Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

Tatu MU besar punya???

Imej
Aku rasa dia nie peminat fanatik MU nombor 1 kat dunia. Punya ler besor tatu dia kat belakang. Apa2 pun korang baca ler cerita selanjutnya pasal mamat ni kat bawah: MANCHESTER - Seorang lelaki berusia 51 tahun, John Retter sanggup membuat tatu lambang kelab bola sepak Manchester United (MU) yang besar di belakang badannya, lapor sebuah akhbar kelmarin. Retter yang merupakan peminat kelab itu sanggup membayar £1,000 (RM4,846) untuk mendapatkan tatu itu. Kerja-kerja menyiapkan tatu itu mengambil masa selama 16 jam baru-baru ini. Dia membaca buku biografi pengurus kelab MU, Sir Alex Ferguson bagi mengelak rasa sakit semasa Tonny Gallon membuat tatu itu. Menurut Gallon, ia merupakan lukisan tatu paling besar yang pernah dibuatnya. "Saya bangga dengan tatu itu," kata Retter yang menjelaskan lambang itu merupakan hasil kerja yang bijaksana dan bersejarah. - Agensi

Pasir Gudang banjir???

Imej
Salam 1 blogger... Hari nie dah masuk hari ke-3 hujan masih turun kat kawasan Pasir Gudang (PG), Johor. Gambar kat atas tu aku shoot sebelum aku keluar gi kerja. Kurang lebih jam 7.15 pagi. Langit masih gelap lagi. Tu yg rasa malas nak gi kerja. Pasal time nie la Highway Pasir Gudang sesak giler. Ramai yg menggunakan kereta utk mengelakkan hujan menambahkan lagi kesesakan. Setakat nie belum ada berita yg mengatakan kawasan sekitar PG mengalami banjir. Harap2 selamat. Apa2 pun aku dah nak gerak ke opis dulu. Chou...

Nora Danish, Jejai bersatu???

Imej
Nora Danish dan anak serta keluarga mertuanya bercuti ke Tokyo Jepun pada 30 D1sember. Jejai, bekas suami Nora turut serta bercuti bersama untuk meraikan genap usia anak mereka Rayqal, 2 tahun pada 7 Januari lalu. Adakah menjadi titik permulaan Nora Jejai bersatu kembali? Korang bacalah sendiri berita kat bawah. TERLERAINYA ikatan perkahwinan Rizal Ashram Ramli dan selebriti Nora Danish sejak 2008, tidak pernah memutuskan tali silaturrahim dengan keluarga bekas suaminya. Hubungan sebagai bekas menantu dan ibu kepada cucu sulung dalam keluarga itu adalah hakikat. Satu-satunya zuriat hasil jodoh singkat antara Nora dan Jejai, Putera Rayqal Ramli Rizallah menjadi penyambung hubungan antara Nora dengan bekas mertuanya iaitu bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib serta isteri, Puan Seri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah. Pelakon kecil molek itu mengakui, perkara itu bukan satu kejanggalan kerana sejak dari lahir, Rayqal ditatang bagai minyak yang penuh oleh keluarga mertuanya.

Silap mata atau mata silap???

Imej
Cuba korang peratikan gambar2 kat atas tu. Ia bukanlah flash atau file animasi. Ia cuma gambar JPEG biasa tapi jika dipandang ia seolah - olah bergerak. p/s : Sebenarnya aku takde idea yang menarik utk ditulis pada n3 malam minggu nie... Tu je yang aku ade...

Datuk Siti Nurhaliza jadi duta???

Imej
Suasana panas hubungan antara Malaysia - Indonesia, Datuk Siti Nurhaliza dicadangkan menjadi Duta Besar Budaya Masyarakat Malaysia. Ia adalah usaha utk mengeratkan hubungan kedua negara. Pada pandangan aku ler.. yang membuatkan 'benda2' nie jadi kecoh orang Indon jugak. Media massa diaorang yg lebih2 mengapi-apikan sentimen anti rakyat Malaysia. Orang Indon nie sebenarnya jealous dengan kemajuan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia. Apa2 pun korang baca ler info kat bawah nie.. BANDUNG - Di sebalik hubungan Malaysia dan Indonesia yang kadangkala 'panas', diva dari Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dicadangkan menjadi Duta Besar Budaya Masyarakat Melayu dalam usaha mengakrabkan hubungan rakyat di negara-negara Nusantara. Cadangan itu dibuat oleh Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (Iswami) berdasarkan penerimaan besar masyarakat terhadap personaliti Siti Nurhaliza. Ketua Iswami Indonesia, Saiful Hadi Chalid menyuarakan cadangan berkenaan semasa memberi ucap

Korang nampak tak ape yang aku nampak???

