Justin Bieber Live in Malaysia
Artis popular dari kanada, Justien Bieber yg popular dgn lagu Baby akan mengadakan konsert sulongnya di Malaysia pada April depan disamping mempromosikan albumnya berjudul My Worlds The Collection yg dilancarkan tahun lalu.
Konsert Justin Bieber My World Tour In Malaysia itu dijadualkan berlangsung pada 21 April depan di Stadium Merdeka disamping mengutip dana untuk Rumah Nur Salam di Chow Kit.
Bintang berusia 17 tahun yang turut membintangi filem Never Say Never itu dibawa ke Malaysia dengan kerjasama Tune Talk Mobile Prepaid bagi menghiburkan peminat di Malaysia serta mempromosikan filem lakonannya itu di negara ini yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara seminggu sebelum konsert terbabit berlangsung.Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo, berkata konsert yang dijangka berlangsung kira-kira dua jam itu akan turut dihiburkan dengan persembahan artis tempatan pada pembukaan konsert.
Tujuan konsert ini diadakan bukan saja untuk menghiburkan peminat di sini tetapi untuk mengutip sumbangan bagi membantu Rumah Nur Salam dan hasil jualan tiket VIP itu nanti akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan, katanya pada sidang media di sini, semalam.
Beliau berkata, sebanyak 300 tempat duduk untuk VIP akan disediakan dengan harga RM1,000 bagi tujuan mengutip sumbangan itu, malah pelanggan Tune Talk Mobile Prepaid boleh mendapatkan tiket dengan tawaran harga yang menarik.
Katanya, tiket akan mula dijual hari ini di laman web www.airasiaredtix.com dan www.ticketpro.com.my atau di rangkaian Victoria Music Centre dan Rock Corner di seluruh negara.
Jason berkata, sebanyak 3,000 tiket mula dijual semalam kepada pelanggan tetap Tune Talk Mobile Prepaid di pusat beli-belah Bangsar Village 2 di sini.
Difahamkan ada peminat yang sanggup datang seawal jam 4 pagi dan beratur panjang di hadapan pintu masuk pusat beli-belah terbabit walaupun kaunter tiket dibuka jam 11.30 pagi.
Selain Justin Bieber, kita akan turut membawa artis lain dari luar negara untuk mengadakan persembahan di sini tetapi kita belum menentukan lagi siapa artis terbabit untuk membuat persembahan selepas Justin, katanya.
Seorang peminat, Cheah Suan Lyn, 15, adalah penerima tiket pertama yang berharga RM498 daripada Jason selepas berjaya membuat aksi akrobatik semalam.

Sumber : Berita Harian16/1/2011
Ulasan
Catat Ulasan