghadiri parti itu termasuk ramai pelacur untuk berdamping bersama perdana menteri sebagai balasan mendapat wang tunai atau hadiah lain.
Seorang aktres terkenal Itali, Manuela Arcuri, didakwa dijanjikan peluang menjadi hos festival muzik tahunan San Remo jika setuju tidur dengan Berlusconi, namun enggan menerima tawaran itu.

Identiti sesetengah wanita itu dibocorkan oleh media Itali sebelum ini namun ini adalah kali pertama penyiasat membentangkan satu senarai berdasarkan perbualan 100,000 panggilan telefon yang dipintas pihak berkuasa.

Lapan orang disiasat kerana didakwa membantu dan bersubahat menjalankan kegiatan pelacuran Tarantini, ahli perniagaan dari pelabuhan Adriatic di Bari.

Dia membekalkan wanita kepada Berlusconi dengan harapan memajukan kepentingan perniagaan, kata pendakwa raya Bari.

Orang lain termasuk Sabina Began, model kelahiran Jerman yang sering digambarkan sebagai ‘ratu lebah’ di kalangan peminat wanita Berlusconi.
Lapan suspek terbabit ‘terbabit tanpa sedar dengan rancangan penjenayah’ sindiket pelacuran, kata pendakwa.

Tarantini, 36, dan isterinya ditahan awal bulan ini kerana disyaki memeras lebih £500,000 (RM2.44 juta) daripada perdana menteri sebagai balasan berdiam diri mengenai bekalan gadis pengiring.

Berlusconi mengakui mengadakan parti persendirian di kediamannya di Rome, Milan dan Sardinia namun menegaskan beliau tidak tahu jika ada tetamunya adalah pelacur.

Senarai wanita termasuk Patrizia D'Addario, pelacur yang membuat pendedahan suasana parti di kediaman Berlusconi dan menulis buku mengenai dakwaan hubungan seksnya dengan perdana menteri itu; Ioanna Visan, gadis pentas Romania; Francesca Lana, model pakaian dalam; Camille Cordeiro Charao, model majalah lelaki serta Barbara Montereale, Sara Tommasi dan Barbara Guerra.

Kejatuhan teruk populariti Berlusconi ditunjukkan dalam satu tinjauan yang dijalankan sebelum dakwaan itu muncul dan kemungkinan hasil pakej penjimatan bernilai 54 bilion euro (RM230.32 bilion) yang amat tidak popular yang diluluskan kerajaan Rabu lalu, mencetuskan pertempuran antara polis anti rusuhan dan penunjuk perasaan.

Rakyat Itali yang mempunyai ‘sedikit’ atau ‘tiada kepercayaan’ terhadap Berlusconi meningkat daripada 60 peratus kepada 64 peratus, menurut tinjauan IPR dijalankan oleh akhbar tengah-kiri Repubblica, satu daripada pengkritik tetap perdana menteri.

Kedudukan sokongannya merudum kepada 24 peratus berbanding 62 peratus sejurus selepas dipilih semula pada 2008. - Agensi

Cahaya Misteri Di Selatan AS



LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Satu cahaya terang yang meluncur di langit barat daya AS pada waktu malam dipercayai merupakan sebutir asteroid yang memasuki atmosfera Bumi, kata seorang saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA) kelmarin.

Ribuan orang dari selatan California hingga ke negeri Arizona melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan dan pihak media pada Rabu lepas bahawa mereka melihat cahaya terang itu bergerak laju dari barat ke timur sekitar pukul 7.45 malam waktu tempatan.

Ramai yang memberitahu cahaya itu berwarna hijau kebiruan manakala sebahagian lagi menyatakan ia berwarna oren dan kuning.

Beberapa orang pula turut merakamkan cahaya ganjil tersebut.

Imej itu dilihat dari bandar Phoenix di negeri Arizona ke bandar Las Vegas, di negeri Nevasa dan Los Angeles di California.

Ketua Program Objek Berhampiran Bumi NASA, Don Yeomans berkata, beliau yakin cahaya itu berasal daripada pecahan asteroid sebesar bola keranjang atau bola besbol berbentuk bebola api yang memasuki atmosfera Bumi dan hancur sebelum ia jatuh ke tanah.

Menurutnya, fenomena itu merupakan kejadian biasa yang berlaku pada setiap minggu.

Namun, katanya, ia biasa berlaku di lautan dan jarang dilihat oleh manusia.

"Adalah ganjil objek sebesar ini dilihat di kawasan-kawasan penempatan penduduk," kata Yeomans.

Beliau menolak fenomena itu disebabkan oleh kapal angkasa lepas yang rosak yang jatuh ke Bumi kerana insiden itu boleh diramalkan sebelum ia berlaku. - Agensi

Jumaat, September 16, 2011

Dari VW Beetle Menjadi Porsche


Dulu...