Imej
Mesti ada yg tersengih2 tengok gambar kat botol tu... Kalau dah otak kuning tulah gambaran yg korang nampak kan...? Cuba korang peratikan betol2 ape yang sebenarnya yg korang nampak. JAWAPANNYA v v v v v v v v v v v v v 8 EKOR IKAN LUMBA2 LA... (klik kat gambar kasi besar)

Batu permata penawar pelbagai penyakit???

Imej
JUTAAN tahun lalu, batu permata telah menarik minat manusia kerana kecantikan dan misteri di sebaliknya. Sejak it u, batu-batu permata menjadi simbol kekayaan, kuasa dan cinta selain ia dikaitkan dengan zodiak. Pada zaman purba, batu permata dipakai sebagai azimat dan tangkal untuk melindungi diri daripada kuasa-kuasa jahat dan syaitan, memelihara kesihatan malah, menjauhkan diri daripada wabak penyakit. Terdapat tiga cara batu permata digunakan iaitu dengan meletakkan batu permata pada bahagian tubuh yang sakit, memakan batu permata yang telah menjadi serbuk dan kehadiran batu permata tersebut sahaja sudah mencukupi untuk mengubati penyakit. Sehingga kini, terdapat segelintir masyarakat menggunakan batu permata sebagai ubat untuk mengubati penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, insomnia, gemuruh, melancarkan perjalanan darah, resdung, darah tinggi, sakit sendi dan banyak lagi. Boleh dikatakan semua batu permata mempunyai khasiat yang tersendiri. Terdapat pelbagai jenis batu pe

Jet Li warga Singapore???

Imej
Bintang filem kung fu nie telah disahkan menjadi rakyat Singapura. Beliau memilih Singapura kerana faktor keselamatan dan bahasa. Korang baca ler cerita sepenuhnya seperti kat bawah... SINGAPURA - Bintang kung fu kelahiran Beijing, China yang terkenal, Jet Li semalam mengesahkan bahawa dia telah menjadi warganegara Singapura. Li mengambil keputusan untuk menetap di Singapura kerana aspek keselamatan dan sistem pendidikan negara itu yang memberi penekanan terhadap pengajaran Bahasa Inggeris dan Mandarin kepada para pelajarnya. Menurut Li , dia mahu anak-anaknya menerima pendidikan bahasa Inggeris dan Cina di negara tersebut. Li yang membintangi banyak filem Hollywood termasuk The Expendables dan The Mummy: Tomb of the Dragon Em peror menyatakan keputusannya itu turut dipengaruhi oleh ketiadaan paparazi di negara itu. "Anak-anak saya akan menerima pendidikan dua bahasa yang baik selain kestabilan sosial negara ini. "Mereka (anak-anaknya) juga tidak akan diganggu oleh para

Thank you Nuffnang

Imej
Pagi nie sebelum aku gi opis singgah kat Nuffnang kejap. Saje je nak tengok traffic. ALAMAK.... rupa2 nyer dah ade income. Muah muah mauh.. Tak sangka tol sejak aku mula berbloger pada 19/12/2010 dah dapat hasil. Walaupun nilainya tak ler sampai singgit, tapi membuatkan aku bersemangat nak meneruskan aktiviti berfaedah nie.. Aku nak ucapkan berbanyak tima kasih pada M@t@h@w yg membantu menaikkan traffic kat blog aku. Juga pada abgterror yg membantu aku mencantikkan blog aku yg tak berapa cantink nie. Huah.. Huah.. Dan tak lupa follower semua. I LOVE U ALL.

Nora punca hubungan Fasha Jejai putus???

Imej
PANAS! PANAS! Sah hubungan antara Fasha dan Jejai putus. Korang bolehlah baca kisah seterusnya seperti dibawah. KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama mengambil sikap tunggu dan lihat, Rizal Ashram Ramli , 34, atau Jejai semalam mengesahkan hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu. “Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam. Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan , 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka. Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Dani

Restoran At.mosphere tertinggi dunia di Dubai

Imej
DUBAI: Dubai menempa sejarah lagi apabila mencatat rekod memiliki restoran tertinggi dunia yang beroperasi di Burj Khalifa , bangunan pencakar langit tertinggi di dunia. Dinamakan " At.mosphere ", restoran itu terletak di aras 122 di binaan tertinggi yang pernah didirikan di atas muka bumi, yang menakluki ruang angkasa Dubai. Pada ketinggian 442 meter, restoran itu terletak hanya dua aras di bawah dek tinjauan luar Burj Khalifa iaitu "At the Top". At.mosphere boleh memuatkan 210 tetamu dan mempunyai ruang legar yang luas dan mewah, dewan makan utama, bilik makan persendirian dan ruang pameran memasak. " Burj Khalifa berjaya menjadi satu keajaiban kehidupan. Pengwujudan At.mosphere memberikan satu pengalaman menikmati hidangan tiada tolok bandingnya," Mohamed Alabbar, Pengerusi Emaar Properties dalam satu kenyataan. Emaar adalah pemaju bangunan 828m Burj Khalifa yang menempatkan pelbagai kemudahan perniagaan, dan ruang bersantai serta kemudahan kediaman

Hantu Kak Limah wujud di New Zealand???

