Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2012

RM28j Untuk Zakar Pendek [18SX]

Imej
EL CAJOUN: Seorang bekas kelasi diberi ganti rugi sebanyak AS$7.5 juta (RM23.25 juta) dalam satu kes kemalangan kereta di California yang menyebabkan kemaluannya menjadi pendek kira-kira 1.27 sentimeter. Matthew Wall yang baru berkahwin mengalami kecederaan dan kerosakan saraf pada kemaluannya berikutan kemalangan pada 2007 itu. Lelaki berusia 27 tahun itu menjalani pembedahan membetulkan zakarnya dan ia menyebabkan ia semakin pendek sebanyak 1.27 sentimeter berbanding sebelum kejadian. Juri di mahkamah El Cajoun, memberikan ganti rugi kepadanya sebagai pampasan untuk kesakitan, penderitaan, kos perubatan serta kehilangan punca pendapatan yang dialaminya.. - Agensi

Teh Taik Panda [OMG]

Imej
Sebelum ni kopi yang paling mahal ialah kopi taik musang. Klik sini untuk cerita selanjutnya. Sekarang ni dah ada teh yang paling mahal pulak. CHENGDU: Seorang pengusaha ladang teh di China mendakwa berjaya menemui rahsia menghasilkan serbuk teh paling mahal di dunia, iaitu baja asli daripada najis beruang panda. An Yanshi, 41, yang juga bekas seorang guru kaligrafi, sebelum ini membeli najis panda dari sebuah pusat pembiakan panda untuk dijadikan baja di ladang tehnya. Dia berkata, daun teh pertama yang menggunakan baja najis haiwan itu yang akan dipetik awal musim panas ini, bakal menjadi serbuk teh paling mahal di dunia apabila dijual dengan harga hampir 220,000 yuan (RM109,293) bagi setiap 500 gram (g). Penggemar minuman teh di China menyifatkan tuaian pertama daun teh berkenaan sebagai yang terbaik manakala daun teh tuaian berikutnya akan dijual pada harga 20,000 yuan (RM9,935). Bagaimanapun, An yang begitu teruja dengan projek barunya hingga memakai pakaian berbentuk panda ketik

Facebook Pindah Opis. [Photo]

Imej
TAMAN MENLO, Amerika Syarikat (AS) - Ibu pejabat baharu laman sosial popular Facebook telah dibuka di Taman Menlo, California. Ia terletak di kawasan seluas 23.06 hektar yang merupakan bekas ibu pejabat syarikat Sun Microsystem. Hampir 2,000 pekerja Facebook bekerja di ruang seluas satu juta meter persegi itu. Ruang dalam ibu pejabat Facebook itu kelihatan santai dan dipenuhi dengan cita rasa golongan muda seperti dinding yang diconteng dengan grafiti. Pelbagai bendera pelbagai negara juga dipamerkan di dalam pejabat tersebut. Para pekerja juga boleh memilih untuk bekerja secara berdiri atau duduk. Jalur Gemilang

Kelas Bodyguard Wanita. [Wow]

Imej
SANYA, China - Seramai 20 wanita yang kebanyakannya lulusan kolej menyertai sesi latihan untuk pengawal peribadi wanita. Latihan itu dianjurkan oleh firma Tianjiao Special Guard/Security Consultant Ltd. Co. di Sanya. Firma itu menganjurkan latihan untuk para pengawal peribadi wanita buat kali pertama. Semua pelatih perlu menjalani latihan selama lapan hingga sepuluh bulan untuk meningkatkan kemahiran yang diperlukan untuk keperluan pelanggan mereka. Firma itu menawarkan seorang pelatih yang terbaik peluang untuk menghadiri pengajian lanjutan di Akademi Keselamatan di Israel. - Reuters

Supercar India [Wow]

Imej
NEW DELHI - Firma reka bentuk, DC Design memperkenalkan jentera supercar pertama India yang diberi nama DC Avanti. Jentera tersebut dilancarkan oleh pelakon terkenal Bollywood, Amitabh Bachchan pada Ekspo Motor Delhi 2012 kelmarin. Kereta itu dikuasakan oleh unit enjin bersesaran 2.0 liter empat silinder yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 240 kuasa kuda. Menurut laman kenderaan RushLane di Internet semalam, enjin daripada Ford Ecoboost yang ditala khas untuk menjana lebih kuasa tersebut dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan. Dipasang dengan rim aloi bersaiz 19 inci, kelajuan maksimum yang dihadkan secara mampu dicapai oleh DC Avanti ialah 250 kilometer sejam (km/j). Jentera itu akan mula dijual pada tahun 2013 di semua pengedar DC di seluruh India. Bakal diproduksi pada tahun 2013, ia merupakan ciptaan pereka Dilip Chhabria. Kereta itu dijual pada harga kira-kira AS$70,000 (RM220,219). "Kami sangat teruja untuk memperkenalkan DC Avanti pada hari ini. DC Avanti buk

Kereta 200cc. [Video]

Imej
NEW DELHI - Pengeluar kereta Bajaj Auto di India mendedahkan sebuah kereta berkuasa 200cc yang hanya mengeluarkan 60 gram karbon dioksida bagi setiap kilometer. Kereta itu yang dinamakan RE60 yang bergerak sejauh 35 kilometer bagi setiap satu liter petrol akan memasuki pasaran kenderaan berharga murah di negara ini. Namun, harga kereta itu tidak didedahkan oleh Pengarah Urusan Bajaj Auto, Rajiv Bajaj. Kereta itu untuk dinaiki seramai empat orang yang mempunyai kelajuan 70 kilometer sejam dan berat hanya 400 kilogram. Ia dibina khas untuk kegunaan pengguna bandar. - AFP

Welcome 2012, Goodbye 2011. [Foto]

Imej
Kuala Lumpur Jerman London London London London Moscow Filipina India