Duit tabung.

Jumaat, Disember 31, 2010

Happy New Year 2011

Selamat menyambut tahun baru 2011 kepada anda semua.

Nasi lemak sambal udang telor puyuh



Ni hari cuti umum wife masak simpel je...Budak2 nambah2 makan.

Skuad Malaysia kembali dihormati

KEJAYAAN menjulang Piala Suzuki AFF kelmarin dicapai dengan jalan yang penuh berliku dan mendebarkan membuktikan bola sepak tempatan kini sudah terjaga daripada lena serta melepasi zaman kegelapan.

Mereka kini sudah mengembalikan maruah dan reputasi negara untuk kembali digeruni di rantau Asia Tenggara selepas dipersendakan sejak sedekad sebelum ini tanpa sebarang pencapaian yang membanggakan.


Negara di rantau ini seperti Indonesia, Thailand, Singapura, Myanmar dan Vietnam seharusnya tunduk hormat kepada Harimau Malaya yang kembali mengaum gagah membaham mangsa dengan memenangi Piala Suzuki AFF untuk kali pertama dan pingat emas Sukan Sea 2009 yang membabitkan pemain bawah 23 tahun.

Nyata Harimau Malaya yang terbaik di Asia Tenggara di peringkat senior dan bawah 23 tahun walaupun dibarisi kebanyakan pemain muda berusia 19 dan 21 tahun.


Kesukaran mencapai kejayaan ini sebenarnya bermula sebelum kejohanan berlangsung secara rasmi lagi dengan kecederaan melanda sebahagian besar tonggak utama memeningkan ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal.


Bermula di barisan pertahanan, Aidil Zafuan Adha Abd Radzak, Norhafiz Zamani Misbah, Mohd Nasriq Baharom, Azmi Muslim diikuti barisan tengah Mohd Bunyamin Omar, S Chanturu, Baddrol Bakhtiar serta penyerang utama, Mohd Zaquan Adha sehingga tiada sebarang harapan diletakkan untuk muncul juara buat kali pertama.

Namun ia bukanlah halangan besar kepada Rajagobal untuk meneruskan 'sentuhan magis' bagi mencipta sejarah baru bola sepak negara apabila menaruh kepercayaan kepada pemain muda dan senior untuk menggalas cabaran edisi kelapan ini.


Pertaruhan paling tinggi adalah menggunakan dua pemain pertahanan tengah yang masih mentah jika dibandingkan dengan semua pasukan lain dengan menggandingkan Mohd Muslim Ahmad (21) dan Mohd Fadhli Shas (19).

Kepercayaan diberikan dibalas pemain dengan mempamerkan peningkatan di tengah padang ketika menentang Thailand dan Laos selepas dimalukan Indonesia 5-1 pada perlawanan peringkat kumpulan.


Mereka tidak lagi menoleh ke belakang apabila terus mempamerkan kematangan di dalam permainan manakala pemain senior seperti Mohd Safee Sali kembali dihormati apabila dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol.


Malah corak permainan skuad kebangsaan dirancang Rajagobal sememangnya menarik untuk ditonton sama ada ketika menyerang atau bertahan dan kini mereka mampu untuk menjaringkan gol melalui serangan balas, sesuatu yang jarang dilihat sejak kebelakangan ini.


Ketangkasan Khairul Fahmi Che Mat di gawang, keampuhan Mohd Muslim dan Mohd Fadhli di pertahanan tengah, rempuhan Mahali Jasuli, kematangan Mohd Asraruddin Putra Omar, ketenangan Amar Rohidan, kebijaksanaan Mohd Safiq Rahim, larian pantas S Kunalan dan Mohd Amirulhadi, kelicikan Norshahrul Idlan Talaha, kerajinan Mohd Safee serta barisan pemain simpanan yang bersedia untuk diturunkan adalah kunci kejayaan pada kejohanan ini.