Imej
Sebenarnya tajuk n3 kat atas tu takde kene mengene dgn cerita wayang arahan sdr Khalid. Saje je nak buat gimik pagi minggu.... Korang baca ler sendiri kat bawah nie.. AUCKLAND: Seorang wanita dilapor separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung akibat gigitan asmara yang dilakukan kekasihnya. Kejadian itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan. Wanita yang yang tidak disebutkan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu. Doktor mengesyaki dia diserang sakit jantung tetapi pada mulanya tidak dapat mengesan puncanya. Mereka kemudian mendapati kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemui punca serangan sakit jantung berkenaan - kerosakan pada pembuluh darah pembentukan darah beku akibat gigitan asmara itu. Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok. - DM

Mati gara2 besarkan 'papaya'

Imej
Tajuk n3 kali nie pelik sikit. Saje aje aku nak buat double meaning. Kalau korang nak tahu selanjutnya baca je kisah kat bawah nie... BERLIN: Seorang daripada peserta program televisyen realiti Big Brother mati akibat kegagalan pembedahan membesarkan buah dada, lapor media semalam. Aktres filem lucah, Sexy Cora, disahkan mati akibat kegagalan otak dan berada dalam koma selama sembilan hari di sebuah klinik di Hamburg, Jerman. Keluarga Sexy - atau nama sebenarnya, Carolin Berger - dihubungi pihak hospital pada minggu lalu. Sumber berkata, otak wanita itu tidak mendapat bekalan oksigen selama 15 minit sebelum keadaannya menjadi kritikal. Dia mencipta nama dalam program berkenaan apabila mandi berbogel di depan kamera. - TS

Blackberry diharamkan???

Imej
Pagi ni aku nak kabarkan pasal Blackberry kat Indonesia. Pemerintah akan menarik balik lesan Blackberry kalau gagal menyekat akses laman pornograpi. JAKARTA - Firma pengeluar telefon BlackBerry dari Kanada, Research in Motion (RIM) semalam mula menyekat akses untuk ke laman web pornografi. Jika firma itu tidak berbuat sedemikian lesen operasi telefon itu yang menguntungkan di Indonesia mungkin akan ditarik balik. Menurut kenyataan dalam akaun laman sosial Twitter, Menteri Komunikasi, Tifatul Sembiring bersyukur kerana RIM telah mengikut undang-undang dan peraturan di Indonesia. Katanya, pornografi telah disekat dan menyatakan firma tersebut boleh meneruskan perniagaan mengikut lunas undang-undang. Pengguna telefon Blackberry di Indonesia berjumlah lebih dua juta orang.

Sejarah Floppy Disc

Imej
Sejarah awal floppy disc pada tahun 1967. Ketika itu IBM (International Business Machines) mangarahkan Devisi Media utk mencipta sebuah system yg sederhana utk meloading microcode kedalam mainframe 370 Pada tahun 1971, dibawah kepimpinan Alan Shugart dan para kakitangan di IBM berjaya membangunkan floppoy disk yg pertama. Pertama kali dicipta namanya bukan floppy disk tetapimemori disk. Floppy disk diambil dari kata “floppy” yang bererti fleksible, muncul kerana memori disk itu yg sangat fleksible. Di tahun 1976, cakera liut dan cakera drive yg fleksible telah dihasilkan oleh Alan Shugart atas permintaan syarikat computer Laboratories, yg menginginkan untuk disk drive dan floppy disk ini boleh gunakan pada komputer desktop mereka. Kemudian para pengeluar computer yg lain turut mengikuti cara ini. Dan pada tahun 80-an, pelbagai saiz cakera ditawarkan oleh lain syarikat – syarikat. Dan masing – masing system computer menggunakan format mereka tersendiri. Pada tahun 1981. Sony mem

Kumpulan Hujan???

