Sebelum ni kopi yang paling mahal ialah kopi taik musang. Klik sini untuk cerita selanjutnya. Sekarang ni dah ada teh yang paling mahal pulak. CHENGDU: Seorang pengusaha ladang teh di China mendakwa berjaya menemui rahsia menghasilkan serbuk teh paling mahal di dunia, iaitu baja asli daripada najis beruang panda. An Yanshi, 41, yang juga bekas seorang guru kaligrafi, sebelum ini membeli najis panda dari sebuah pusat pembiakan panda untuk dijadikan baja di ladang tehnya. Dia berkata, daun teh pertama yang menggunakan baja najis haiwan itu yang akan dipetik awal musim panas ini, bakal menjadi serbuk teh paling mahal di dunia apabila dijual dengan harga hampir 220,000 yuan (RM109,293) bagi setiap 500 gram (g). Penggemar minuman teh di China menyifatkan tuaian pertama daun teh berkenaan sebagai yang terbaik manakala daun teh tuaian berikutnya akan dijual pada harga 20,000 yuan (RM9,935). Bagaimanapun, An yang begitu teruja dengan projek barunya hingga memakai pakaian berbentuk panda ketik