Pemain negara sudah lengkap dari segi fizikal dan kemahiran untuk berdepan dengan pemain berpengalaman dari negara lain termasuk ketika menyingkirkan juara bertahan, Vietnam di peringkat separuh akhir dan Indonesia semalam.


Ketahanan mental pula adalah yang terbaik diberikan terutamanya di final kedua di Gelora Bung Karno kelmarin dengan kehadiran 95,000 penyokong fanatik Sang Garuda di dalam stadium dan puluhan ribu lagi di luar stadium untuk menggerunkan mereka.


Suasana bising dan nyanyian lagu patriotisme Indonesia setiap minit nyata tidak menggerunkan Harimau Malaya yang hampir mencatatkan kemenangan di gelanggang keramat lawan itu sejak kali terakhir melakukannya pada 2004 dengan kemenangan 2-1.


Apa pun kejayaan memberi petanda baru sinar bola sepak Malaysia selepas dikatakan malap sebelum ini dan momentum itu berterusan untuk beberapa kejohanan besar yang menanti terutamanya kelayakan Sukan Olimpik 2012 yang bermula Februari depan.


“Kami mempunyai perancangan empat tahun untuk menjadi salah satu pasukan digeruni di Asia.


“Untuk itu kami memberi peluang kepada pemain muda seawal 17 tahun untuk beraksi di dalam kejohanan tertinggi sebagai pendedahan,” kata pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Subahan Kamal, kelmarin.


Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu turut menjelaskan Malaysia kini mempunyai sekumpulan 50 hingga 60 pemain muda yang dikumpulkan untuk bermain bersama di dalam satu tempoh masa dan disediakan mewakili negara bila tiba masanya.


Mungkin salah satu faktor kejayaan kerana larangan pemain import di dalam Liga Malaysia sejak beberapa tahun ini sehingga membolehkan lebih ramai pemain tempatan kerap bermain dan memberikan kesan yang positif apabila mereka mewakili negara.

Sumber: Harian Metro 31/12/2010



Pasar Karat @ Sungai Segget JB

Lepas dinner kita orang singgah kat Pasar Karat kat area Sungai Segget..Saje jalan2 tengok barang2 lame..(tapi ramai yang jual barang2 tiruan)

Aneka jitbiz...

Malam di Kompleks Kota Raya JB...

p.s : Sorry tak banyak pic masa kat Pasar Karat. Pasal bateri kamera dah kong..

Dinner@Singgah Selalu

Malam takdi aku satu famili singgah a.k.a. makan malam kat Singgah Selalu depan Danga Bay. Almaklum besok cuti pasal team Malaysia juara Piala AFF Suzuki 2010 (trima kasih kat DSN)


Wife and along..

Angah and Mira..

Aku ode Kuew Tiau Goreng Seafood je...Yang lain2 tu nasi goreng cina, pataya, paprik..


Licin.....







Khamis, Disember 30, 2010

Layan petang khamis...Lagu Kalau Berpacaran

Yes..esok cuti

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki di Jakarta, malam tadi dengan keputusan 4 - 2. Apa nak buat..? TODO LER....

Malaysia cipta sejarah

MALAYSIA mengesahkan status sebagai ‘Raja Asia Tenggara’ apabila dinobatkan juara baru Piala Suzuki AFF edisi kelapan apabila menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam.

Kejayaan ini membolehkan Malaysia mencipta sejarah meraih kejuaraan kali pertama Piala AFF Suzuki sepanjang 14 tahun kejohanan ini mula dilangsungkan serta menjadi pasukan keempat bergelar juara selepas Thailand, Singapura dan Vietnam.

Skuad Harimau Malaya yang turun dengan bekalan tiga gol pada aksi perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno nyata tidak gentar dengan sorakan kira-kira 95,000 penyokong Sang Garuda di dalam stadium.

Mereka sebaliknya turun dengan penuh bersemangat dan bijak mengawal permainan bagi mengekalkan kelebihan tiga gol yang dimiliki hasil kemenangan di perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional, Ahad lalu.


