Datuk Siti Nurhaliza jadi duta???
BANDUNG - Di sebalik hubungan Malaysia dan Indonesia yang kadangkala 'panas', diva dari Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dicadangkan menjadi Duta Besar Budaya Masyarakat Melayu dalam usaha mengakrabkan hubungan rakyat di negara-negara Nusantara.
Cadangan itu dibuat oleh Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (Iswami) berdasarkan penerimaan besar masyarakat terhadap personaliti Siti Nurhaliza.
Ketua Iswami Indonesia, Saiful Hadi Chalid menyuarakan cadangan berkenaan semasa memberi ucapan awal pada Seminar Ekonomi Malaysia Indonesia (SEMI 10) dan berharap semua pihak di Indonesia dan Malaysia dapat menerima secara positif cadangan itu.
Seminar sehari yang dianjurkan oleh Iswami itu dirasmikan oleh Menteri Kewangan Kedua Malaysia, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariya.
Saiful Hadi yang juga Ketua Pengarang, Agensi Berita Indonesia (Antara) berkata, beliau yakin Siti Nurhaliza boleh memainkan peranan berkesan untuk 'mendinginkan suasana' ketika berlaku krisis dalam hubungan Malaysia dan Indonesia, misalnya.
"Ketika ada isu-isu hangat, tak perlu payah-payah kita mengirim delegasi Malaysia atau Indonesia untuk menenangkan suasana, cukup dengan mengirim Siti Nurhaliza menyanyi dan mengatakan buat apa kita bermusuhan.
Sumber : Kosmo 29/1/2011
semoga usaha ini akan membuahkan hasil..
BalasPadaminsyaallah.. ;)
Duta free ke duta berselitkan sejumlah ongkos?
BalasPadamZwan - mudah2an.
BalasPadamJR - tu nak kena tanya tuan badan..