Dengan berkat Bissmillah hari nie 19/12/2010 dengan rasmi aku dah ade blog sendiri.... kalau korang sudi boleh ler bekunjung kat sini. Jangan lupa tinggalkan komen korang buat panduan aku untuk upgrade lagi blog nie.. :)
Nora Danish dan anak serta keluarga mertuanya bercuti ke Tokyo Jepun pada 30 D1sember. Jejai, bekas suami Nora turut serta bercuti bersama untuk meraikan genap usia anak mereka Rayqal, 2 tahun pada 7 Januari lalu. Adakah menjadi titik permulaan Nora Jejai bersatu kembali? Korang bacalah sendiri berita kat bawah. TERLERAINYA ikatan perkahwinan Rizal Ashram Ramli dan selebriti Nora Danish sejak 2008, tidak pernah memutuskan tali silaturrahim dengan keluarga bekas suaminya. Hubungan sebagai bekas menantu dan ibu kepada cucu sulung dalam keluarga itu adalah hakikat. Satu-satunya zuriat hasil jodoh singkat antara Nora dan Jejai, Putera Rayqal Ramli Rizallah menjadi penyambung hubungan antara Nora dengan bekas mertuanya iaitu bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib serta isteri, Puan Seri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah. Pelakon kecil molek itu mengakui, perkara itu bukan satu kejanggalan kerana sejak dari lahir, Rayqal ditatang bagai minyak yang penuh oleh keluarga mertuanya. ...
Kalau sekali sebut, pasti’nya nama Melia Aimelia tidak tersimpan dalam memori indah anda semua, tetapi jika kami sebut judul filem lakonan beliau. Aha! Semalam kami ada dedahkan satu gossip yang mengatakan kami ada terima beberapa screenshot dari sebuah video separa lucah yang di’dakwa di’lakonkan oleh Melia Aimelia sendiri. Lewat hari ini, kami berjaya terima video penuh berdurasi hampir 30 saat itu yang memaparkan aksi solo individu yang di’dakwa Melia Aimelia — heroin filem Karipap Karipap Cinta. Hmm. Tidak akan kami siarkan video penuh individu tersebut tetapi di’bawah kami sertakan dua screenshot ‘manja’ dari video tersebut sebagai perbandingan buat Melia Aimelia yang di’dakwa terlibat secara langsung. Anda nilaikan sendiri jika benar individu dalam screenshot di’atas adalah Melia Aimelia atau hanya sekadar pelanduk dua serupa yang sememangnya sering terjadi kepada selebriti Malaysia. Sumber: rotikata.com
Artis Indonesia, Nikita Mirzani mungkin kurang dikenali di negara kita Malaysia. Namun gambar-gambar hot beliau telah tersebat secara meluas di internet. “Saya tidak tahu mengapa gambar itu boleh tersebar kerana ia adalah foto peribadi. Gambar itu saya simpan di Facebook dan hanya keluarga dan teman rapat yang boleh melihatnya. Malah, hanya beberapa keping yang di muat naik,” katanya ketika dihubungi, semalam. Dalam sebuah blog, terdapat kira-kira 12 keping gambar menunjukkan Nikita tampil seksi mendedahkan bahagian atas tubuhnya. Ada juga gambar menunjukkan dia hanya memakai pakaian dalam. Dalam satu gambar pula, perempuan kelahiran Jakarta pada 17 Mac 1986 itu kelihatan seksi dengan sebahagian tubuhnya dipenuhi tatu. Bagaimanapun, Nikita menganggap gambar dirinya itu tidak keterlaluan. Malah, bintang filem ‘Perempuan Liar’ itu mendakwa fotonya lebih bersifat artistik. “Gambar saya itu tidak keterlaluan kerana lebih bersifat artistik. Ia hanya memaparkan organ kewanitaan,” katanya.
Ulasan
Catat Ulasan