Insuran RM3.1j Untuk Payu Dara Holly

NEW YORK: Bintang realiti televisyen dan model Holly Madison membeli insurans untuk payu daranya bernilai AS$1 juta (RM3.1 juta) dengan syarikat Lloyd, di London, katanya kepada majalah People, semalam.

Holly, 31, berkata, dia membeli polisi itu bagi melindungi dirinya dan orang lain dalam produksi ‘Peepshow’ di Las Vegas. “Sekiranya berlaku perkara tidak diingini ke atas payu dara saya, maka saya tidak boleh bekerja untuk beberapa bulan dan saya mungkin kehilangan berjuta-juta dolar.


“Saya fikir saya perlu melindungi aset saya,” katanya kepada People.

Holly berkata, dia melakukan pembedahan plastik pada 2001 yang mengubah saiz payu daranya daripada saiz A kepada saiz D yang lebih besar. Holly yang meraih populariti sebagai salah seorang teman wanita pengasas Playboy, Hugh Hefner dan melalui siri TV ‘The Girl Next Door’ tidak sendirian dalam pembelian polisi insurans untuk anggota tubuh.


Bintang filem Betty Grable dan Angie Dickinson, begitu juga dengan bintang TV, Angie Everhart dan Mary Hart, masing-masing membeli insurans untuk kaki mereka dengan nilai $1 juta dolar (RM3.1 juta). - Reuters


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Nora Danish, Jejai bersatu???

Artis Tempatan Dalam Video Lucah Atau Pelanduk Dua Serupa? [18SX]

Panas Fasha Sanda dan bikini