Separuh masa pertama memang mendebarkan untuk jutaan rakyat Malaysia apabila Indonesia yang turun untuk mencari jaringan besar melancarkan serangan sejak minit pertama perlawanan lagi dengan sokongan kira-kira 200,000 penyokong di luar dan di dalam stadium.

Sumber : Harian Metro 30/12/2010


Rabu, Disember 29, 2010

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010

Tahniah buat pasukan negara kita kerana menjadi juara buat pertama kali pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010 di Jakarta, Indonesia. Walaupun kita kalah 1 - 2 pada perlawanan ke-2 tapi dengan bekalan kemenangan 3 - 0 di Kuala Lumpur melayakkan kita bergelar juara dengan agreget 4 -2. Tahniah diucapkan. MALAYSIA BOLEH



Rabu, Disember 22, 2010

Bundle

Korang pasti dah tahu pasal bundle. Tak kira ler baju ker, kasut ker atau apa saja. Aku pun beminat dengan benda2 bundle nie. Ada yang aku simpan buat koleksi. Ade juga aku jual kat mudah.com atau kat ebay.com. Baju nike tu baru je aku dapat. Cantik lagi kondisinya. Ko orang boleh le layan kat blog bundle aku..

bumibundle.blogspot.com



Isnin, Disember 20, 2010

Pasukan Malaysia

Tahniah aku ucapkan kepada pasukan Malaysia bimbingan K Rajagopal kerana berjaya layak ke perlawanan final pada 26/12/2010. Sama-samalah kita doakan kejayaan pasukan Malaysia.

Petikan Harian Metro 20/12/2010:

KAPTEN skuad kebangsaan, Mohd Safiq Rahim percaya impian untuk bergelar juara Piala Suzuki AFF bukan lagi sesuatu yang mustahil selepas mengetuai rakan-rakannya mara ke perlawanan akhir dengan menyingkirkan juara bertahan, Vietnam pada separuh akhir, kelmarin.

Perancang tengah berusia 23 tahun itu kini semakin yakin skuad itu bakal mencipta satu lagi sejarah bola sepak tempatan selepas anak buah K Rajagobal mengakhiri penantian 20 tahun pingat emas Sukan Sea dan mara ke pusingan kedua Sukan Asia selepas tempoh 32 tahun.


“Kami cuma perlu mengekalkan prestasi terbaik pada dua perlawanan akhir Ahad dan Rabu depan selain membaiki kelemahan yang ada sepanjang kejohanan ini iaitu sejak perlawanan pertama.

“Walaupun sasaran awal adalah separuh akhir, kerja keras serta kerjasama berpasukan akhirnya membuahkan hasil untuk menamatkan penantian 14 tahun mara ke perlawanan akhir,” katanya.


Pada separuh akhir kedua di Stadium Nasional MyDinh, Hanoi, Malaysia mengamalkan corak permainan bertahan sepanjang 90 minit kerana sedar Vietnam pastinya memburu gol awal untuk mencetus semangat selepas Malaysia menang 2-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Rabu lalu.


“Vietnam dijangka menyerang habis-habisan menyebabkan kami mengamalkan corak bertahan supaya tidak membenarkan mereka menjaringkan gol.

“Walaupun ramai pemain muda dalam skuad ini, kami berjaya mengekang asakan jentera serangan Vietnam yang kebanyakannya berpengalaman bermain di peringkat ini,” katanya.


Usaha bertahan Malaysia akhirnya membuahkan hasil apabila tiada gol dijaringkan lawan yang mendapat beberapa peluang terbaik namun dinafikan kecekalan barisan pertahanan negara serta kecekapan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.




Ahad, Disember 19, 2010

Bunga ros atau mawar



Bunga ros kat rumah aku dah berkembang mekar..

Aku dah ada blog

Dengan berkat Bissmillah hari nie 19/12/2010 dengan rasmi aku dah ade blog sendiri.... kalau korang sudi boleh ler bekunjung kat sini. Jangan lupa tinggalkan komen korang buat panduan aku untuk upgrade lagi blog nie.. :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...