Sekarang...

SALISBURY - Seorang pegawai kejuruteraan Tentera Laut Diraja Britain, Megan Ashton, 26, mengambil masa selama enam tahun untuk mengubahsuai sebuah kereta Volkswagen Beetle untuk kelihatan seperti Porsche 356, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta Porsche 356 itu dicipta oleh Ferdinand Porsche yang merupakan anak lelaki pengasas syarikat Porsche yang telah mereka bentuk Volkswagen Beetle.

Kereta Volkswagen Beetle berkongsi banyak peralatan dengan Porsche 356 menyebabkan mudah buat Ashton untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian.

Ashton membelanjakan £200 (RM978) untuk membeli kereta Volkswagen yang berusia 40 tahun itu dan menanggalkan kepingan badannya.

Dia turut menggunakan enjin kereta 1776cc untuk menggantikan enjin lama yang berkuasa 1285cc.

Ashton membeli kereta itu ketika dia menjadi pelajar.

Kos untuk menyiapkan keseluruhan kenderaan itu ialah £4,000 (RM19,548).

Kereta itu mempunyai tempat duduk kulit dan ia boleh bergerak lebih 160 kilometer sejam dan kini bernilai £25,000 (RM122,276). - Agensi

Khamis, September 15, 2011

Myvi Extreme, SE Dilancarkan.




Lagi Extreme, Lagi Best

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) hari ini melancarkan dua model baru, Myvi SE dan Myvi Extreme yang menggabungkan gaya, keselesaan dan kuasa.

Dijual pada harga antara RM50,900 dan RM61,700 mengikut spesifikasi, kedua-dua varian itu didatangkan dengan pilihan transmisi manual atau automatik.
Dikuasi enjin 1.5 liter DOHC, 16V DVVT, mampu memberikan kuasa sehingga 76kW pada 6,000rpm dan mengeluarkan kuasa torque maksimum 136Nm pada 4400rpm.

Edisi khas model ini didatangkan dengan pilihan lima warna metalik iaitu kuning, putih, ungu, hitam dan perak berkilat. Manakala Myvi Extreme hanya didatangkan dengan empat warna metalik iaitu kuning, putih dan hitam.

Rabu, September 14, 2011

Chiyono Hasegawa - Rakyat Jepun Berusia 114 tahun..



Jepun mempunyai 47,756 rakyat yang berusia 100 tahun ke atas, kebanyakannya adalah wanita.

Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan semalam menyatakan bahawa ia merupakan peningkatan sebanyak 3,307 orang berbanding setahun lalu.

Sebanyak 87.1 peratus daripada mereka adalah wanita.

Rakyat yang paling tua ialah Chiyono Hasegawa yang berusia 114 tahun.

Dia dilahirkan pada 20 November 1896.

Kewibawaan statistik itu pernah dipersoalkan pada tahun lalu apabila beberapa orang yang disenaraikan dalam senarai tersebut telah mati dan hilang.

Pihak kementerian bergantung kepada rekod pendaftaran penduduk untuk membuat statistik itu.

Jepun merupakan salah sebuah negara yang mempunyai ramai masyarakat tua.

Peserta Angola Juara Miss Universe 2011



Hitam itu menawan..

SAO PAULO, Brazil - Pelajar jurusan perniagaan dari Angola, Leila Lopes dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Universe Dunia yang berlangsung di sini kelmarin dengan mengalahkan 88 peserta lain.

Berasal dari bandar Benguela di Angola, dia memenangi pertandingan ratu cantik itu setelah berjaya menarik perhatian barisan juri dengan kecantikan dan kebijaksanaannya.

Lopes, 25, ketawa dan mengukir senyuman apabila dia dipeluk oleh pemenang kedua dari Ukraine, Olesia Stefanko selepas diisytiharkan sebagai pemenang.

Pada awal pertandingan, Lopes diajukan soalan berhubung apakah bentuk fizikalnya yang perlu diubah jika dia boleh berbuat demikian.

Lopes terus menyatakan bahawa dia sudah berpuas hati dengan rupa parasnya yang dikurniakan Tuhan.

"Saya menganggap diri saya seorang wanita yang dikurniakan dengan kecantikan dalaman," katanya kepada panel juri dan penonton.

Lopes merupakan pemenang yang ke-60 dalam pertandingan tahunan berkenaan yang ditonton di televisyen oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia.

Para peserta bertanding dalam beberapa kategori termasuk gaun petang dan pakaian renang selain perlu menjawab soalan kritikal bagi membantu panel juri membuat penilaian terhadap mereka.

Tempat ketiga dimenangi Ratu Cantik Brazil, Priscila Machado.