Imej
AMARAN!!! Entry nie takde kena mengena dgn kumpulan muzik tempatan Hujan. Kali nie aku nak cerita 10 perkara menarik mengenai hujan. 1. Purata kelajuan jatuhnya air hujan hanyalah 8 - 10 km/jam. 2. Air hujan jatuh ke bumi dgn kelajuan yg rendah kerana titik hujan memiliki bentuk khas yg meningkatkan kesan geseran atmosfera dan membantu hujan turun ke bumi dgn kelajuan yang lebih rendah. Andaikan titik bentuk hujan berbeza atau andaikan atmosfera tidak memiliki sifat geseran (bayangkan jika hujan terjadi seperti gelembung air yang besar yg turun dari langit), bumi akan menghadapi kehancuran setiap kali hujan turun. 3. Ketinggian minima awan hujan adalah 1,200 meter. 4. Efek yg ditimbulkan oleh satu titis air hujan yg jatuh dari ketinggian tersebut sama dengan benda seberat 1kg yang jatuh dari ketinggian 15mcm. 5. Awan hujan pun boleh ditemui pada ketinggian 10,000 meter. 6. Dalam satu saat, kira - kira 16juta tan air mengewap dari bumi. 7. Jumlah ini sama dengan jumlah air yang turun ke

Pengasas Facebook berpindah rumah???

Imej
PALO ALTO, Amerika Syarikat - Pengasas laman sosial popular Facebook, Mark Zuckerberg, 26, memilih untuk mengamalkan gaya hidup sederhana apabila dia berpindah ke rumah baru dua tingkat yang sederhana, lapor sebuah akhbar semalam. Walaupun kekayaan Zuckerberg dianggarkan AS$15.86 bilion (RM48.53 bilion) dia lebih selesa menyewa sebuah rumah bersama teman wanitanya, Priscilla Chan yang terletak di pinggir bandar dengan keadaan sekitar yang biasa sahaja. Lokasi rumah baru Zuckerberg lebih dekat dengan pejabatnya. Rumah sewa itu yang tidak mempunyai sistem kawalan kamera tertutup dianggarkan berharga kira-kira AS$2.38 juta (RM7.3 juta) dan mempunyai lima bilik berbanding rumah sewa lamanya sebelum ini yang mempunyai empat bilik. Selain tinggal di kawasan penempatan biasa, Zuckerberg selesa menggunakan kenderaan lamanya, Honda Acura berwarna hitam yang bernilai kira-kira AS$20,628 (RM63,131). Dia mengasaskan Facebook lapan tahun lalu. Zuckerberg menggunakan kereta Honda itu selepas tawara

Buat header.

Imej
Salam.. Orait tak aku punyer header? Kalau korang, lebih2 lagi new blogger yg tak berapa mahir nak create header boleh ler klik kat sini .

Justin Bieber Live in Malaysia

Imej
Artis popular dari kanada, Justien Bieber yg popular dgn lagu Baby akan mengadakan konsert sulongnya di Malaysia pada April depan disamping mempromosikan albumnya berjudul My Worlds The Collection yg dilancarkan tahun lalu. Konsert Justin Bieber My World Tour In Malaysia itu dijadualkan berlangsung pada 21 April depan di Stadium Merdeka disamping mengutip dana untuk Rumah Nur Salam di Chow Kit . Bintang berusia 17 tahun yang turut membintangi filem Never Say Never itu dibawa ke Malaysia dengan kerjasama Tune Talk Mobile Prepaid bagi menghiburkan peminat di Malaysia serta mempromosikan filem lakonannya itu di negara ini yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara seminggu sebelum konsert terbabit berlangsung. Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo, berkata konsert yang dijangka berlangsung kira-kira dua jam itu akan turut dihiburkan dengan persembahan artis tempatan pada pembukaan konsert. Tujuan konsert ini diadakan bukan saja untuk menghiburkan peminat di sini tetapi untuk me

Misteri. Kenapa cincin perkahwinan disarung dijari manis???

Imej
Korang pernah terpikir tak mengapa cincin pertunangan atau perkahwinan disarung di jari manis?? Ikuti langkah berikut ini, Tuhan benar2 membuat keajaiban (ini berasal dari kutipan Cina) 1.Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk ke dalam (lihat gambar) 2.Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan diujungnya. 3.Permainan dimulakan , 5 pasang jari tetapi hanya 1 pasang yang tidak terpisahkan… 4.Cubalah membuka ibu jari anda, ibu jari menwakili orang tua, ibu jari boleh dibuka kerana semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti. 5.Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereka memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita. 6.sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak2. Cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita. 7.Selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari man

Ana Raffali ikon muzium.

