Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

UFO Mendarat di Siberia???

Imej
IRKUTSK, Rusia - Rantau sejuk beku di Siberia pastinya bukan lokasi pendaratan paling menarik utk makhluk asing yg mahu menerokai Bumi. Namun, satu klip video di laman perkongsian video You Tube menunjukan beberapa makhluk asing memilih lokasi tandus itu utk mendaratkan objek terbang tidak dikenali (UFO) atau piring terbang mereka. Klip berkenaan dirakamkan di Irkutsk, pedalam Siberia, menunjukan satu makhluk asing setinggi sekitar 1.2meter sedang berdiri kira2 5 meter dari piring terbangnya yg bersinar, manakala 4 makhluk serupa berada dekat dengannya. Kelip video pendek itu dirakam 2 hari selepas beberapa cahaya misteri dilihat menyinari langit desa Bayanday, juga di Irkutsk. Sumber : Kosmo 29/8/2011

Kepala Penggal Trend Terbaru Di Internet

Imej
New York - Selepas seni meniarap seperti papan, planking popular di internet, alam siber itu kini hangat dengan trend fotografi terbaharu dengan dinamakan horsemaning, lapor sebuah akhbat semalam. Konsep fotografi ini menyerupai gambar bersejarah pada tahun 1920-an apabila beberapa individu menyamar seperti kepala mereka dipenggal. Kini orang ramai berlumba2 menyiarkan gambar mereka melakukan aksi serupa di internet dgn menggunakan pelbagai latar. Antara aksi yg cukup popular ialah seorang lelaki yg sedang bersandar di sofa sambil tangannya diletakan diatas kepala yg berada disebelahnya. Ilusi itu dihasilkan dengan individu tersebut menyembunyikan seluruh badan daripada kamerakecuali mukanya. Sumber: Kosmo 14/8/2011