Dapat RM2,200 dalam masa 3 hari???

Salam... Korang semua nak join aku ke? Buat duit banyak tu hanya dalam masa 3 hari jee... Kalau sebulan dah dapat RM22,000. Kayo.... Takyah susah2 nak buat blog.... Hehehe... Sebenarnya entri kali nie takde kena mengena dengan skim piramid atau cepat kaya. Ianya adalah kisah sebenar pendapatan seorang penoreh getah.... Lebih 350,000 pekebun kecil getah terutama 187,074 yang memiliki dan mengusahakan tanaman getah sendiri dapat menarik nafas lega apabila harga komoditi itu meningkat secara berperingkat sejak 2009. Kini, harga semasa mencapai RM17.05 sekilogram (sekg), manakala harga di ladang ada yang mencecah sehingga RM9 sekg, sekali gus meletakkan sebahagian besar pekebun kecil hidup di luar taraf kemiskinan. Pekebun kecil yang memiliki tanah seluas sehektar, Mohd Nasri Lateh, 45, berkata kerja menoreh yang dilakukan antara 20 hingga 22 hari sebulan itu membolehkan beliau memperoleh lebih 1,000 kg susu getah. Bapa tiga cahaya mata yang menetap di Kampung Teknologi RISDA, Kampung Sawa...