Imej
KUALA LUMPUR: Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL 25) Ana Raffali yang sentiasa menampilkan diri dengan berpakaian baju kurung dan kebaya akan dijadikan ikon program tertentu Jabatan Muzium Malaysia (JMM). Ketua Pengarahnya, Datuk Ibrahim Ismail, berkata pihak pengurusan Ana Raffali secara dasarnya bersetuju untuk penyanyi muda itu dijadikan ikon bagi program yang akan dijalankan oleh jabatan itu di 21 buah muzium bawah pengurusannya. Beliau berkata demikian kepada BERNAMA bagi memperjelaskan laporan kelmarin yang mengatakan Jabatan Muzium menawarkan Ana Raffali sebagai ikon setem sempena pameran setem 1Malaysia 1Dunia yang sedang diadakan di Muzium Negara. Ibrahim berkata, Ana Raffali atau nama sebenarnya Nur Hidayah Mohd Raffali dipilih sebagai ikon jabatan itu kerana imej dan penampilannya yang sentiasa berpakaian kebangsaan tanpa kekok dan malu dalam persembahannya tanpa mengira tempat. Ini adalah satu penampilan yang baik dari segi budaya terutama di kalangan remaja, katanya.

Ted Williams - suara emas

Imej
Cuba korang dengar suara orang tua nie... Mancho sedap giler beb.... Tulah anugerah Tuhan yang dia dapat. Tapi disebabkan masalah ketagihan dadah dan alkohol (biaseler dah matsaleh), dia hidup merempat. DI tepi jalan di Houston Street, Columbus, Ohio, Amerika Syarikat (AS), kelihatan seorang lelaki dalam persalinan jaket trenc berceloreng. Penampilannya tidak terurus. Rambutnya yang kerinting dan beruban dibiarkan tanpa disisir rapi. Sambil berdiri pengemis itu memegang cebisan kotak yang tertera ayat-ayat yang menyatakan dirinya adalah bekas juruhebah radio. Malangnya, kehadiran lelaki itu kurang mendapat perhatian orang ramai yang lalu lalang di situ. Barangkali mereka berpendapat mana mungkin seorang bekas juruhebah sanggup tampil sedemikian rupa apatah lagi mengemis bantuan kewangan. Tindakan seorang jurugambar akhbar Columbus Dispatch, merakam gelagat pengemis yang bernama Ted Williams, 54, bercakap menggunakan suara emasnya dan beraksi seperti deejay radio telah mencipta fenomena

Tokek dan pemburu haram

Imej
Ada lagi sebenarnya kisah cicak tokek ni.. KUALA LUMPUR – Tokek atau gikgo. Apakah sebenarnya keistimewaan haiwan ini sehingga ramai pemburu mahu memiliki haiwan tersebut. Tanpa disedari ramai pemburu haram kini sanggup meredah hutan di Semenanjung bagi mencari tokek. Tokek didakwa mampu dijual pada harga mencecah puluhan juta ringgit dan paling kurang RM20,000 bagi setiap seekor. Ekoran kegilaan dengan harga lumayan itu, pemburu haiwan kini mula memberi tumpuan mencari haiwan tersebut di serata hutan. Dikatakan sebelum nama tokek meniti mulut ke mulut dalam kalangan rakyat negara ini, haiwan itu terlebih sudah popular di Indonesia. Bayangkan, tokek pernah menjadi produk perniagaan bagi penduduk yang tinggal di kawasan perkampungan miskin pedalaman Indonesia seperti di Banjarsawah. Mereka sanggup meredah hutan dan menangkap haiwan itu. Tokek didakwa mula menarik perhatian apabila ramai ahli perubatan China dan Korea percaya lendir daripada haiwan itu mampu merawat kanser, penyakit kuli

Malaysia dan ranking FIFA

Imej
KUALA LUMPUR: Kejayaan skuad Harimau Malaya muncul juara kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF bulan lalu membolehkan Malaysia mendaki dua anak tangga dari 144 kepada 142 dalam kedudukan ranking terbaru FIFA. Ranking FIFA itu menyaksikan Malaysia meraih 17 mata tetapi kedudukan itu masih tersasar daripada ranking 75 yang pernah dikecapi pada 1993. Walaupun meningkat, kedudukan Malaysia sekadar lebih baik berbanding negara seperti Burundi (141), Tajikistan (143), India (144) dan Hong Kong (146). Sementara itu, di kalangan negara ASEAN countries, Malaysia kini di tangga kelima di belakang Thailand (119), Indonesia (126), Vietnam (136) dan Singapura (139) manakala dalam kelompok Asia, Malaysia di tangga ke-23 dalam senarai 46 negara. - BERNAMA Sumber : Berita Harian bjay69: tahniah buat skuad Harimau Malaya bimbingan K. Rajagopal.