Ratu Cantik Filipina, Shamcey Supsup dan peserta dari China, Luo Zilin berjaya menempatkan diri dalam barisan lima finalis yang bertanding untuk menentukan pemenang selain Lopes, Stefanko dan Machado.

Pertandingan kali ini turut terpalit kontroversi apabila Ratu Cantik Colombia, Catalina Robayo diberi amaran kerana tidak memakai seluar dalam pada satu acara rasmi yang disertainya.

Selasa, September 13, 2011

Akar Pokok Dijadikan Jambatan.



Tiada rotan akar berguna.

Penduduk sebuah kampung di negeri Meghalaya, India membina sebuah jambatan dengan menggunakan akar pokok. Jambatan semula jadi itu berusia beratus-ratus tahun dan ia mampu untuk menampung berat 50 orang pada satu-satu masa. Ia dibina menerusi sistem mengalihkan akar pokok yang dilakukan oleh penduduk kampung tersebut sejak ratusan tahun lalu. Akar itu diajar supaya ia bergerak menyeberangi sungai.

5 Tahun Berzina Gemar Rakam Aksi Seks.



Apa nak jadi dengan bangsa kita sekaranag nie. Dah tak kenal halal haram.

GRIK: Seorang wanita menangis sambil merayu supaya dibenarkan masuk semula ke dalam bilik tidur teman lelakinya bagi membolehkan dia memakai semula seluar dalam sejurus diberkas pegawai pencegah maksiat, pagi kelmarin.

Permintaan itu dipenuhi pegawai agama Islam daerah Grik, di sini, apabila mendapati wanita terbabit dalam keadaan ‘mengghairahkan’ kerana hanya memakai seluar ketat nipis.

Wanita berusia 21 tahun dan kekasihnya 26 tahun sekali lagi mengejutkan pihak berkuasa apabila mengaku melakukan zina sejak lima tahun lalu selain gemar merakamkan aksi seks haram menggunakan telefon bimbit.

Mereka yang berasal dari kampung berlainan di pinggir pekan ini membuat pengakuan itu sejurus ditahan penguat kuasa pada jam 10 pagi kelmarin ketika memadu asmara dalam sebuah bilik di rumah kongsi di sini.


Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik, Mohd Jonid Abdul Syukor berkata, enam pegawainya dibantu dua anggota Rela menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat orang awam mengenai perlakuan pasangan itu.

Isnin, September 12, 2011

Umur 2 Tahun Dah Pandai Merokok.



JAKARTA: Seorang kanak-kanak Indonesia yang menjadi terkenal seluruh dunia tidak lama dulu kerana merokok pada usia dua tahun, sudah menghentikan tabiat itu.

Bagaimanapun, dia memberitahu ibunya, dia akan merokok semula kecuali dia dibelikan mainan.


Ardi Rizal ditemui oleh sebuah stesen televisyen Amerika Syarikat, ABC, dan menjadi terkenal apabila satu rakaman video yang menunjukkan dia merokok tersebar luas.

Program itu bagaimanapun mendapati Ardi bukan satu-satunya kanak-kanak yang menghisap rokok di Indonesia apabila mereka menemui seorang lagi perokok, juga berusia dua tahun bernama Chairul, yang tinggal di sebuah perkampungan nelayan di Jawa Timur.


Chairul dilihat terus merokok selepas bangun tidur, dengan bantuan datuknya.


Si datuk memberitahu rancangan berkenaan, dia membenarkan Chairul merokok kerana rasanya enak, seperti roti dengan cokelat.

Ketika Chairul merokok di sebelahnya, lelaki itu berkata, ia bukan satu masalah.


“Dia kadang-kadang merokok dua kotak sehari. Dia akan tidak sihat jika tidak merokok.

Kamera Google Rakam Wanita Berbogel.



Perkhidmatan Google Street View merakamkan seorang wanita yang berbogel di luar rumahnya di Florida, Amerika Syarikat, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu memegang sebotol air minuman semasa kelibatnya dirakamkan menerusi kamera tersebut.

Kelibat wanita tersebut dirakamkan menerusi kamera Google yang dipasang pada sebuah kereta yang melalui kawasan dekat dengan rumahnya.

Google Street View merupakan perkhidmatan yang menyediakan kemudahan kepada para pengunjung Internet untuk mengetahui sesuatu lokasi.

P/S: Nasib takde berlaku kat sini...

Demi Moore Siar Gambar Separuh Bogel.



Pelakon terkenal, Demi Moore, 48, bertindak berani dengan menayangkan gambar separuh bogelnya di dalam akaun laman sosial Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.

Foto yang dirakamkan itu menampakkan bahagian belakang badannya bermula dari paras pinggang.

Dia menyiarkan gambar itu di laman tersebut pada malam Khamis lalu di dalam bilik mandi dengan memakai kaca mata berbingkai hitam.

Ia bukannya pertama kali Demi memasukkan gambarnya yang pelik di Twitter.

Demi tweeted, "remember.....you've got your own back."

Sebelum ini, dia pernah merakamkan gambarnya sendiri dengan hanya memakai bikini.

Demi kini hidup bersama dengan suaminya, Ashton Kutcher selepas dia bercerai dengan Bruce Willis.

Ahad, September 11, 2011

Ratu Cantik Colombia Yakin Akan Menang



Walaupun dilanda kontroversi kerana dikatakan tidak memakai seluar dalam, Ratu Cantik Colombia, Catalina Robayo yakin dia akan menang mahkota Ratu Cantik Universe Dunia yang akan diadakan pada Isnin ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Klik sini.

"Setiap orang (peserta) mempunyai hak untuk memikirkan dan bertanding mengikut cara mereka.

"Saya akan bertanding dan saya bakal memenanginya. Jika tidak, saya tidak akan bertanding," katanya kepada majalah mingguan Elenco.

Menurutnya, dia telah berlatih lebih tiga bulan lalu untuk memastikan tubuhnya berada dalam keadaan sempurna.

Dia membuat kenyataan itu walaupun berdepan kontroversi kerana dia diberikan amaran oleh pihak penganjur pertandingan Ratu Cantik Universe Dunia kerana tidak memakai seluar dalam.

Menurut laporan berita FOX411, Catalina yang berusia 22 tahun tampil dalam acara rasmi pertandingan itu tanpa memakai seluar dalam.

Dia dilaporkan tidak memakai seluar dalam dalam satu sidang akhbar.

Laporan berkenaan yang memetik sumber-sumber menyatakan, peserta tersebut perlu diberitahu bahawa dia mesti memakai seluar dalam dan perbuatan yang dilakukannya itu adalah tidak senonoh.

Menyentuh mengenai laporan itu, Catalina berkata, dia tidak faham kenapa isu tersebut masih menjadi kontroversi selepas lebih seminggu gambar yang menunjukkannya tidak memakai seluar dalam dirakamkan.

"Kita semua membuat kesilapan. Ia akan membantu saya supaya lebih berhati-hati," katanya.

Sabtu, September 10, 2011

Amah Kerat Kemaluan Majikan.



DUBAI: Seorang pembantu rumah warga Bangladesh yang dituduh memotong alat sulit majikannya dan membuangnya ke dalam tong sampah, menangis di mahkamah, semalam dan tuduhan itu.

Wanita berusia 26 tahun itu yang menangis sambuil menutup mukanya ketika pertuduhan dibacakan kepadanya di sebuah mahkamah Dubai.


Pendakwa raya menuduh suspek menyebabkan 40 peratus kecacatan kekal terhadap majikannya yang berusia 77 tahun selepas dia memotong alat sulit lelaki itu dengan pisau pencukur ketika majikannya mengarahkan suspek mengurut kemaluannya itu. Ketika jurubahasa mahkamah menterjemahkan pertuduhan terhadapnya, suspek menangis. Dia menafikan melakukan perbuatan itu dan meminta supaya dihantar pulang ke negara asalnya. Bagaimanapun, ketika disoal, suspek mengaku dia mengambil pisau cukur dari almari berhampiran dan memotong alat sulit majikannya selepas lelaki itu menyuruh dia mengurutnya. “Dua hari sebelum saya ditahan, majikan merogol saya. Saya tidak dapat membela diri kerana dia mengancam untuk mengusir saya dari kediamannya. Keesokan harinya dia memperkosa saya sekali lagi. “Pada hari kejadian, dia meminta saya mengurut alat sulitnya. Saya nampak pisau cukur di atas almari. Saya terus mengambil pisau cukur itu tanpa pengetahuannya. Saya kemudian mengurut alat sulitnya sebentar. “Kemudian apabila mendapat peluang, saya mengerat alat sulitnya lalu ia jatuh ke lantai. Saya memungut dan membuangnya ke dalam tong sampah. Saya kemudian keluar dari biliknya dan bersembunyi di bilik lain,” katanya.

Sementara itu, anak lelaki mangsa, dalam keterangannya berkata, dia terkejut mendengar bapanya menjerit kesakitan. “Saya berlari keluar dari bilik dan melihat bapa duduk di kerusi dan bahagian bawah tubuhnya berlumuran darah. “Ketika saya tanya apa yang berlaku, dia berkata, pembantu rumah mengerat alat sulitnya. Saya kemudian menghalang suspek melarikan diri.


“Saya menghubungi polis dan bapa dibawa ke hospital dengan ambulans.” Laporan forensik polis Dubai menolak kemungkinan wanita itu menjadi mangsa serangan seksual sebelum kejadian berlaku. -Agensi

Sumber: HMetro 10/9/2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...